Monday, February 13, 2012

Pejabat Khairul Fahmi (Apek) disimbah cat

Pejabat Khairul Fahmi disimbah cat hitam


SEIYED Ahmad Mohamad Yusoff menunjukkan laporan polis yang dibuat ekoran kejadian simbahan cat berwarna hitam di pejabat KFR, Kota Bharu, semalam.




Khairul Fahmi Che Mat ( APek)


KOTA BHARU 13 Feb - Selepas diselubungi dengan pelbagai kontroversi, penjaga gol terbaik negara, Khairul Fahmi Che Mat berhadapan dengan ancaman apabila pejabat milik syarikatnya, Khairul Fahmi Resources Sdn. Bhd (KFR) di Jalan Sri Cemerlang dekat sini, disimbah cat hitam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.



Ia merupakan kejadian ketiga pejabat tersebut disimbah cat hitam. Kes pertama berlaku pada 5 Febuari lalu melibatkan kawasan depan pejabat. Kejadian kedua dan ketiga berlaku selama dua hari berturut-turut iaitu pada kelmarin dan semalam.


"Bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini, KFR telah mengupah tiga pengawal peribadi untuk menemani dan menjaga keselamatan Apek sepanjang masa.


Katanya, mereka amat terkejut apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat disimbah dengan dengan cat hitam.

"Pada mulanya kami anggap kejadian ini perbuatan kanak-kanak nakal. Tetapi selepas ia berulang beberapa kali kami mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, sebab itu kami buat laporan polis. 

"Saya percaya kejadian ini berlaku di antara pukul 12 tengah malam sehingga 5 pagi kerana pada waktu itu kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi," katanya. 

Sumber : Utusan online

Pesawat tanpa juruterbang paling canggih milik Israel

Drone Heron TP

Pesawat drone  Heron TP juga dikenali sebagai Eitan

Baru-baru ini dunia digemparkan dengan tragedi pesawat drone paling canggih dalam tentera Israel.  Pesawat Zionis ini terhempas disebuah ladang semasa menjalalani ujian rutin.

Dikatakan sayap pesawat ini terhempas kerana beban muatan yang terlalu berat.  Anggaran kerugian sebanyak AS$10juta (RM31juta)   (Banyak tu kerugian bagi sebuah pesawat drone Zionis ni).

Pesawat drone Heron TP atau 'Eitan" merupakan drone terbesar dalam kelengkapan senjata Israel dan paling canggih dalam tentera Israel.

Diantara ciri-ciri yang dikatakan canggih dan terbesar itu ialah :

1. Pesawat TANPA juruterbang


2. mempunyai sayap selebar 26 meter iaitu menyamai saiz sebuah jet penumpang Boeing 737

Sayap selebar 26 Meter


Contoh : pesawat Boeing 737

 3. Boleh terbang sehingga 36 jam tanpa henti dan dikatakan boleh terbang jauh sehingga ke Iran.  Kenapa Iran ? Sebab Israel telah membuat pengumumaan untuk menyerang Iran bagi memusnahkan program nuklear Iran pada April 2012.
Anak panah menunjukkan dari Israel ke Iran
Peta Timur Tengah ( sumber : Google)
4. Boleh membawa senjata pada altitud 13,000 meter.


5. Boleh melakukan pengawasan dari udara.

6. Boleh menyekat komunikasi musuh dan menghubungkan pusat kawalan darat dengan jet tentera udara yang dipandu juruterbang..

Pesawat Drone ini dijangka memainkan peranan utama dalam sebarang serangan Israel ke atas Iran bagi memusnahkan program nuklearnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...