Wednesday, September 21, 2011

Aku , Faker see dan keindahan Villach ,Austria

Indahnya ciptaan tuhan.  Setiap kali bangun tidur dan menghadap balkoni penuh bunga, mata terus ke banjaran dan  Faaker See.  Tas.  Faaker see bukan lautan tetapi tasik.  Negara Austria merupakan negara Eropah yang tiada laut.  Diantara tarikan utama Faaker See ialah lebih kurang 10 ribu penunggang Harley Davidson seluruh dunia berkumpul di tasik ini pada setiap tahun.  Masa baru tiba di Austria, pemilik hotel beritahu minggu lepas geng-geng Harley berkumpul di Faaker See yang kebanyakannya orang Itali.
























































  setakat ini sahaja perkongsian gambar untuk rakan-rakan .  Tapi sumpah cakap lahhh  nak jelaskan dengan gambar tak sama dengan perasaan dan kepuasan tengok depan mata.  Kalau gambar2 ni tak cukup...search sendiri lah kat google ke yahoo ke ....  Ok sebarang gambar yang cantik akan di upload lagi .  Bukan nak menunjuk tapi sebagai penrkongsian pengalaman yang sangat tak ternilai harganya ........   :-)

Monday, September 19, 2011

Dari Malaysia ke Austria

Selepas sah menjadi isteri orang terus mendapat pakej yang menarik iaitu ke luar negara bersama suami.  Pakej yang menarik boleh lah ber honeymoon bersama suami tersayang.  Memang sayang lah kat suami ku ni .   Suamiku ke Austria atas urusan kerja dan aku menumpang sekaki sambil melihat dunia Eropah yang masa aku kecil aku tak pernah berangan-angan menjejakkan kaki ke bumi Eropah.







Ok, tak nak cerita pasal hal suami isteri tapi nak cerita tentang perjalanan ku yang sangat panjang merentasi masa dan melepasi antara 2 benua , merentasi cuaca juga.  Perjalanan bermula dari Pulau Pinang (Penang International Airport) dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MH) ke Kuala Lumpur (Kuala Lumpur International Airport) pada jam 8.50 malam.  Setibanya di KLIA 55 minit selepas itu.


 
Gambar dari udara   :  PENANG


Penerbangan ke dua dari KLIA ke Doha, Qatar dengan menaiki Qatar Airways pada jam 3.15 pagi waktu Malaysia.  Lebih kurang 6 jam menunggu di KLIA sebab penerbangan terlewat dari jadual.  Penerbangan ke Doha, Qatar mengambil masa lebih kurang 7 jam.  Jam di set mengikut waktu Malaysia dan tiba di Doha, Qatar pada jam 11.25 pagi (waktu Malaysia) atau 6.30 pagi (waktu di Doha).  Pukul 6.30 pagi di Doha sangat terang dan panas ibarat jam 11.00 pagi waktu Malaysia.  Mesti subuh di Doha ibarat macam jam 9.00 pagi.  Terang benderang.  Selama penerbangan dari Malaysia ke Doha cuaca sentiasa gelap kerana ibarat dari Malaysia ke Doha waktu mengundur.



                                                      my lovely husband  




  di KLIA   


 with my sis  Hazimah Halil .  Thank you adik sudi hantar kakak mu yang cantek...





 tiket Qatar Airways ke DOHA



 Beg hand carry dah di tag (Qatar Airways ) .  Beg besar sudah di naik kan dari PENANG .  kat MUNICH, GERMAN baru collect.




 Get Ready !!   Sekarang di KLIA  dan jadual menunjukkan perjalanan ke DOHA menaiki Qatar Airways


ini lah Qatar Airways yang bakal kami naik.  Kecil aja hehehehe




Dapat kit  (beg , selimut, bantal) ...pergh memang syokkk   membuta 

Makanan di Qatar Airways mengikut polisi Islam.  Alhamdulillah ... Menu : Nasi goreng dan ayam , roti, buah, jus oren, kopi , mineral water, biskut ... erkkkk  kenyang 

Penerbangan di teruskan lagi dengan menaiki Qatar Airways sekali lagi ke Munich, German pada jam 7.25 pagi waktu Doha atau lebih kurang jam 12.20 tengahari waktu Malaysia.   Penerbangan dari Doha ke Munich mengambil masa selama lebih kurang 6 jam.  Setibanya di Munich, German jam menunjukkan pukul 3.30 petang (waktu Doha)  dan waktu di Munich, German kurang sejam dari Doha iaitu pukul 2.30 petang (waktu German) dan lebih kurang 8.25 malam (waktu Malaysia).

