Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Konsert Mania Akhir



Empayar merah, biru dan hijau. 3 empayar yang dikuasai oleh 3 produser musik paling berpengaruh. Aubrey suwito, M.Nasir dan Ahmad Dhani tentunya dari Indonesia.

Minggu ke9 telah menyaksikan 3 lagi bintang Mania tergolek- golek keluar dan berguling tak boleh diselamatkan lagi setelah penyingkiran Alyah yang semestinya bukan artis program realiti SMS. Bintang yang teguling keluar ialahnAdira, Shila Amzah dan semstinya Ebi
Esok 19 Mei jam 9 malam bakal menyaksikan bintang yang berjaya merebut gelaran Bintang di Galaksi Mania. Siapakah gerangan bintang bertuah dan menggondol wang tunai setengah juta RM? RM500,000. ....MUNGKINKAH. ......

STACY



JACLYN VICTOR



HAFIZ




HAZAMA




ARIL




Undian terkini setakat ini. JACLYN VICTOR menggungguli carta SMS



Dato' Siti Nurhaliza dan kumpulan Wings sebagai artis undangan




Saksikan Konsert Mania akhir yang bakal menyaksikan bintang tempatan berentap merebut gelaran juara bintangbdi Galaksi Mania dan membawa pulang wang tunai RM500,000. Saksikan siaran lansung di Astro ria 104. Saya tak sabar dan teruja nak menonton. Harap bukan pencarian penyanyi tapi 'entertainer' yang dikagumi. Saya sangat setuju jika Stacy menang! ! Huhu
posted from Bloggeroid

Wednesday, November 16, 2011

..........Kerana Mulutnya


Dengan mulut kita dapat : kawan, penyakit, cacian, pujian, kejayaan, dosa, musibah, binasa, sanjungan......YANG MANA SATU MULUT ANDA ?




Pernahkah anda mendengar peribahasa seperti :

1.       1.“ kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan binasa”.  
 2
           2. “Lidah lebih tajam dari mata pedang” ( Walaupun cerita pasal ‘mulut’ , saya nak masuk kan juga pasal ‘lidah’ .  Sebab tanpa lidah siapalah mulut).  

3.       3.“Cakap jangan ikut sedap anak tekak aje ! “ ( Anak tekak pun memainkan peranan penting bagi ‘mulut’.
Semua orang dilahirkan dengan dianugerahkan mulut.  Mulut juga penentu bagaimana anda dilabel oleh orang yang memandai-mandai sesuka hati mak bapak dia nak cop anda sebagai apa dan siapa.

Hari ini saya hendak kongsi individu-individu yang dikenali dek kerana mulut.  Tak kesahlah yang membawa kejayaan , kekayaan atau kemalangan.   Saja nak seronok-seronok. Jom layan !!


1. Dato' Chef Wan . 

.......Kerana mulutnya yang tak reti diam dalam program masakan telah menjadikan beliau popular diseluruh dunia.  Beliau juga menjadi Duta Makanan Malaysia dan ikon MASholidays.  Sewaktu saya menaiki Kapal terbang Qatar Airways dari Munich ke Doha, Qatar terdapat sebuah buku dan didalamnya disisipkan ruangan wawancara bersama Chef Wan disediakan dalam penerbangan.  Tajuk buku tersebut saya lupa ! dan rugi tak ambil gambar buku tersebut ! Tahniah ! Kejayaan yang dikecapi kerana mulut.



2. Dato' Siti Nurhaliza

.. ....Kerana mulutnya dia berada di tahap sekarang.  Menjadi terkenal dan kaya bukan kerana ideanya yang bernas lalu dikeluarkan idea tersebut melalui mulutnya, tetapi ....kerana mulutnya dia mengeluarkan suara yang merdu.  Beliau seorang penyanyi yang hebat dan telah mendapat pelbagai Anugerah baik dari dalam dan luar negara.  Menyanyi sejak berumur 16 tahun hingga sekarang ......kerana mulutnya penyanyi ini mendapat gelaran Dato' bukan kerana perkahwinannya.

Info :: Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

3. Angelina Jolie

........Kerana mulutnya pelakon ini menjadi gilaan dan dambaan kaum Adam serta menjadikannya terkenal dan filem lakonannya pasti meletop contoh Salt, Tomb Rider, Mr & Mrs Smith..  Kenapa mulutnya ? Mulut dengan bibir tak sama ke ? Sama je lah ye ....Cuba perhatikan mulutnya dan bibirnya sangat seksi kan ?  Dia tidak perlu memakai pakaian seksi, tidak perlu meliuk lentukkan badannya , tidak perlu berkata-kata kerana dengan hanya menatap mulutnya dia sudah kelihatan cukup seksi ! .....Kerana mulutnya Brat Pitt pun sangkut ! ko hade ?



