Showing posts with label Austria. Show all posts
Showing posts with label Austria. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Sepanjang Jalan Pulang : Dari Eropah ke Malaysia


Permandangan dari luar apartment


Dah ready nak berangkat.  Huiii banyaknye beg


Harus lah ... dapur pun nak berposing

Ruang tamu di apartment

Pulang ke Malaysia.  Selamat tinggal Eropah.  Selamat tinggal Austria.  Selamat tinggal semua yang tinggal hanya lah kenangan dan akan abadi dalam lipatan sejarah dan perjalanan hidup ku.  Hidup ini adalah perjalanan jangan sesekali memagarinya.  Kata orang jauh perjalanan luas permandangan.

Kata orang best duduk di Eropah.  Bagi aku best memang best bagi minggu-minggu terawal.  Sekejap-sekejap bolehlah.  Tapi dah lama-lama rindu akan tanah tumpah darahku.  Rindu pada kehijauan Malaysia, cuaca bagi kawasan hutan hujan tropika, suhu yang panas ini cukup sesuai bagi aku.  Duduk di Eropah bagi aku cuaca adalah satu cabaran besar.  Maklumlah sejak lahir dah biasa dimandikan dengan cahaya matahari yang terik.   Im Proud to be Malaysian.  



Dari Austria ke German
Perjalanan pulang ke Malaysia bermula di Austria dengan menaiki keretapi selama 5 jam menuju Munich, German.  Setibanya di Munich, German saya dan suami terus mendapatkan tiket untuk ke Airport di Munich.  Memandangkan penerbangan ke Malaysia pada keesokan harinya, kami bermalam di Movenpick Hotel di German. Cuaca di German pada masa itu sudah sungguh sejuk dan berbeza di Austria.  Sejuk yang amat tak tahan rasanya....menggigil.


Ada salji diatasnya, memang patut pun sejuk

Gereja yang dah bekurun lama kot

dalam keretapi.  Rajinnya mereka menelaah

Keretapi  OBB


Salzburh hbf


Drau / Sungai

Church

Austria bukan New Zealand.  Jauh kot


Austria is no Kangaroo




Movenpick Hotel  dan  Menginap sebelum balik
Keesokannya , kami ke Airport German (Airport munchen germany) dengan dihantar oleh pemandu Hotel. Pagi itu sejuknya tak tertahan.  Bercakap pun mulut terketar-ketar.  Banyak pasangan orang Eropah, tabiat mereka untuk memanaskan badan dengan minum alkohol dan merokok.  Kalau saya orang Islam pakai je lah baju tebal-tebal nak panaskan badan,



Katil ....  eeee sejuk


Movenpick hotel




four star hotel

Ok sejuk sangat


Pokok beri.  Tak tahu lah beri apa

my luvly husband


Munich, German Airport / Lapangan Terbang Munich
Tangkap-tangkap gambar dulu.  Feel-feel artis.  


im Asian not European

Banyak nya flight

Di luar Airport

Ok Mat Saleh yang tarik beg tu sangat besar





Penunggu Airport. Maybe flight nya delay

Di Luar Mc cafe

Al-Qatariah .  Qatar Airways servis terbaik !!




Selamat pulang ke Malaysia.  Home Sweet Home



Cenderahati dan makanan.  Qatar Airways the best !




Gambar ini di snap oleh saya




Malaysia dari udara.  Rasanya ni area Penang kot




P/S : Saya amat merindui kamu Eropah. Kalau ditakdirkan pergi lagi ke Eropah saya akan pergi.  Best nya, sangat seronok...  Dulu pergi ber2 teringin gak nak pergi ber 3 , 4 , 5 .  Amin

Thursday, March 1, 2012

15 Negara paling kaya dunia

Tempat pertama yang menduduki negara paling kaya dunia ialah ..............  :

1.  Qatar yang merupakan negara pengeluar minyak yang ke tiga terbesar di dunia .  ( jangan lepas ni kena serang dengan musuh-musuh Islam sudah . Alasan yang tidak lain tidak bukan yang biasa digunakan ialah memburu pengganas ) . Nauzubillah

Alhamdulillah dah pernah menjejakkan kaki dibumi Qatar , itu pun sebab transit dari Kuala Lumpur nak ke Munich, German.  Tak sangka dah menjejakkan kaki di negara paling kaya di dunia.


