Tuesday, August 9, 2011

Namawee buat filem pulak berjudul Nasi Lemak 2.0 ......!!

Semalam selak punya selak surat khabar Berita harian (BH) terpandang satu artikel NAMAWEE buat
filem berjudul Nasi Lemak 2.0 .  Bunyi 2.0 ala-ala perhimpunan haram Bersih 2.0 yang telah berlaku
baru-baru ini.  Afdlin Shauki dan Adibah Noor pun berlakon juga filem ini.


POSTER FILEM NASI LEMAK 2.0


Mungkin pakcik-pakcik , makcik-makcik , atok-atok dan nenek-nenek bagai tak kenal NAMAWEE ni. Anak-
anak muda pun mungkin tak kenal juga dengan NAMAWEE ni.  Meh aku bagi korang dengan NAMAWEE
ni dialah yang buat lagu NEGARAKUKU yang diubahsuai dari lagu NEGARAKU.  Saksikanlah...saksikanlah
olehmu wahai sang hujan ( layan dangdut Amelina dan Iwan pulaksss) ... Sila lah layan......



Kedua dia pernah menyerang salah satu cawangan TNB dan telah meng’FUCK’kan TNB.   Habis semua
isi dalam kain mak dia , semua dia sebut .....Hadoi



Atas tindakan budak cina ni ramai orang tidak puas hati dengan NAMAWEE ni.  Dia ni macam
mewujudkan sentimen. perkauman.  Aku tak nak komen lebih-lebih nak tengok orang ramai puas hati ke
tidak boleh lah tengok kat ruangan komen di Youtube video lagu-lagu NAMAWEE.


Sebelum Filem ini dihasilkan dia pernah berjumpa dengan menteri untuk mendapatkan dana.  Anda boleh






SINOPSIS NASI LEMAK 2.0
Chef Huang (Namewee) menghadapi kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun bertentangan dengan masakannya yang kurang popular, dia dikenali sebagai 'Hero Huang' dikawasan kejiranannya. Chef Huang akan membantu komunitinya sehingga dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkan dia terjebak dengan masalah. Untuk membolehkan dia  meneruskan kehidupan ini serta perniagaaan restorannya Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor) yang mengarahkan beliau memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu dengan ramai 'hero tempatan' yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui semula asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam 'nasi lemak'.
Barisan pelakon yang antaranya, Adibah Noor, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Reshmonu, Dato' David Arumugam, Pete Teo, Ho Yuhang, Felixia Yeap, Nadine Ann Thomas, Dennis Lau, Dian Sharlin, Kenny & Chee dll. Akan menemui penonton pada 8 September 2011


Lagi satu nama NAMAWEE pun telah dibersihkan oleh salah seorang menteri di Parlimen.  Oleh sebab 
itu dia tiada halangan untuk buat filem.  Mungkin dia sudah diterima dalam masyarakat kot atas
pembersihan nama NAMAWEE di Parlimen.  Rasa-rasa macam tak teruja aja nak tengok filem Nasi
Lemak2.0 NAMAWEE ni. 

 Apapun tunggu, tengok,  lihat dan perhati macamana sambutan filem Nasi Lemak2.0 .  Kalau ada cetak 
rompak mungkin aku pinjam CD/VCD/DVD dengan jiran aku kalau dia beli yang cetak rompak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...