4.  Ustazah Siti Nor Bahyah

.....Kerana mulutnya digunakan sebagai medium dakwah melalui penyampaian idea-ideanya yang bernas.  Beliau mengacarakan rancangan "SEMANIS KURMA".  Kerana kepopularan Ustazah ini dan program ini telah menjadikan Kumpulan Sepah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Musim 1 kerana Kumpulan Sepah meniru dan sedikit mengubah gaya, pakaian, rancangan dan "tag line" rancangan "semanis kurma" kepada lawak "manisnya kurma ini".   Melalui Facebook Ustazah Sitinorbahyah , beliau pernah menyatakan tidak sedikit pun terguris dengan lawak Kumpulan Sepah dalam Rancangan Maharaja Lawak Musim 1.



5. Oprah Winfrey

........Kerana mulutnya beliau dikenali seantero dunia.  Beliau merupakan seorang "media propietor, hos rancangan bual bicara, pelakon, produser, philantropist".   Rancangan popularnya "The Oprah Winfrey Show".  Mungkin fizikalnya tidak seperti supermodel tetapi kerana mulutnya yang melontarkan buah fikiran yang bernas telah melayakkan beliau mengecapi pelbagai kejayaan dan kemahsyuran.





6. Azwan Ali 

......Kerana mulutnya, beliau pernah menjadi salah seorang pengacara yang disegani.  Suaranya yang jantan semasa mengacarakan sesebuah program dan buah fikirannya yang bernas pernah menjadikan beliau popular. Kenapa sekarang dah tak mengacara ye ?  Mungkin dia mengacarakan Twitter nya sahaja kot..... Kini , kerana mulutnya beliau mendapat pelbagai kontroversi ( tak tahulah sengaja atau tak sengaja cari kontroversi).  Yang pasti kalau tengok dalam rancangan "Melodi"   kalau Azwan Ali diwawancara oleh wartawan....rasa macam nak MUTE je suara kat TV tu ! heheheh





6 contoh sahaja.  Cukup lah ya.  Dari seorang Chef, penyanyi, pengacara, pelakon, samada Malaysia atau luar negara  semua sama sahaja.  Kerana mulut pelbagai kejayaan , kekayaan, sanjungan yang diperolehi dek kerana mulut. .


P/S  :  Jaga mulut anda sebaik mungkin.  Kerana mulut badan binasa.  Jangan lupa gosok gigi ye ! Kwasan mulut juga tu ...:-)









Sunday, October 9, 2011

( Video ) Siti Nurhaliza cakap English

Malaysia merupakan negara bekas jajahan British. Bahasa kedua rakyat Malaysia merupakan bahasa Inggeris selepas Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi. Orang Malaysia memang boleh bertutur dalam Inggeris tapi mungkin Mat Saleh dengar Mat Saleh boleh gelak. Sekurang-kurangnya kita mencuba untuk menjadi lebih baik. Dari tak baik lama-lama jadi baik. Kalau dah tahu tak baik kita kena mencuba menjadi baik dengan pelan-pelan kayuh.

Selama di Eropah pada pendapat saya, ramai je orang Eropah yang langsung tidak dapat berbahasa Inggeris. Rakyat Malaysia lebih baik bahasa Inggerisnya berbanding Eropah , pada pendapat saya.  Walaupun Malaysia jauh dari British. Yang paling penting kita mencuba , kalau tak pandai jangan buat-buat pandai.  Selalu orang kata Melayu cakap broken English, tapi tak pernah pun kita dengar orang cakap Mat Saleh cakap broken Melayu.  Sebenarnya Mat Saleh suka dan cuba untuk berbahasa Melayu.

Saya respek dengan Dato' Siti Nurhaliza kerana dia berani berbahasa Inggeris di dalam televisyen rancangan Inggeris di NTV7, bercakap English didepan 2 Mat Saleh dan host yang petah berbahasa Inggeris.   Bukan bangga dengan bahasa Inggerisnya tapi bangga dengan keberaniannya berhadapan dengan 3 orang yang petah Inggeris.  Mungkin dia pasti dia akan dikutuk dan nampak macam memperbodohkan diri sendiri.  Tapi sebenarnya dia seorang yang berani !

Kita layan video ini : 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...