Tiket  Qatar Airways , dari Doha ke Munich .   Seat 25 A  dan 25 B  .  Nampaknya dapat 2 seat bekembar yang pasti aku nak duduk tepi tingkap huhuhuu




 Kami naik Kambing Gurun (Qatar Airways )

 Seat di Qatar Airways ...bahasa Inggeris je aku faham....






Turun dari kapal terbang tiba di Doha Airport terus naik bas, sebab tempat landing dan airport berada di tempat yang berlainan.  Lebih kurang 5 minit naik bas dan tiba di airport Doha.  memang lapangan terbang yang terbaek !!  besar, luas dan best

 Dalam bas di airport Doha.  bas yang tiada kerusi hanya berdiri bergayut-gayut






 Di Doha International Airport



       Doha, Qatar





Perjalanan bermula dari Doha ke Munich .  Ok dapat makanan lagi .(breakfast )    Menu : Sandwich, telur , roti, jem, buah-buahan, kopi, plain water, biskut   





 Gambar dari dalam kapal terbang .  Waktu tengahari dan hampir sampai ke Munich.  Sangat cantik permandangannya.

 
Setelah sampai dan cop passport serta tuntut bagasi.  Perjalanan diteruskan dengan menaiki train ke Villach, Austria.  Perjalanan dari Munich, German ke Villach, Austria mengambil masa lebih kurang 5 jam.  Dari Airport saya dan suami naik train yang laju ke Munchen Ost lebih kurang 20 minit.  Dari Munchen Ost kami menuju ke Salzberg hbf lebih kurang 2 jam setengah.  Dari Salzberg hbf kami bertukar train ke Villach, Austria perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.




 Sudah tiba di Munich, Airport



















 train menuju ke Villach , Austria


Beg yang berat

Kami tiba di Villach, Austria lebih kurang 8 malam (minit-minit lebih kurang aje) dan diambil oleh pemilik Hotel Marienhof yang fasih berbahasa Inggeris.  Waktu Malaysia lebih kurang jam 1 lebih pagi ( minit-minit pun lebih kurang aje lah).  Perjalanan dari KLIA, Malaysia ke Villach, Austria mengambil masa 21 jam.  Tetapi keseluruhan perjalanan di ambil dari Penang Airport ke Villach, Austria mengambil masa selama lebih kurang 28 jam (termasuk waktu menunggu).

Seluruh perjalanan dari Munich ke Austria kami dihidangkan dengan panorama dan keindahan bumi Austria yang sangat cantik.  Sesiapa nak bayangkan keindahannya sila tonton filem Narnia, drama Merlin dan filem-filem fantasi yang lain.  Sangat cantik !!!!!!!!

 Sangat cantik pemandangan.    Gambar aja yang tak cantik





 Drau  ( terusan ) . Air berwarna hijau terqouise dalam gambar memang tak cantik hihihihi





 Drau





 Alps dan Pokok Oak





 Bunga di Balkoni Marienhof  dan sangat canthekkkk  !!!

P/S : Nak harapkan gambar yang ditangkap dari perjalanan ke Munich ke Villach memang tak tertangkap kerana :
1.       Train yang  laju
2.       Menjamu mata dan tiada masa nak bawa keluar masuk kamera Canon ku J


Wednesday, August 17, 2011

Yahoo! aku dapat bonus raya !! (sambil melonjak keriangan)

            Kerajaan ni memang mengerti apa yang dirasai oleh rakyat jelatanya.  Aku ingatkan tak nak lah beraya sakan, berboros yang tidak-tidak.  Tup-tup kerajaan telah mengisytiharkan kakitangan kerajaan dapat bonus setengah bulan gaji.   Yahoooo !!  itulah reaksi pertama apabila mendengar dapat bonus raya.  Ye lah sekarang ni sibuk nak buat persiapan kahwin ibarat mendapat durian runtuh kan.

            Cek di e-gaji terbukti lah berita tersebut..... tapi yang tak bestnya kenapa lah potong KWSP !!!  kan elok bagi aje bonus setengah bulan gaji.  Mengelirukan sungguh .... takpe tunggu je gaji bulan Ogos simpan rapat-rapat dalam Bank.

Inilah buktinya bonus separuh gaji , gaji sikit aje maklumlah baru bekerja hehehe :


        
 Terima kasih Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak.  Tahun depan nak lagi tau !!

Bahtera Nabi Noh

Selama tiga tahun, penduduk Bandar lama Dordrecht, Belanda memerhatikan dengan penuh minat usaha seorang peniaga tempatan untuk merealisasikan impiannya membina semula bahtera Nabi Noh yang dipenuhi ribuan haiwan plastik, kini menjadi kenyataan.

                Bahtera besar itu dibina ditebing sungai Merwede, kira-kira 65 kilometer di selatan Amsterdam.  Di sini, Johan Huibers, 52, bersama 50 pekerjanya memberi sentuhan akhir bahtera kayu berkenaan.


