Showing posts with label Suami isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami isteri. Show all posts

Friday, August 3, 2012

(Puasa) Jimak siang hari bulan Ramadhan hukum dan denda nya


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni nak buat entri sikit fasal puasa ni.  Semoga ia dapat menambah ilmu kepada diri sendiri dan orang lain juga :

MAKNA PUASA :
1.Dari segi bahasa:
Puasa beerti menahan diri daripada sesuatu

2. Dari segi syarak
Puasa beerti menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.  Dimulakan dengan niat puasa, dengan niat berpuasa, kerana mangharapkan keredaan Allah S.W.T.

Dari segi makna syarak sudah jelas menyatakan erti puasa iaitu 'menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa.....".  Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa ?


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA:
1. makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari diri berpuasa.
2.memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang tebuka
3.keluar haid atau nifas
4.gila
5.murtad
6.mengeluarkan mani dengan sengaja
7.bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan Ramdhan )

Ilustrasi suami isteri.  Sumber pakcik Google
KIFARAT / KAFFARAH  ( denda )
Tajuk entri di atas ditekankan pada perkara yang membatalkan puasa yang ke 7 iaitu bersetubuh/berjimak (melakukan hubungan kelamin bagi suami isteri pada siang hari dibulan Ramadhan).  


Apakah hukumnya ??
Hukumnya ialah haram, berdosa besar dan dilaknat tetapi tidak jatuh zina kerana sudah sah menjadi suami isteri.  Jadi dikenakan kifarat (denda) atau dalam bahasa arab disebut kaffarah.  Kifarat/kaffarah hanya dikenakan kepada SUAMI sahaja.  Manakala isteri hanya perlu mengqada' hanya 1 hari puasa.

Erti kifarat / kaffarah :
-orang yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan, maka ke dua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan SUAMI SAHAJA wajib membayar kifarat seperti:

1.memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki atau perempuan (sekiranya tidak mampu)
2.berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3.memberi makan kepada 60 orang fakir miskin

TETAPI TAHUKAH ANDA , ADA SEBAB SUAMI ISTERI YANG JIMAK DI SIANG HARI BULAN RAMADHAN TIDAK DIKENAKAN KIFARAH/KAFFARAH ( DENDA )?

Hal ini disebabkan oleh suami dan isteri tersebut tidak puasa dibulan Ramadhan atau telah membatalkan puasa terlebih dahulu sebelum jimak/ bersetubuh.  Jika suami isteri tersebut membatalkan puasa dengan cara berjimak/bersetubuh maka, ia wajib dikenakan kiffarah (denda).  Tetapi jika suami isteri tersebut membatalkan puasa dengan cara lain iaitu makan atau minum terlebih dahulu (bukan membatalkan puasa dengan berjimak) , kemudian setelah makan atau minum barulah mereka berjimak maka suami isteri TIDAK KENA KIFARAH/KAFFARAH hanya perlu qada' puasa 1 hari.  

Hal ini kerana perkara yang membatalkan puasanya ialah bukan berjimak tetapi makan/ minum.  Tetapi hukum perbuatannya tetap sama berdosa besar, dilaknat  Allah S.W.T tetapi tidak jatuh hukum zina.

Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila tonton video dibawah oleh Ustaz Azhar Idrus :
P/S  :  Walaupun batalkan puasa makan atau minum sebelum jimak siang hari  pada bulan Ramadhan untuk elak kifarah, pada saya baik tak payah buat sebab hukumnya tetap berdosa besar.  Walaupun nak elak kena kifarah 2bulan berturut-turut tetapi hukumnya tetap berdosa besar  Perkongsian ilmu ni amat berguna. 
Sila share dan sebarkan ye , moga sama-sama dapat ilmu, pahala, manfaat.

Thursday, January 19, 2012

Awas ! Pujian juga membawa Perpisahan




Suami saya suka memuji saya.  Bagaimana suami anda ?  Tapi suami saya tidak pernah dan minta dijauhkan dia memuji saya dengan pujian-pujian di bawah

Suami : Ayang dari arah belakang abang tengok, ayang sama macam mak abang
Suami : Muka ayang kan macam muka adik abang kalau tengok dari tepi
Suami : Mata ayang dengan kening ayang sama macam adik perempuan abang

Situasi di atas dinamakan sebagai zihar.

Maksud zihar : suami yang menziharkan (menyamakan) sebarang juzuk tubuh/anggota badan isterinya dengan muhram suami dengan mana-mana anggota lahirnya (si isteri).

Hukum : berdosa besar & haram.

