Wednesday, July 20, 2011

MAKAN DI BALAI POLIS ???

Aku bukan seorang anggota polis... jauh sekali pegawai polis.  Tapi yang aku boleh kongsi dan berbangga dan tak  semua orang ada pengalaman macam aku ialah makan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) atas pinggan yang ada lambang polis lagi !!

Komfim tak semua boleh dapat peluang macam ni !!  tapi aku dapat peluang macam ni, so boleh lah di jadikan salah satu pengalaman hidup dan kongsi keterujaan.

Pinggan mangkuk macam ni memang aku tak dapat beli.  Bukan tak ada duit nak beli tapi tak ada jual di mana-mana kan??  -Menu masa hari ni mee rebus-



                                                         Kita minum dulu !!!

Apa-apa pun masa makan kat IPD, aku duduk semeja dengan Timbalan Ketua Polis Daerah (TKPD).
Memang peramah lah dia tu, sampai kelu seribu bahasa tak tahu nak bercakap apa.  Anak sulung dia pun sebaya dengan aku, anggap macam ayah je .

Layanan yang diberi memang tip top ala-ala makan di hotel 5 star.  Apa pun memang terbaek !!!

Thursday, June 23, 2011

Awas !! Bersih dan halalkah kedai makan kegemaran anda ??


Cerita yang bakal aku dedahkan sebentar lagi bukan mahu mengaib atau menjatuhkan mana-mana pihak.  Cerita ini hanyalah sebagai coretan kehidupanku.  Setiap detik yang aku lalui akan kucoretkan di sini hanya dengan niat ingin mengimbau segala kenangan pada suatu masa nanti dan berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja.  Hidup ini ibarat roda kadang-kadang kita di atas, kadang juga kita di bawah.  Kadang-kadang kita sayang dan kadang-kadang kita menjadi benci.  Kadang-kadang kita ingat dan kadang-kadang kita menjadi lupa.

Walaubagaimanapun, ada satu pengalaman yang sangat sukar aku lupakan.  Cerita mengenai makanan kegemaran.  Boleh dikatakan ini sebagai “ pengalaman ngeri”. 

                                            GAMBAR DIATAS: CONTOH MAKANAN JE ,bukan dari kedai makan tuuuttt
                                            GAMBAR TAK ADA KENA MENGENA DENGAN CERITA DISINI

                                  GAMBAR KEK DIATAS IALAH CONTOH MAKANAN SAHAJA
                                  TIADA KENA MENGENA DENGAN CERITA DI SINI
                                  (kek majlis pertunangan aku, cantik kan??)

                                           
Aku sangat suka satu makanan ni dan boleh dikatakan setiap kali aku ke Bandar Kota Tinggi, aku takkan lupa singgah ke kedai makan tersebut.  Kedai makan ni bukan ada satu je tapi ada beberapa cawangan di Bandar Kota Tinggi.  Dalam banyak-banyak cawangan aku paling suka dengan satu cawangan kedai makan tersebut.  Tapi semua cawangan kedai makan ini diberi “Gred B” oleh Majlis Daerah.

Gred B pon Gred B lah , yang penting makanannya sedap dan servisnya cepat.  Nak dijadikan cerita suatu hari aku pergilah ke kedai makan kegemaran aku sekeluarga.  Waktu tu tengahari,  pelanggan jangan cakap lah ramai gila !  Aku duduk je pekerja terus ambil ‘order’.  Aku order makanan kegemaran aku la apa lagi , perut lapar da tak sabar nak makan.  Ops...! tetiba lak rasa nak terkencing.

Masuk  dalam tandas  kedai makan tu aku kena lalu dapur dia.  Alamak!! Kotornya dapur dia , tapi tak apa lah kedai dah tersohor kan.  Makanan sedap Gred B pon Gred B lah.   Masuk je dalam tandas, aduhaiiiiiiiii !!! aku terpandang “pisang goreng” dalam mangkuk tandas..... eeeeeeeeeee kembang tekak aku.  Dek kerana tak tahan nak terkucil aku buat tak Nampak je “pisang goreng” tadi. 

Keluar je dari tandas, aku terpandang ada satu lagi tandas.  Tapi tak ada mangkuk tandas, macam bilik mandi lah senang cerita.   Nak tahu apa yang aku nampak??  Aku nampak 2 baldi penuh nasi.  Nasi yang gebu.  Nasi yang macam baru diceduk dari periuk dan dimasukkan dalam baldi kemudian dimasukkan dalam bilik air tadi.  Kalau nak dikatakan nasi tu adalah sisa makanan, aku rasa mustahil.  Sebabnya nasi tersebut sebanyak 2 baldi. 

