Showing posts with label japan. Show all posts
Showing posts with label japan. Show all posts

Sunday, June 8, 2014

JEPUN! AKU DATANG : DISNEYSEA, DISNEYLAND TOKYO

Bismillah
Assalamalaikum w.b.t
Hai

Agak lambat update cerita . Tapi tak pe lah bak kata omputih 'better late than never'.  Kali ni cerita ke Disneysea Tokyo.  Disneysea only in Japan. Limited edition kiranya. Permainan sesuai untuk orang dewasa, disneyland sesuai dengan bebudak. Tiket masuk ke Disneysea 2400yen. Pada 24 Mac 2014 hari Isnin kami ke Taman tema kesukaan ramai tu.

Pagi tu 7.30 pagi saya dan suami keluar dari APA kanda Hotel dan terus naik tren menuju Tokyo station.  Dari Tokyo station kami mengambil tren 'keiyo line' ada tulisan dalam kurungan (maihama)  warna merah (4).  Follow je lah sebab kawan kami yang beritahu direction utk ke Disney.  Pukul8.40 pagi kami berlepas.

Di dalam tren ramai kanak2, keluarga, remaja semua mengenakan scarf minnie, bag mickey mouse dan semua berkaitan dengan disney.  Memang nampak sangat mereka nak berseronok.

Jam 9 pagi sampai disney.  Kami ikut papan tanda arah ke Disney.  Untuk ke Disneysea kami perlu menaiki tren lain yang membawa kami khas ke disneysea.  Pas tiket tu samada sehala atau sepanjang hari, kami pilih sepanjang hari.

Tren di disney sangat comel tingkap, pemegang pun kepala mickey.  Sampai je di Disneysea kami terkesima dengan rekaan bangunannya.  Banyak pulau yg setiap satu nya mengambil tem cerita terbitan disney contoh, Mermaid lagoon, Arabian knight, American Harbour etc. Permainannya diinspirasikan dari filem terbitan disney contoh Indiana Jones,jasmine flying carpet, journey to the center of the earth, tower of terror, & macam macam lagi.  Sehari memang tak cukup.  2 hari baru boleh explore semua permainan yg disediakan.

Cara nak main permainan kami perlu mendapatkan 'fast tiket' dan ditetapkan pada pukul berapa kami boleh bermain.  Kalau fast tiket habis kenalah beratur panjang berjam jam lamanya.  Kalau dah dapatkan 1 fast tiket  nak dapatkan fast tiket seterusnya 40 minit berikutnya(kalau tak silap).

Kami ke toy story fast tiket dah habis.  Nak beratur macam tak logik panjangnya.  So, kami terus mendapatkan fast tiket 'tower of terror" lagi 3 jam dari waktu ambil fast tiket baru kami boleh pergi main.  Huwaaa lamanya.

Kami terus ke "journey to the center of the earth".  Fast tiket dah habis, jadi kami beratur selama 3 jam.  Mak aihh nak patah kaki tapi terpaksa beratur juga sebab alang alang dah sampai.  3 jam berlalu tiba giliran kami bermain permainannya ...apa yang saya rasa main permainan tu ..cukuplah sekali bagai nak luruh jantung.  Yang pasti sesiapa yang naik permainan tu menjerit2 minta ampun.

Kemudian kami ke 'flying jasmine carpet' dan macam-macam lagi yang kurang berbahaya tapi nak main tu kena beratur panjang..huhhh penat.

Fast tiket yang mula-mula ambil tadi 'tower of terror'.  Yang ni suspen sikit.  Mula-mula kami dibawa oleh staff situ macam melawat muzium.  Kemudian, kami kena beratur dan masuk bilik.  Saya ingat bilik wayang.  Rupanya bilik tu macam dlam lif tapi ada seat dan belt.  Permainannya kami akan dinaikkan ke puncak menara dan lif tu akan bergerak laju seolah olah terhempas.  3 kali juga babak tu diulang. Reaksi saya menjerit sekuat hati dan bagai nak terputus jantung.  Turun tu kaki menggigil mencungap cungap.  Sumpah! Tak nak naik lagi.  Permainan seterusnya 'tornado' tapi saya tak akan naik sumpah!!

Kemudian, kami beratur untuk mengambil gambar bersama minnie mouse.  Orang Jepun ramai yang sangat fanatik berjumpa dengan minnie mouse.  Macamlah minnie mouse tu real.

Macam-macam lagi aktiviti yang tidak bahaya dibuat sambil menikmati keindahan seni bina bangunan Disneysea yang direka mengikut filem tertentu. 

Kami keluar dari Disneysea pada waktu malam, cuaca mulai sejuk.  Terus naik tren dan pulang ke hotel

Saturday, April 12, 2014

JEPUN! AKU DATANG :KE ASAKUSA DAN SKYTREE IKON TERBARU TOKYO

Hai...kesinambungan episod sebelum ini, kali ni nak cerita pengalaman ke Asakutsa pada hari ke 2 di Jepun iaitu 22 Mac 2014  hari sabtu.

  

 


Pagi tu saya dan suami berdua je ke Kanda Station untuk ke Asakutsa dengan menaiki subway ginza line ,harga tiket 190yen seorang. Tujuan utama nak berjalan dan jumpa kawan lama suami saya.
Ok perjalanan tak lama ...so, sebelum menunggu kawan suami sampai saya dan suami cuci mata dgn tarikan asakusa.  Di sini tarikannya ialah temple lama memang ramai sgt org di situ dan ada gerai jualan ...fuhhh nak sampai temple tu memang lah besesak-sesak tapi nasib baik cuaca sejuk.  Di asakusa juga ada pemuda-pemuda yang berpakaian ala ninja dan bolehlah naik beca yang mereka tarik.  Menarik sangat,tapi kami tak naik lah.
  

 


Kami ke sumida park tapi alamak sakura tak berbunga lagi walaupun pokok sakura banyak sangat.  Kami hanya berjalan dan menikmati keindahan di pesisir sungai dan mengambil gambar berlatarbelakangkan sungai dan skytree yang merupakan ikon terbaru di tokyo. Langit berwarna biru menambah kecantikan gambar jugak. Ada juga Tokyo river cruise kami tak naik sebab kena beratur untuk naik.

  

 

Tak lama tu kawan suami pun sampai ,dia kawan sekolah menengah suami yang belajar dan bekerja di Jepun.  Dengan bantuannya kami bersiar siar dulu di area temple (tak masuk pun) cuma tengok senibina lama ,kemudian beli cenderahati sikit dan makan di doner kebab. Settle makan kami terus ke skytree dengan berjalan kaki dan melintas jambatan. Kat Jepun memang banyak aktiviti menggunakan tren dan jalan kaki.  Pastikan pakai stokin dan kasut yang sesuai.



 

Sampai di skytree kami nampak ada sakura berbunga,apa lagi ambil gambar lagi berlatarbelakangkan skytree.  Kemudian kami ke kedai dan banyak sangat kedai di sini.  Kami terus ke kedai Disney untuk mendapatkan tiket ke Disneysea yang berharga 3200yen seorang.

Lepas berjalan-jalan tu kami pun ke Shibuya dengan menaiki Tokyo metro.  Ok...nantikan sambungannya......
Di bawah gambar-gambar kami sepanjang di Asakusa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...