Tuesday, January 17, 2012

Wikipedia ditutup 24 jam

Logo Wikipedia . Sumber : Google


NEW YORK 17 Jan.-Wikipedia akan menutup laman web versi Bahasa Inggerisnya selama 24 jam hari ini sebagai membantah cadangan pelaksanaan undang-undang anti-cetak oleh Kongres Amerika Syarikat (AS), kata pengasas laman web ensaiklopedia itu, semalam.

Pengasas Wikipedia , Jimmy Wales dalam satu kenyataan berkata, Akta Anti Cetak Secara Dalam Talian merupakan ancaman kepada laman web yang selamat, bebas dan terbuka.

"Jika undang-undang itu diluluskan, ia akan menghalang kebebasan  dan keterbukaan di dalam Internet serta mewujudkan kaedah baru yang menyekat laman web antarabangsa di AS.
"Salah satu perkara yang kita pelajari baru-baru ini ketika berlakunya Arab Spring yang menyaksikan orang ramai menggunakan Internet sebagai alat untuk bersatu dan meluahkan perasaan masing-masing," katanya.

Laman web ini akan ditutup bermula tengahmalam ini 17 Januari (1 pagi waktu Malaysia) -18 Januari sehingga esok (Rabu) dan ini merupakan kali pertama Wikipedia versi Bahasa Inggeris ditutup buat sementara waktu.

Wikipedia juga merupakan satu laman web yang popular dan menarik berjuta-juta pengungjung.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...