Mana mungkin sisa makanan, nasi pulak tu sebanyak 2 baldi.  Nasi tu sedikit pun tak nampak macam sisa makanan.  Kalau sisa makanan mesti ada tulang-tulang ayam, sayur dan pelbagai warna kuah.  Tapi yang aku nampak 2 baldi nasi yang putih gebu ada dalam bilik air.  Apa motif nasi dalam bilik air?  Sekalipun nasi tu adalah sisa makanan, apa kejadahnya nak masukkan dalam baldi? Apa motifnya nak letak sisa makanan dalam bilik air?  Kan lagi bagus sisa makanan tu masukkan dalam plastik hitam atau tong sampah.

Aku sebagai pelanggan tetap kedai makan tersebut, memang tak boleh terima kenyataan dengan apa yang aku nampak tadi.  Aku terus pening, mual, kembang tekak dan terus meluru duduk di meja makan.  Tak lama selepas tu makanan yang telah dipesan pun tiba.  Nampak sahaja makanan aku terus mual.  Aku tengok ahli keluargaku makan dengan penuh selera.  Aku hanya main game je kat handphone.  Sikit pun aku tak selera nak makan.  Bukan aku diet atau buat-buat tak selera makan.  Tapi siapa yang akan selera makan bila terpandang dapur yang kotor, tandas yang ada “pisang goreng” seterusnya nampak nasi gebu sebanyak 2 baldi dalam bilik air.

Sejak dari insiden yang sangat “mengerikan”, lalu sahaja depan kedai makan tersebut  tekak aku loya.  Sekarang ni kalau aku sampai Bnadar kota Tinggi aku tak kan makan di mana-mana kedai.  Biarlah aku lapar macamana pun aku cuba tahan perut.   Cerita ini baru satu cerita sahaja yang dapat aku kongsikan.  Tapi ada satu cerita lagi, anak kawan kakak aku nampak Pontianak atas bumbung kedai makan yang bukak hanya waktu malam sahaja.  Tapi aku tak nak kongsi cerita di sini sebab, cerita ni bukan pengalaman aku sendiri.  Mungkin cerita daripada orang lain sudah ditokok tambah.  Hanya cerita yang berlaku depan mata dan disaksikan oleh sepasang biji mata dan dinilai dengan akal yang waras sahaja yang aku mahu kongsikan.  Mula-mula cerita lagi aku dah maklumkan, cerita yang aku tulis untuk dikenang-kenang oleh diri aku sendiri dan berkongsi dengan orang lain.

Oleh itu, berwaspadalah kawan-kawan.    Bersih sangat ke kedai makan kegemaran anda??  Halal ke cara penyediaan makanan tersebut??  Kesihatan di tangan kita sendiri bukan tangan tukang masak kedai makan.

Wednesday, April 6, 2011

AWAS !! TELUR TIRUAN DIPASARAN !! BUKAN SETAKAT CHANEL , LV JE ORANG CIPLAK

Terkejut !!  itulah reaksi pertama dapat tahu telur pun ada yang tiruan ...reaksi kedua Terkezut !!  hihihihi apa-apa pun sangat terkejut dapat tahu telur ayam pun boleh di tiruankan ... tak mustahil juga lah anak orang , anak kambing pon boleh diklonkan apatah lagi bahan makanan.  Yang pastinya bahana lah yang menimpa  pengguna .

Baru - baru ni Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) telah memeriksa dan mengesahkan terdapat telur tiruan di pasaran .  Ini bukan cerita main - main ok.  Telur ayam sedap ok , goreng makan dengan nasi panas - panas letak kicap sampai banjir .  Sedap ok !!

Telur tiruan adalah perkara BIASA di CHINA ... erkkk ??? biasa ??  taaaaaakkkkkkooooootttt  .  Mungkin di Malaysia ?? Siapa tahu sich !!

Serius !! Telur tiruan sah ada bahan kimia.  CANGKERANG dibuat dari kalsium karbonat . KUNING dan PUTIH TELUR dibuat dari natrium alginat , alum , gelatin , asid benzoik , kalsium klorida , air dan pewarna makanan .


yang sebelah kanan tiruan ye !!  besar bagak semacam !!!
yang sebelah kiri yang asli pak !!  comel lote je kan ??
susah nak bezakan ??  betul tak ??



