Showing posts with label Sepah. Show all posts
Showing posts with label Sepah. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

..........Kerana Mulutnya


Dengan mulut kita dapat : kawan, penyakit, cacian, pujian, kejayaan, dosa, musibah, binasa, sanjungan......YANG MANA SATU MULUT ANDA ?




Pernahkah anda mendengar peribahasa seperti :

1.       1.“ kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan binasa”.  
 2
           2. “Lidah lebih tajam dari mata pedang” ( Walaupun cerita pasal ‘mulut’ , saya nak masuk kan juga pasal ‘lidah’ .  Sebab tanpa lidah siapalah mulut).  

3.       3.“Cakap jangan ikut sedap anak tekak aje ! “ ( Anak tekak pun memainkan peranan penting bagi ‘mulut’.
Semua orang dilahirkan dengan dianugerahkan mulut.  Mulut juga penentu bagaimana anda dilabel oleh orang yang memandai-mandai sesuka hati mak bapak dia nak cop anda sebagai apa dan siapa.

Hari ini saya hendak kongsi individu-individu yang dikenali dek kerana mulut.  Tak kesahlah yang membawa kejayaan , kekayaan atau kemalangan.   Saja nak seronok-seronok. Jom layan !!


1. Dato' Chef Wan . 

.......Kerana mulutnya yang tak reti diam dalam program masakan telah menjadikan beliau popular diseluruh dunia.  Beliau juga menjadi Duta Makanan Malaysia dan ikon MASholidays.  Sewaktu saya menaiki Kapal terbang Qatar Airways dari Munich ke Doha, Qatar terdapat sebuah buku dan didalamnya disisipkan ruangan wawancara bersama Chef Wan disediakan dalam penerbangan.  Tajuk buku tersebut saya lupa ! dan rugi tak ambil gambar buku tersebut ! Tahniah ! Kejayaan yang dikecapi kerana mulut.



2. Dato' Siti Nurhaliza

.. ....Kerana mulutnya dia berada di tahap sekarang.  Menjadi terkenal dan kaya bukan kerana ideanya yang bernas lalu dikeluarkan idea tersebut melalui mulutnya, tetapi ....kerana mulutnya dia mengeluarkan suara yang merdu.  Beliau seorang penyanyi yang hebat dan telah mendapat pelbagai Anugerah baik dari dalam dan luar negara.  Menyanyi sejak berumur 16 tahun hingga sekarang ......kerana mulutnya penyanyi ini mendapat gelaran Dato' bukan kerana perkahwinannya.

Info :: Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

3. Angelina Jolie

........Kerana mulutnya pelakon ini menjadi gilaan dan dambaan kaum Adam serta menjadikannya terkenal dan filem lakonannya pasti meletop contoh Salt, Tomb Rider, Mr & Mrs Smith..  Kenapa mulutnya ? Mulut dengan bibir tak sama ke ? Sama je lah ye ....Cuba perhatikan mulutnya dan bibirnya sangat seksi kan ?  Dia tidak perlu memakai pakaian seksi, tidak perlu meliuk lentukkan badannya , tidak perlu berkata-kata kerana dengan hanya menatap mulutnya dia sudah kelihatan cukup seksi ! .....Kerana mulutnya Brat Pitt pun sangkut ! ko hade ?



4.  Ustazah Siti Nor Bahyah

.....Kerana mulutnya digunakan sebagai medium dakwah melalui penyampaian idea-ideanya yang bernas.  Beliau mengacarakan rancangan "SEMANIS KURMA".  Kerana kepopularan Ustazah ini dan program ini telah menjadikan Kumpulan Sepah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Musim 1 kerana Kumpulan Sepah meniru dan sedikit mengubah gaya, pakaian, rancangan dan "tag line" rancangan "semanis kurma" kepada lawak "manisnya kurma ini".   Melalui Facebook Ustazah Sitinorbahyah , beliau pernah menyatakan tidak sedikit pun terguris dengan lawak Kumpulan Sepah dalam Rancangan Maharaja Lawak Musim 1.



5. Oprah Winfrey

........Kerana mulutnya beliau dikenali seantero dunia.  Beliau merupakan seorang "media propietor, hos rancangan bual bicara, pelakon, produser, philantropist".   Rancangan popularnya "The Oprah Winfrey Show".  Mungkin fizikalnya tidak seperti supermodel tetapi kerana mulutnya yang melontarkan buah fikiran yang bernas telah melayakkan beliau mengecapi pelbagai kejayaan dan kemahsyuran.