Jatuh hukum zihar (jatuh talak) apabila : 
1) suami yang sah
2) baligh
3) berakal

Lelaki yang sudah menziharkan isterinya, berdosa besar untuk ber'mesra' dengan isteri nya itu.

Orang-orang yang telah menziharkan isteri mereka, kemudian hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan itu, maka mereka perlu membayar kafarah iaitu ;
a) membebaskan seorang hamba.
b) berpuasa 2 bulan non-stop
c) memberi makan kepada 60 orang fakir miskin - 1 orang 1 cupak


P/S : Saya percaya semua isteri diluar sana amat suka jika suami memuji-muji.  Tetapi bukan semua pujian membawa kebahagiaan.  Berhati-hati dengan pujian yang membawa musibah iaitu penceraian.

Friday, December 23, 2011

Suami Kurang Asam





KUALA LUMPUR : Seorang suami sanggup menyimbah petrol untuk membakar isterinya semata-mata wanita itu menghalang niatnya menyerahkan anak mereka berusia bawah 10 tahun kepada saudara dan rakannya.

Malah mangsa yang berusia 24 tahun turut dibelasah dengan kayu selama beberapa jam di Flat Sri Pahang.  Menurutnya, suami yang tidak berpuas hati membawanya ke Batu 9, Cheras dan dalam perjalanan, dia membeli petrol yang kemudian disimbah kearahnya selepas tiba berdekatan rumah neneknya di kawasan Batu 9.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana berada dalam kereta dan ketika suaminya cuba menyalakan api, suspek membatalkan niatnya kerana risau kereta terbakar.

Gambar hiasan sahaja.  Gamkanya kalau kereta suami durjana ni macam ni tak pe lah jugak sayang nak bakar .  Tapi kalau sanggup bakar isteri dari tak sanggup tengok terbakar memang terbakar hati aku tengok adegan tak masuk akal tu.


Fuhhh !!!  artikel di atas sungguh menikam-nikam perasaan saya. Rasa terbakar satu badan.  Sakit hati baca cerita macam ni.  Sang suami durjana tu ingat si isteri ni anak patung ke hape ?  Sesuka hati nak belasah siap nak bakar isteri,  Tapi niat nak bakar isteri terpaksa dibatalkan sebab takut kereta terbakar.  Nampak sangat lebih sayangkan kereta dan harta benda dari nyawa seorang isteri.  Sang suami durjana ni tak menghargai langsung pengorbanan si isteri.  Sudahlah bersalin kan anak kemudian senang-senang hati nak bagi anak kat orang.  Diharapkan artikel di atas dapat menginsafkan para suami dan jangan sesekali bertindak bodoh macam orang gila.  Mintak-mintak si suami durjana tu masuk penjara kena gantung sampai mati pun lagi bagus !

Tuesday, November 15, 2011

Janda dan Anak Gadis dicekup khalwat bersama 3 Lelaki

Janda ini mendakwa dirinya kesunyian !!!  

ALOR SETAR: Seorang janda dan anak gadisnya dicekup berkhalwat dengan tiga lelaki, termasuk seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah bilik motel di Shahab Perdana di sini, pagi semalam.

Mereka ditahan dalam serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di hotel itu, kira-kira jam 1.45 pagi.

Gadis berusia 16 tahun itu dicekup ketika sedang tidur bersama seorang pelajar dan seorang lelaki lain, manakala janda terbabit yang berusia 42 tahun dan teman lelakinya berusia 20-an pula sedang berbual dalam bilik motel murah itu.

Pemeriksaan air kencing ke atas teman lelaki janda terbabit dan anak gadisnya itu turut didapati positif mengambil dadah. Berikutan itu, mereka ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Seorang daripada lelaki yang tidur bersama gadis terbabit berusia 16 tahun, manakala seorang lagi berusia 20-an. Janda itu mendakwa, dia kesunyian selepas bercerai dengan bekas suaminya dan menyara dua anak, manakala tiga lagi anaknya dipelihara keluarga mentua kerana masih bersekolah.

Dia yang juga pembantu kedai makan dikatakan menyewa bilik motel itu dengan RM600 sebulan bersama anak perempuannya yang bekerja sebagai pencuci kereta dan membawa tiga lelaki berkenaan untuk menemani mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata pihaknya yang menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di bilik hotel itu bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

Katanya, anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik sebelum ia dibuka wanita yang hanya memakai singlet serta berkain batik.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada seorang gadis dipercayai anak wanita itu yang hanya bersinglet dan berseluar jeans sedang tidur bersama dua lelaki dalam bilik berkenaan, manakala seorang lagi lelaki tanpa baju dan hanya berseluar jeans,” katanya.

Syeikh Muhammad Suhaimi berkata, semua mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

Sumber sahih : Berita harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...