Telur rebus mana tiruan mana asli ??  jom main teka teki tengkuk tenuk !!!
jawapannya......  telur asli (kanan )
telur tiruan (kiri)

Nak bezakan TELUR ASLI selepas ini ditulis ( TA ) dengan TELUR  TIRUAN selepas ini ditulis ( TT )  :

1. Lepas TT dipecahkan , kuning telur segera bercampur dengan putih.  Akan bersama sebab bahan yang sama diguna

2. Cangkerang TT agak berkilat dari TA tetapi perbezaan tersebut tak ketara sangat

3. Bila disentuh dengan tangan , tekstur TT ( kulit ) gak kasar

4. Bila digoncang TT mengeluarkan bunyi air kerana air berlebihan dari pepejal

5. Telur Tiruan lebih besar dari Telur Asli !!!!

6. Bila digoreng , kuning telur akan mengembang tanpa disentuh

7. TA berbau seperti daging mentah atau hanyir , TT kurang bau atau tak berbau hanyir langsung !!!

8. Bila dipecahkan kuning telur tiada pusat telur (chalazae - bahan legap yang ada di putih telur untuk membendung kuning telur ) dari bercampur

Bila difikir semula , aku macam pernah makan lah telur tiruan ni.  Sebab telurnya besar dan tak bau macam telur asli.....   rasa-rasanya mesti berlambak telur ni kat pasaran ....  Mari kita banteras CETAK ROMPAK....  huhuhuhuhuhuhu

Lagi satu !!! telur tiruan haram dimakan oleh umat ISLAM kerana ada gelatin dalamnya ......

Satu lagi PENIPUAN kepada PENGGUNA..sama- samalah kita berwaspada  ...  senang cerita baik ternak ayam ambil telurnya

Tuesday, March 8, 2011

Lori pasir VS kereta viva

Siapa pernah drive ikot belakang lori pasir???  Haaaa amacam? Senak tak.....  bingit kan lagi-lagi lori pasir yang penuh isi perutnya. 

Kalau kosong tak pe lagi....kalau ikut belakang bawak kereta dalam 80km/j tapi kalau ikut lori pasir yang penuh isi perut???  Haaaaa lu pikirlah sendiri



                                   Errrrkkk???  “Sapa nak follow aku ??? “ , kata lori pasir

                                              Agak2 kelajuan lori pasir ni berapa km/j



                                                    Follow jangan tak follow.....
                                 Apasal lah aku ni sengal sangat kan tak nak motong??
Gila ke  apa nak motong lori pasir?? Tak Nampak ke hujan lebat tuuuuuuuu....lori pasir VS  VIVA       kan??  Siapa menang siapa kalah  ??




                                                            ya !  cuaca hujan lebat ....




                                                Baru pandai bawak kereta ke??? 



Eeehhhh tak tak....mana ada baru pandai bawak kereta...inilah kelajuan sebenar drive VIVA         sambil follow lori pasir  dikala hujan lebat..... tak percaya ke???


Kalau tak percaya ..try lah..tengookkkkk


Aku hanya mampu tersenyum tersengih sambil drive macam kad smile aku tu

Hihihihihi  ... kalau drive kena lah bersabar kan??  Drive sabar, cermat jiwa selamat..

Renung-renungkan dan selamat beramal......  hihihihi


Thursday, February 24, 2011

Gambar awan pelik yang tak pernah dipaparkan dimana-mana televisyen atau akhbar

PERHATIAN !!!  TIADA KERJA2 EDITING ATAU PHOTOSHOP ATAU APA2 YG BERKAITAN EDITING DALAM GAMBO2 DIBAWAH !!!

Waktu pagi biasalah time orang pergi kerja.  Aku ni tak terkecuali lah pergi cari rezeki demi sesuap nasi pagi-pagi hari.

Macam nilah keadaan jalan dengan suasana aku pergi kerja hari-hari dari Isnin sampai Jumaat.

Keluar rumah lagi 2 minit nak pukul 7.00 pagi.  Tapi tempat aku ni lambat siang lah jadi pukul 7.00 pagi pun gelap macam baru pukul 5.00 pagi.  Tengok lah meter kereta  bawak slow tak sampai pun 50km/j. 
Dalam 15 minit drive kereta sambil tengok embun pagi-pagi hari sangatlah nyaman.  Tengok langit yang macam-macam bentuk.  Tup-tup Nampak bentuk awan yang sangat ganjil aku tak pernah Nampak pon awan macam tu dari aku baby lagi


Pelik tak??  Pada aku pelik la

Real punya lah.....tengok pewangi kereta penuh lagi hihihihihi



Perhatikan sebelah atas....macam awan kena sedut kan?? Macam pusaran air pun ada gak


 Gagah ambil gambar padahal tengah drive...hehehe power tak power r aku kan???

