Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts
Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Istanbul Aku Datang ! OH saya sangat suka

Akibat keterujaan yang melampau menonton Filem Istanbul aku datang, membuatkan aku nak buat sikit ulasan yang menarik pasal filem ni. Memula tengok tajuk Istanbul Aku Datang macam tak best je. Aku tengok cerita ni sebab tereksiden berjalan tak tentu arah pergi lah cinema MBO di Heritage Mall Kota Tinggi yang baru dibuka.



Koleksi peribadi saya.    Bei 10 kebab Gratis 1 kebab.


Lepas tengok cerita ni terus rasa nak pergi Istanbul atau Turkey lah. Walaupun belum pergi sana tapi sekurang kurangya dah penah makan Doner kebab masa kat Austria. Santapan wajib huhuhu







 

Filem lakonan mantap Beto sebagai Harris, Tomok sebagai Azad dan lakonan super duper cute Lisa Surihani sebagai Dian. Sumpah! saya seakan jatuh cinta dengan watak Harris yang cool aje, kengkonon jual mahal, egois rupanya minat kat Dian lakonan Lisa hahahaha. Oh memang saya jatuh cinta sekali lagi :-). (dengan watak Harris).


SINOPSIS
Dian kekasih hati Azad yang sanggup mengharung perjalanan sejauh 8000km ke Istanbul dengan harapan kekasih hatinya nak proposed nya jadi isteri lah.

Memula Dian di Istanbul duduk serumah dengan Azad dan 2 lagi rakannya. Ijoi lakonan Aizat juga kawan Azad lakona Tomok. Malangnya Azad meminta Dian mencari rumah sewa sendiri. Dian cutie mutie keseorangan mencari rumah sewa dan akhirnya ditipu oleh seorang mamat turki ni bagi sewa rumah dengan membayar wang pendahuluan deposit 3 bulan sewa rumah.

sangat comel okay ! Lisa dan Turkey

Rupanya Dian ditipu dan rumah tu dah disewa oleh Mamat Malaysia jugak iaitu Harris. Nak cerita ringkas je lah, akhirnya kantol dengan Azad yang Dian serumah dengan seorang lelaki iaitu Harris. Harris dan Dian ke rumah Azad untuk menerangkan apa sebenarnya berlaku. Dalam pergelutan Azad dan Harris sebab Azad menuduh Dian jalang dan minah rewang. Tup tup datang minah turkey pon tumpang sekaki bergaduh dengan Dian yang digelar perempuan gila. Akhirnya minah turkey cakap Azad boyfriend dia. Pergggggg kalau aku jadi Dian memang sentap mak nak.

Dian buat keputusan nak balik Malaysia esoknya lepas l tu. Tapi Azad pujuk Dian nak kahwin dan balik Malaysia, sambung study Medic di Malaysia saja. Dian setuju.


Esoknya Dian blah dari rumah sewa macam tu je dengan Azad. Huh masa ni aku kecewa tau geram je Dian boleh maafkan Azad. Macam cerita cinta lain r hero lambat sikit. Harris terus berlari ke teksi yang nak bawak Dian dan Azad pergi. Harris tak bagi Dian pergi. Azad mintak Dian peluang ke 2. Harris pulak mintak Dian beri 1 peluang.

Yes! Dian beri 1 peluang kat Harris untuk memberikan cinta. ....dan mereka pun kahwin ke tunang ntah hehehehe.

Cerita kosong menarik dari saya:
1. Istanbul bandar ke 5 terbesar di dunia
2.kepadatan penduduk 50 juta orang
3.Sangat suka scene Beto guna trick takutkan Lisa kucing sebab nak halau Lisa
4. Kelakar tau masa Lisa makan Maggi Asam Laksa Beto
5. Kelakar jugak Lisa beriya iya nak pertahankan diri dan sangat konfiden je cakap Harris Gay hahahah
6. Insiden gaduh Lisa dan minah turkey, hahahha kepala Lisa kena aiskrim melekat macam tanduk dah
7. Pakaian Lisa yang sangat sweet, super duper cute
8. Romantik je masa Beto bawak Lisa jalan naik scooter. Sumpah! rasa nak suruh suami saya buat aksi camtu gak
sangattt comel !!