6. Azwan Ali 

......Kerana mulutnya, beliau pernah menjadi salah seorang pengacara yang disegani.  Suaranya yang jantan semasa mengacarakan sesebuah program dan buah fikirannya yang bernas pernah menjadikan beliau popular. Kenapa sekarang dah tak mengacara ye ?  Mungkin dia mengacarakan Twitter nya sahaja kot..... Kini , kerana mulutnya beliau mendapat pelbagai kontroversi ( tak tahulah sengaja atau tak sengaja cari kontroversi).  Yang pasti kalau tengok dalam rancangan "Melodi"   kalau Azwan Ali diwawancara oleh wartawan....rasa macam nak MUTE je suara kat TV tu ! heheheh





6 contoh sahaja.  Cukup lah ya.  Dari seorang Chef, penyanyi, pengacara, pelakon, samada Malaysia atau luar negara  semua sama sahaja.  Kerana mulut pelbagai kejayaan , kekayaan, sanjungan yang diperolehi dek kerana mulut. .


P/S  :  Jaga mulut anda sebaik mungkin.  Kerana mulut badan binasa.  Jangan lupa gosok gigi ye ! Kwasan mulut juga tu ...:-)









Friday, October 7, 2011

Kumpulan sepah Raja Lawak berpecah kini jadi Sepahtu (dengar nama pun dah lawak) iaitu Jeff dan Shuib

Dulu Kumpulan Sepah bertiga  dari kiri : Jepp, Shuib , Mamat

Sekarang berdua Kumpulan Sepahtu (dengar nama pun dah lawak)  , dari kiri Shuib dan Jepp




6 Oktober – Nekad dengan keputusan membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu,duo serasi bersama , Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan pula kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu.

Ditubuhkan sejak September lalu, Jep menyatakan yang dia dan Shuib sudah tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan (Sepah). Justeru mereka mengambil keputusan untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan Sepahtu selepas ditawarkan bernaung di bawah syarikat MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi, Mawi."Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran Mawi," ujar Jep sewaktu sidang media "Sepahtu Bikin Album"di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, baru-baru ini.


Ketika ditanya tentang pemilihan nama 'Sepahtu' pula, Jep berkata mereka memilih nama baru ini memandangkan nama 'Sepah' digunakan untuk mereka bertiga dan tidak adil sekiranya mereka berdua terus berkarya menggunakan nama tersebut."'Sepahtu' bunyinya seperti sepatu atau kasut yang mana saling bergerak bersama. Satu di kiri satu di kanan, jadi ianya signifikan dengan langkah terbaru kami ini, bergerak sepasang," jelas Jep lagi.
Jep juga menyatakan, meskipun telah berpecah, namun hubungan antara mereka bertiga masih baik malah langsung tidak bermusuhan antara satu sama lain. Mereka juga akan bekerjasama sekali lagi melaksanakan projek terakhir Sepah iaitu filem "Sepah The Movie" yang akan memulakan penggambaran pada 17 Oktober ini. Jelas Jep lagi, mereka telah menandatangani kontrak untuk filem tersebut dan tiada masalah untuk mereka berlakon bersama-sama.


"Hubungan kami sebagai kawan masih baik, tetapi bila sampai soal komitmen, kami tidak boleh bernegosiasi lagi dan terpaksa berpecah. Tiada kes siapa singkir siapa," kata Jep lagi.
Bercerita tentang album sulung mereka terbitan MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records yang dijangka dirilis Disember tahun hadapan, album bergenre Pop dan Rock menyaksikan himpunan karya lagu nukilan komposer dan penulis lirik terkenal seperti M. Nasir, Azmerr, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri selain menampilkan kolaborasi Sepahtu bersama Mila dan Mawi.

Sumber : Yahoo!

P/S : Dengar nama kumpulan pun dah lawak Sepahtu . jangan jadi sepatu sudah baru-baru disayang.  Dah lama-lama haus sana, haus sini, koyak sana koyak sini.  Pastu sepatu dicampak ke sungai kena makan buaya.  Nama hanya tinggal nama sepatu burukku.   Harap-harap kumpulan sepahtu ini akan lawak selama-lamanya dan jangan pecah belah lago.  kalau ajak Mawi join pun ok.  Sebab Mawi pun boleh tahan lawaknya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...