So..... itulah untungnya kalau pergi kerja pagi-pagi ni...sambil-sambil hirup udara segar dapat tengok macam-macam keindahan pagi yang hening....susah lah nak cakap perasaan yang best. 

Apa lagi kalau tengah drive jangan tahu nak bawak laju ...memotong....sesekali tengok lah kat sebelah kanan, kiri atas langit, atas jalan raya mesti  nampak keindahan alam yang dicipta oleh Sang pencipta yang maha kaya.


Wednesday, February 9, 2011

tip dapat bibir macam ANGELINA JOLIE

cantik !!!  menawan !!! seksi !!!

macam best je dengar ayat-ayat di atas kan?? lebih-lebih lagi kalau orang yang disayangi puji kita macam tu....alahai lemah longlai la jawapannya. cerita pasal bibir kan teringat la kat sorang artis hollywood yang aku suka dan sangat-sangat kagum dengan kecantikannya..... lebih-lebih lagi bibir nya....



tak susah pon nak dapatkan bibir yang cantik , menawan dan seksi macam angelina jolie... tapi kalau dah dapat bibir setebal macamtu kalau tak jaga pun tak dapat gak yang cantik dan menawan kan,....kalau bibir je tebal tapi kering, mengelupas berdarah eeeee aku pon tak hingin  !!! seram !! seseram saka jentayu di tv3 hahahaha

TIP CANTIK : MENDAPATKAN BIBIR SESEGAR , SEKSI, MENAWAN , SIHAT DAN CANTIK macam ANGELINA JOLIE ::

1. tak reti-reti nak sapu pelembap banyak kali, secara kerap so lembap lah bibir tu sepanjang hari

2. elakkan...eeeh bukan elakkan jangan !! jangan !! jilat bibir secara kerap.  kalau suka sangat jilat bibir alamatnya bibir akan kering dan haus dengan lebih cepat... tu yang asyik nak jilat bibir je..dah jilat kering..dah kering jilat lagi...

3. minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.  kalau minum air masak segelas pon susah bukan bibir angelina jolie yang dapat tapi bibir ikan kerapu lah nampaknya yang dapat

4. berus gigi kering dan lembut ada manfaattnya.  kalau berus gigi lama yang dah lusuh jangan buang !!  tapi gunakan untuk memberus bibir supaya tanggal kulit kering dibibir

5. semestinya makanan yang seimbang dan bernutrisi supaya bibir dapat nutrisi yang diperlukan.  kurma, prun sangat elok tau..apa lagi amalkan laaaaaaaaa

p/s :: aku dah dapat bibir cam angelina jolie...hihihihi tak susah

Tuesday, February 8, 2011

( ARTIS ) gambar keluarga ZIANA ZAIN yang sihat dan ceria

dah lah cantik, menawan pandai jaga kecantikan , kejelitaan yang terserlah walau dah masuk angka yang ditakuti wanita 40 an tu....ehem ehem tapi tetap lansingkan mesti bahagia sangat-sangat bersama abang pramugara tercinta kan

dah 4 kot anak dia ni 2 orang bujang dah,....lagi 2 orang kembar sepasang lelaki perempuan...
bestnya dapat anak kembar..ada tak tips-tips nak dapatkan anak kembar??

 haaaaaaa dah tau dah rahsia ZIANA ZAIN mengekalkan kejelitaannya mestilah bermula dengan kesihatan kan?? 

kesihatan mesti bermula dari apa yang kita makan......makanan pulak mesti dimasukkan di mulut tapi apa anggota badan yang memasukkan makanan ke dalam mulut??

tak kira lah camne cara korang makan.....kesihatan bermula dari tangan kita....kalau tak basuh tangan, semua virus, bakteria malaun2 semua melekat kat tangan.  dah lah melekat kat tangan tak reti-reti nak basuh tangan sebelum makan???

tengok lah macam diva malaysia ni kak ziana zain dia mengamalkan membasuh tangan dengan sabun ANTABAX siap jadi duta lagi.  korang ada?? aku pon tak de hahahahahaha

ok apa-apa pun produk ANTABAX ni halal diperakui oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) san mengandungi Vitamin C, E, B3Ndan B6 yang dapat melembut dan melembapkan kulit dah tentu lah dapat membasmi kuman berbahaya...

patutlah ziana zain dan keluarganya bahagia , ceria sentiasa .....pakai sabun ANTABAX rupanya...  aku nak bertukarlah ke produk ni...sekarang gak aku pergi pasar, supermarket cari sabun ni....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...