9. Sangat comel setiap kali Lisa update cerita peribadi kat blog " xoxo D, publish! " hehehe comel

p/s : walaupun saya tak pernah ke Istanbul atau Turkey. Tapi saya memang suka Doner Kebab makanan orang Turkey yang jadi santapan wajib saya di Austria suatu ketika tapi tak dulu lah heheheh












posted from Bloggeroid

Wednesday, May 9, 2012

Lisa Surihani tak sempat masak untuk Yusry


Sweet Couple.  Lisa and Yusry

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Lisa Surihani mengakui dirinya sangat bahagia selepas bergelar isteri kepada penerbit, pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim pada 23 Februari lalu.
Aktres "Ombak Rindu" ini turut mengakui mereka masih dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. 


"Yusry banyak belajar mengenai diri saya dan kami saling memahami kerjaya masing-masing walaupun kurang meluangkan masa bersama dek kerana jadual saya yang padat dengan lakonan. Yusry pula kini sedang sibuk dengan pasca penerbitan filem terbarunya, "Vikingdom"," ujar Lisa ketika ditemui di majlis pelancaran treler filem terbitan KRU Studios, "29 Februari" baru-baru ini. 


Malah pemilik nama sebenar Lisa Surihani Mohamed ini mengakui masih belum sempat memasak masakan kegemaran suaminya selepas berkahwin. 

"Saya tiada masa untuk memasak kerana kesuntukan masa. Kali terakhir saya memasak untuknya ketika kami berbulan madu di di Jerman," jelasnya lagi. 


Aktres berusia 26 tahun ini memberitahu Yusry tidak cerewet kerana dia bukan jenis yang memilih dan makan apa sahaja kecuali masakan Itali dan Korea.
"Yusry jenis yang makan apa saja dan amat menggemari masakan yang berasaskan sambal seberti sambal sotong dan juga masak lemak. Saya kini dalam proses untuk mempelajari memasak masakan kegemarannya," kata Lisa yang kelihatan cukup bahagia melayari bahtera perkahwinan. 
Mungkin inilah rupa sambal sotong kegemaran Yusry

Ditanya tentang perancangan menimang cahaya mata, Lisa memberitahu mereka hanya berserah kepada Tuhan dan bersedia pada bila-bila masa sahaja.
"Doakan kami cepat timang anak ya," pinta Lisa sebelum mengakhiri perbualan. 

Dalam perkembangan lain, Lisa kini sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan Jason Chong bercorak 'psycho thriller', "Dendam Orang Mati" terbitan KRU Studios.

P/S : Sama lah Lisa, kita pun masak untuk suami kita masa bulan madu je.  Sama lah kat Jerman gak.. Hahahuhuhuhehehehe layan aje.  Nak feel feel jugak

Sumber cerita kredit to Yahoo !

Sunday, December 18, 2011

Lisa Surihani -- Yusry bakal kahwin Febuari 2012 !

Suka nya kalau Lisa dan Yusry jadi kahwin.  Begitu juga dengan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari yang memilih 2012 untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.  Kedua-dua pasangan ini bagai pinang dibelah dua.   Dua-dua muda dan cantik.  Suka sangat !

Lisa Surihani - Yusri


Scha - Awal


Hari ini belek surat khabar Berita Minggu di ruangan gosip BPOP oleh Zubir terbaca tentang perkahwinan 2 pasangan artis ni.

Antara isi yang menarik di ruangan gosip :

                        "Memang kami ada perancangan dan mendapat hak penyiaran eklusif 
                         menayangkan secara langsung majlis persandingan Lisa-Yusry dan Scha-Awal.  
                         Menurut perancangan, Insya-Allah segala-galanya akan menjadi kenyataan sekitar 
                        Februari depan. Namun terpulanglah kepada pasangan masing-masing untuk
                        merealisasikan perkahwinan mereka seperti direncana," kata sumber Astro.

Yang pasti sangat teruja dan tak sabar tengok ke dua pasangan artis ini jadi raja sehari.  Tak sabar tengok pilihan pakaian pengantin , hantaran, design hantaran, design pelamin, design kad jemputan.  Pasti pilihan mereka semua menjadi ikutan.  Contohnya macam design kad kahwin Zed Zaidi yang telah menjadi ikutan pasangan yang nak kahwin .  

Kad Kahwin Zed Zaidi


Tapi yang lawak kalau makcik pakcik dapat kad kahwin macam gambar di atas mesti belek kad dengan penuh hairan.  Belek punya belek ingatkan risalah orang nak jual produk baru.  Ramas ramas kad sampai hancur pastu buang sebab tak nampak macam kad orang nak kahwin yang biasanya ada gambar cincin, tepak sirih, sirih.   Maklumlah makcik pakcik dulu tak de pesbuk .  Apa pesebuk ? ( Sambil garu kepala )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...