Friday, January 3, 2014

Gila sebentar dengan ros jepun atau pokok sepuluh pagi

Bismillah...  Assalamualaikum w.b.t 

 Hai readers and follower blog saya, siapa pun anda saya ucapkan terima kasih kerana sudi jadi pembaca blog saya yang tak seberapa. Hari ni nak cerita tentang kegilaan melihat dan baru berjinak menanam ros jepun atau pokok pukul 10.
ros jepun atau pokok sepuluh pagi di rumah saya
Semenjak baru pindah di rumah sendiri baru lah rasa nak berjinak jinak dengan halaman rumah, tanam pokok sendiri.  Paham tak maksud saya baru nak berjinak jinak hehehe , maksudnya lebih kurang 'buah cempedak diluar pagar , ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Pokok ros jepun atau nama lainnya pokok pukul 10, bunga pukul 10 dan kembang petang, japenese rose (ikut masing-masing nak panggil apa).  dari kecik mak saya ajar ini pokok 'pukul 10'.  Tak kisah lah apa pun nama nya , nama saintifik 'portulaca grandiflora'.  Apa yang anda perlu tahu :

-Pokok bunga ni akan berkembang jam 10 pagi, petang akan kuncup dan akan kembang semula pada 10 pagi keesokan harinya.  
-Warna yang ada pink, merah tua, kuning, putih, ungu dan jingga.  
-Cara nak biak kan pokok bunga ni dengan cara keratan batang atau potong pada akar tumbuh. 
- Bunga akan menjadi lebih  kembang jika terdedah dengan matahari dengan banyak.
-untuk  sentiasa nampak rapi dan cun batang yang dah mati perlu dibuang dan sering gembur tanah untuk pastikan kesuburan pokok

Ok, hari ni sabtu hari bercuti.  So, terlebih rajin dan masa kemas kemas nampak pasu kosong kat belakang rumah.  Tanah yang dibeli di nurseri 3 beg RM5 pun masih ada bakinya.

Pasu yang lama terbengkalai

Tanah yang dibeli di nurseri 3 beg RM5.  Murahkan ?

Tapi bunga tak ada.  Dengan perasaan kurang malu hehe ... pergi rumah jiran yang rajin tanam pokok bunga dan baik hati dengan tak malunya mintak pokok pukul 10.  Alhamdulillah kata orang langkah kanan dan rezeki berpihak pada saya.  Kak Masyirah nama nya dia bagi saya se bundle pokok 10 pagi. Terima kasih kak semoga Allah membalasnya dengan menjadikan taman akak subur dan kesihatan tubuh badan untuk hias taman. Amin 

Dah dapat keratan batang pokok pukul 10 atau ros jepun balik rumah terus tanam dalam pasu.  Mula mula masukkan tanah dalam pasu lepastu cucukkan saja keratan batang pokok pukul 10 di tanah tadi dan siram.  Senangkan ?


Keratan batang pokok pukul 10 yang diberi oleh jiran
Pasu letak tanah dan cucuk saja keratan pokok pukul 10 senang kan ?
Pokok pukul 10 atau ros jepun yang ditanam sebulan lepas juga pemberian jiran baik hati (kak masyirah)
Hasil tanaman sebulan lepas.  Agak agak  menjadi tak ?


Hasil tanaman sebulan yang lepas




tengok ni banyak nya pokok pukul 10 yang ditanam.  Menggiurkan betul tak ?
Ni bukan pokok di rumah saya, ni rumah jiran saya Pak Long dan Maklong.


Ok , setakat ini saja coretan saya kalau ada kesilapan tips yang diberi maafkan saya ye saya budak baru berjinak jinak tanam pokok bunga.  Assalamulaikum ... adiosss c ya !!!









2 comments:

  1. Cantiknyaaaaa...sy pon baru rasa nak bejinak2 tanam pokok rose jepun ne...sy suka kaler kuning ngan merah nampak ceria n kontra sangat..ingat esok atau lusa baru nak mulakan proses...heheheh...kbtlan kedai bunga x jauh dari umah..esok bole la mencari..heeee...agak2 kalo ade rose jepun kaler biru laut mst cantikkan?? =)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ... saya baru juga menanam moss rose ni , suda semestinya saya tak banyak pengalaman lagi ~ hehe , saya nak tnya klau sesetengah batang dia warna kekuningan dan sesetengah lagi hijau . Apa yg perlu saya buat ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...