Qatar

2.  Tempat ke 2 Luxembourg yang terletak di Eropah.  Antara negara yang terkecil antara negara Eropah yang lain.

Luxembourg

3.  Negara ketiga paling kaya ialah Singapura .  Tak lain tak bukan jiran terdekat Malaysia.
Ekonomi Singapura disumbangkan melalui aktiviti teknologi , pembuatan dan pusat kewangan.
Singapura
4. Norway

Norway

5. Brunei yang kaya dengan minyak dan antara negara yang kecil.
Brunei yang juga jiran Malaysia dan terletak satu tanah dengan Sabah dan berjiran dengan Sarawak

6.United Arab Emirates ( Emeriah Arab Bersatu )
UAE

7.United States  ( Amerika Syarikat )
New York, USA

8.Hong Kong  juga merupakan jiran China . 
Hong Kong



9.Switzerland yang sangat terkenal dengan kecantikan alam semulajadinya

Switzerland


10.Netherlands ( Belanda )

Netherland / Belanda


11. Australia
Australia


12.Austria yang terkenal dengan kos hidup yang tinggi.

 Alhamdulillah dah pernah menjejakkan kaki di Austria dan memang betul fakta kos hidup yang tinggi.  Austria juga negara yang maju , cantik , selesa ,bersih, harmoni, rakyatnya yang  berbudi bahasa, peramah , baik hati ( puji lebih sebab saya ada bukti).
Austria
Saya di Austria , Hotel Marienhof



13.Ireland
Dublin, Ireland



14.Canada
Toronto, Kanada


15. Kuwait merupakan negara ke-5 terbesar dalam mengeluarkan dan mengeksport petroleum
Salah satu menara di Kuwait
 P/S : Jiran Malaysia terdekat iaitu Singapura dan Brunei dah tersenarai negara paling kaya di dunia.  Harap-harap tahun 2020 Malaysia akan menjadi antara negara terkaya sebab Malaysia pun kaya dengan sumber alam.

Senarai negara terkaya bedasarkan pendapatan perkapita negara.

Sumber : Forbes, Yahoo! , Google


Thursday, October 13, 2011

Menakjubkan ! 3 jam keliling dunia

******  AMARAN !  Baca Sampai Habis*******

Eiffel Tower, Paris
New York, London













Taj Mahal , India



Osaka, Japan

Mauri , Australia

German

Maldova

Austria

Universal Studio

Mexico

Australia


Borobudur , Indonesia


Pisa

My Lovely Husband :-)

Hollywood

Masjid Bandha Acheh, Indonesia

Budapest

Istanbul, Turkey


Nepal


Egypt

Yemen

Italy


Nak masuk dalam Minimundus dapatkan tiket Euro 13 seorang.  lebih kurang RM 55.90



Ok, semua di atas adalah di Minimundus, Austria.  Di Minimundus terdapat replika bangunan dari seluruh dunia.  Tapi bangunan  di Malaysia tiada di sini.   Negara Asia cuma Jepun, China, Indonesia,Thailand, India dan Australia sahaja yang bangunannya terdapat di sini.  malaysia punya KLCC tiada di sini.  Lebih 100 bangunan yang terdapat di sini.  Semua nya cantik-cantik belaka.  Saiz bangunan yang terdapat di Minimundus adalah 1 nisbah 25 (1 : 25) daripada saiz asal.   Kalau ada anak kecil, Minimundus merupakan taman terbaik untuk pembelajaran anak-anak.  Kecil-kecil mereka sudah didedahkan dengan negara luar melalui ciri-ciri bangunan sesebuah negara yang melambangkan identiti negara tersebut.  Kalau di Malaysia ada Minimundus kan seronok.  boleh bawak anak (sesiapa yang dah ada anak).  Cikgu sekolah boleh buat rombongan di sana.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...