Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Saturday, April 5, 2014

JEPUN! AKU DATANG : Keseorangan dari Penang ke Jepun

Entri Kali ni very pelik kan weird bunyi nya.  Bukan keseorangan membawa hati yang lara tapi kena pergi Jepun sorang sorang sebab suami dah ke Jepun seminggu awal. 

Pada 20 mac 2014 , Tiket penerbangan pada pukul 9.15 malam dari penang ke changi airport dengan menaiki penerbangan silk air. Sampai di Penang international airport (PIA) pada jam 7 petang . 7.40 petang saya terus check in di kaunter direct ke narita airport Tokyo,Jepun.  Lepas check in masa panjang lagi jadi saya kena cas bateri smartphone takut weyyy bateri kong sebab itu saja komunikasi yang ada sebab suami menunggu saya di Narita Airport.   Di PIA ,ada service ni di sebuah kafe di level 1 berhadapan tourism Malaysia.

Ok, 8.40 malam dah boarding ,so saya pun ke imegresen dan buat pemeriksaan keselamatan biasa.  9.30 malam baru naik flight Penang- changi dengan prnerbangan MI353.  Dalam 10.40 malam tiba di changi international airport.  Flight landing di terminal 2 , terus saya ambil skytrain untuk ke terminal3 sebab penerbangan Singapore airlines Changi - Narita di terminal 3.

Tiba di terminal 3 ,skrin paparan flight menyatakan flight saya delay dan telah bertukar gate.  Asalnya gate A10 ditukarkan ke gate A4.  Sepatutnya flight pukul 11.55 malam.  So, saya duduk dan berborak dengan pelancong dari Thailand. Walaupun keseorangan tak apa yang perlu dirisaukan sebab kami di airport memegang status yg sama iaitu tourist dan mahu ke negara yang asing bagi setiap pelancong.

11.30 malam ,boarding ...so terus masuk ke gate A4 dan lakukan pemeriksaan keselamatan biasa.  Tunggu sebentar dan dipanggil beratur ,kemudian 12 tengah malam kami pun berlepas dengan penerbangan SQ638 lewat 5 minit dari jadual asal.

Sepanjang perjalanan saya diberi 2 kali hidangan Muslim seperti mana yg direquest.  6 jam kemudian selamat tiba di Terminal 1 Narita Airport pada jam 6.40 am (waktu Malaysia) atau 7.40 am (waktu jepun).  Masa dalam penerbangan saya mengisi 2 form yang diberi oleh staff singapore airlines untuk diberi kepada immigration jepun. Dalam form tu kena isi alamat di jepun, berapa banyak Wang tunai yg dibawa,tempoh,kelakuan jenayah/pernah dipenjarakan  ...so jawab lah dengan jujur sebab ada seorang ahli politik Malaysia tak dibenarkan masuk ke Jepun pasal silap jawab kot atau terlepas pandang wallahualam.

Kemudian terus ke bag claim ikut sahaja papan tanda 'arrival' . Maklumlah keseorangan ,kena alert dengan signboards. Next, cop imegresen pada jam 8 am (japan).  Masa di imegresen kita perlu scan jari telunjuk kiri dan kanan , muka pun direkod. 

Settle step tu terus tengok signboard bag claim penerbangan SQ638 di kaunter B7.  Ok nampak dah beg pink diikat reben warna biru. Lepas tu pergi ke "declaration immigration".  Masa ni agak berdebar sebab imigresen suruh saya buka beg dan semua barang dicek satu persatu.  Apa yang ditanya kita jawap je walaupun soalan jepun dalam English yang kita kurang faham apa yang dia nak cakap,slanga jepun mereka sangat pekat hehehe.

Alhamdulillah, tak ada apa apa yang mencurigakan,biasalah orang jepun memang sangat bertanggungjawab dengan tugas mereka dan melakukan dengan bersungguh sungguh.

Selepas ke arrivall hall saya tunggu suami di meeting point.  Ada WiFi disediakan jadi senanglah Ber Whatsapp dengan suami.  Jam 10 pagi suami sampai bersama rakan Jepun nya iaitu Abo-san.

Seterusnya kami mendapatkan ticket train untuk ke Tokyo dengan dibantu oleh Abo-san.



Thursday, March 1, 2012

15 Negara paling kaya dunia

Tempat pertama yang menduduki negara paling kaya dunia ialah ..............  :

1.  Qatar yang merupakan negara pengeluar minyak yang ke tiga terbesar di dunia .  ( jangan lepas ni kena serang dengan musuh-musuh Islam sudah . Alasan yang tidak lain tidak bukan yang biasa digunakan ialah memburu pengganas ) . Nauzubillah

Alhamdulillah dah pernah menjejakkan kaki dibumi Qatar , itu pun sebab transit dari Kuala Lumpur nak ke Munich, German.  Tak sangka dah menjejakkan kaki di negara paling kaya di dunia.


Qatar

2.  Tempat ke 2 Luxembourg yang terletak di Eropah.  Antara negara yang terkecil antara negara Eropah yang lain.

Luxembourg

3.  Negara ketiga paling kaya ialah Singapura .  Tak lain tak bukan jiran terdekat Malaysia.
Ekonomi Singapura disumbangkan melalui aktiviti teknologi , pembuatan dan pusat kewangan.
Singapura
4. Norway

Norway

5. Brunei yang kaya dengan minyak dan antara negara yang kecil.
Brunei yang juga jiran Malaysia dan terletak satu tanah dengan Sabah dan berjiran dengan Sarawak

6.United Arab Emirates ( Emeriah Arab Bersatu )
UAE

7.United States  ( Amerika Syarikat )
New York, USA

8.Hong Kong  juga merupakan jiran China . 
Hong Kong



9.Switzerland yang sangat terkenal dengan kecantikan alam semulajadinya

Switzerland


10.Netherlands ( Belanda )

Netherland / Belanda


11. Australia
Australia


12.Austria yang terkenal dengan kos hidup yang tinggi.

 Alhamdulillah dah pernah menjejakkan kaki di Austria dan memang betul fakta kos hidup yang tinggi.  Austria juga negara yang maju , cantik , selesa ,bersih, harmoni, rakyatnya yang  berbudi bahasa, peramah , baik hati ( puji lebih sebab saya ada bukti).
Austria
Saya di Austria , Hotel Marienhof



13.Ireland
Dublin, Ireland



14.Canada
Toronto, Kanada


15. Kuwait merupakan negara ke-5 terbesar dalam mengeluarkan dan mengeksport petroleum
Salah satu menara di Kuwait
 P/S : Jiran Malaysia terdekat iaitu Singapura dan Brunei dah tersenarai negara paling kaya di dunia.  Harap-harap tahun 2020 Malaysia akan menjadi antara negara terkaya sebab Malaysia pun kaya dengan sumber alam.

Senarai negara terkaya bedasarkan pendapatan perkapita negara.

Sumber : Forbes, Yahoo! , Google


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...