Bahtera kayu dibina mengikut catatan dalam Kitab Genesis

                “Kami mahu beritahu semua orang mengenai kewujudan Tuhan.  Kami mahu bina sesuatu yang dapat membantu menerangkan apa yang tertulis dalam kitab (Injil),” kata lelaki Belanda itu apabila ditanya mengapa dia melaksanakan projek pembinaan bahtera itu.

                Pada awalnya Huiber merancang membuka bahtera berkenaan yang dipanggil ‘Muzium Injil’ kepada awam pada hujung tahun ini tetapi dia akan memberi peluang lawatan sehari untuk penduduk setempat hujung bulan ini.

                Apa yang lebih mengagumkan ialah bahtera berkenaan dibina betul-betul mengikut ukuran lama seperti yang tercatat dalam kitab Genesis, yang mengatakan bahtera itu sepanjang 300 hasta, 30 hasta tinggi, dan 50 hasta lebar.

                Jarak satu hasta ialah antara siku dan hujung jari atau lebih kurang setengah meter yang menjadikan bahtera berkenaan berukuran kira-kira 150 meter panjang, setinggi 4 tingkat, 25 meter lebar dan beratnya mencecah 3,000 tan.


Walaupun kurang yakin dengan tujuannya, pekerja tetap meneruskan tugasnya bagi menyiapakn bahtera ini


                Huiber juga membina bumbung di atas bahtera berkenaan bagi melindungi 1,600 spesies haiwan plastik yang dibuat mengikut saiz sebenar.  Ia bertujuan memberi gambaran sebenar kisah bahtera Nabi Noh yang diperintahkan Tuhan untuk membina bahtera besar bagi menyelamatkan keluarga dan semua spesies haiwan sebelum bumi dilanda banjir besar.

                Kayu yang yang digunakan kayu pain Sweden yang hamper sama dengan ‘kayu resin’ seperti yang tercatat dalam Injil.  Replika haiwan dibuat daripada plastik yang ditempah dari Filipina.  Bahtera itu ada kuarters bilik tidur, termasuk bilik tidur Nabi Noh, pentas, dewan, restoran dan kemudahan persidangan yang boleh menempatkan 1,500 orang pada satu masa.



Zirafah mengikut saiz sebenar



Haiwan-haiwan plastik bersaiz sebenar dan diimport dari FILIPINA


                Terdapat juga batu kisar untuk mengisar gandum yang digunakan untuk membuat roti.  Selain itu dinding bahtera dilukis untuk menceritakan kisah bahtera berkenaan dan dan kisah lain yang tercatat dalam kitab Injil.

P/S :       Isterinya sering menyindir dan mangatakan dia kurang siuman.
               Pekerjanya turut kurang yakin dengan projek ini.

                Sebagai orang Islam, Al-Quran lah tempat rujukan yang sebenar ok.

Monday, August 15, 2011

Jom Cari Jodoh


YANG SALAH
YANG BETUL

Jodoh tidak perlu dicari

Allah menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu


Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah 

s.a.w

Perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki 

banyak pilihan

Perempuan berhak memilih
Alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja 

kerana tidak mungkin lagi untuk menemui lelaki/ 

perempuan yang baik

Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada 

hambanya
Pasangan yang banyak perbezaan, tidak kekal 

dalam perhubungan


Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling 

lengkap-melengkapi
Pasangan yang bercinta perlu merapatkan 

hubungan dengan sentisa ber’SMS’ dan berjumpa
Selagi belum berkahwin, syariat membataskan 

hubungan antara pasangan.  Mereka tidak 

dibenarkan berjumpa atau ber’SMS’ sehingga 

melalaikan

Janji manis pasangan harus dipercayai.

  Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada 

teman wanitanya , “ Saya tak ada harta, tetapi 

saya ada cinta”





Lelaki demikian sebenarnya tidak 

bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras 

mengumpul kewangan untuk menyara bakal 

pasangannya. 

Hidup berumah tangga memerlukan banyak t

tanggungjawab yang perlu disempurnakan 

 termasuk menyediakan keperluan untuk ahli 

 keluarga.  Semuanya memerlukan belanjawan.
Contoh lain :  “Saya tidak akan usik awak 

sebelum kita nikah”





Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia 

mula mengikuti pasangannya kemana sahaja 

dibawa.  Oleh itu tidak hairanlah apabila reality 

menunjukkan pasangan sebegini akhirnya terjebak

dalam kancah penzinaan.


 































































P/S  :   Bak kata lagu Ziana Zain " kalau meencari teman janganlah memandang luaran carilah yang beriman"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...