Sunday, August 7, 2011

Memang gila kentang lah !!

Suhu tepat untuk tanaman, kemudahan pemprosesan  canggih dan kepakaran turun-temurun menjadikan keluaran kentang dingin beku Amerika Syarikat yang terbaik di dunia.

Frozen Straight Cut
Kentang potongan lurus biasa digoreng sebagai hidangan sampingan kepada sandwich dan masakan lain di kebanyakan restoran restoran seluruh dunia.  Rasanya lebih enak apabila ditabur sedikit garam dan dimakan panas.  Kentang goreng juga digemari sebagai kudapan.


haaaa ambik kau , siap webpage Mc'D aku copy paste

Hash Brown Patties

Kentang seperi bergedel bentuk segi empat ini biasa disajikan bersama sarapan di kebanyakan restoran walaupun sesuai juga dimakan pada bila-bila masa sebagai kudapan enak dan mengenyangkan.  Penyediaannya mudah, tidak perlu dinyahbeku kerana boleh terus dimasak.



Frozen Wedges

Kentang potongan baji ini member lebih kepuasan rasa kerana lebih tebal dan sedap dihidangkan bersama daging bakar atau daging gril selain sandwich.  Kentang ini juga mudah digunakan dalam penyediaan lauk seperti gulai dan daging goreng berkentang.



Crinckle cut fries

Kentang potongan keriting ini cantik dihidangkan dan digemari kanak-kanak kerana bentuknya cukup menarik.  Lebih istimewa, disebabkan bentuknya, kentang goreng ini lebih rangup.  Kentang ini sesuai dihidangkan sebagai pembuka selera dan enak dimakan bercecah pada majlis harijadi dan jamuan petang.

P/S : keempat-empat jenis kentang LD dah makan....  Semua pun daripada kentang cuma cara presentation kentang yang membezakan nama-nama kentang .  Apapun kentang-kentang diatas bukan dibuat daripada keledek atau pisang ...kentang tetap kentang ! Memang gila kentang ah !!

Wednesday, August 3, 2011

iklan TV yang menghina dan terpesong dari maksud sebenar ibadah dalam Islam


Dalam iklan tersebut telah mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur di mana penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan Subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur.

 Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam agama Islam.

“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” ujar Hasbullah kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah s.a.w. terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Menurutnya, sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah.  Sedangkan dalam Islam jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, DPPNS mendesak supaya TV9 menarik balik tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dalam negara ini.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” ujarnya.

P/S : Sama-sama lah kita tingkatkan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ni.  Jangan ambil mudah dalam semua perkara termasuk perkara-perkara yang membatalkan puasa

Monday, July 25, 2011

( Video ) Liyana jasmay merokok terbatuk - batuk





Filem ni dari kerjasama Dana belia 1 Malaysia.  Filem ni merupakan filem pendek lakonan Liyana Jasmay yang kononnya seorang perokok tegar.  Filem ini merupakan filem anti-merokok.  Bagus lah ada jugak filem yang anti-merokok.  Selalu tengok drama TV atau Filem mesti ada babak orang hisap rokok penuh nikmat.  Nikmat ke?  Nikmat- nikmat nanti kejap lagi tak selamat ...

Filem ini juga mendapat sokongan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan menterinya Datuk Seri Liow Tiong lai.   Filem anti-merokok tapi babak merokok banyak juga.  harap-harap filem ini dapat memberi pengajaran bagi perokok tegar yang  tak takut dengan imej ngeri kotak rokok. 


Filem ni bagus lah sebab memberi mesej anti-merokok.  Bakal ditayangkan di TV.   Tengok lah cerita anti-merokok ni tak rugi pun.  Merokok tu yang lagi merugikan.  Rugi duit, rugi masa, rugi kesihatan dan macam-macam lagi.  Saya sokong filem yang menjaga kesihatan ini.

( Gambar ) Ada syiling baru boleh parking ok !

Masa jalan-jalan di penang aku terperasan satu makhluk kat tepi jalan ni.  Aku rasa kat tempat lain kalau ada pun boleh dikira dengan jari.  Tapi di Pulau Pinang makhluk ni bersepah-sepah.  Aku perasan benda ni ada di Georgetown,  Bukit Gambir  dan Bukit Jambul pun ada.

Untuk tidak menjakunkan diri aku tengok dekat-dekat.  Oh tempat letak syiling untuk parking rupanya.  Selalu aku pakai kupon untuk parking dan tak pernah guna benda ni untuk parking dan aku tengok banyak je orang buat bodoh untuk tidak letak syiling dalam benda ni.




Ada syiling baru boleh parking OK !!

Sunday, July 24, 2011

( artis ) ini barulah suara penyanyi yang super awesome

Walau lagu dah lama.  Aku tetap suka sangat - sangat lagu ni suara penyanyi yang sedap lagu yang sedap dan jadi soundtrack untuk filem TITANIC. 

 Walau lagu ni dah lama.  Tapi suara CELINE DION memang super awesome.  Sangat suka lagu ini dan sangat suka suara penyanyi ini.  Nyanyi live lagi tu  ....


Thursday, July 21, 2011

( artis ) Perkahwinan MEMEY SUHAIZA dan NORMAN HAKIM bernilai JUTAAN RINGGIT MALAYSIA





Wow !!  sangat suka bakal menghadiri majlis perkahwinan yang bernilai juta-juta lemon tapi yang itu nilai tajaan.  Mesti cantik masa MEMEY SUHAIZA bersanding nanti.  Apa pun aku tak sabar nak menghadirkan diri di majlis merpati dua sejoli ini nanti .  Tak percaya ke aku bakal datang??  Kalau tak percaya tengok bulan September (kalau tak silap) nanti akan ku muat naik (upload) banyak-banyak.

 Barang-barang tajaan :

1.Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia ketika majlis persandingan.
2.Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
3.Dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.
 

Tahniah !!!  Tahniah !!! dan Tahniah berjuta-juta lemon

BILA..... SITI NURHALIZA MENYANYI LAGU SENDIRI DALAM BAHASA INGGERIS FALLING IN LOVE

Bila Siti menyanyi lagu Inggeris dan lagu sendiri bukan lagu orang lain.  Percubaan yang baik dan album Inggerisnya belum dilancarkan dan belum letak judul pun.  Oh!! tak sabar nak beli yang C****  ******.

Tapi good job untuk Siti Nurhalizayang menyanyi dan menari ala-ala K-pop gitu.  Percubaan yang baik dan para pencinta muzik sila dengar dan ekspresikan pandangan sendiri.  Kalau dengar je lagu ni tanpa tengok muka Siti Nurhaliza pun boleh.  Lagi jujur gitu sedap ke tak sedap


haaaaa sedap tak??  tak?? tak?? tak??
sedap ke tak?? tak?? tak??

jawab sendiri jangan paksa orang lain...hehehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...