Friday, February 1, 2013

(Gambar) Memey Suhaiza sudah bergelar ibu


Tahniah ! diucapkan kepada memey Suhaiza yang telah bergelar ibu.  Dengan kelahiran bayi lelakinya melengkapkan kehidupan seorang wanita bagi diri Memey Suhaiza.  Perkahwinan yang berlangsung pada Oktober 2011  bersama Norman Hakim setelah melalui pelbagai ujian akhirnya berakhir ke jinjang pelamin. 

Kini, pelakon Memey Suhaiza yang berasal dari Felda Tenggaroh, Kota Tinggi Johor telah bergelar ibu.  Sebelum ni pun beliau telah terbiasa dengan rutin seorang ibu kerana sudah ada anak tiri iaitu 3 orang anak hasil perkahwinan terdahulu Norman Hakim dan Abby Abadi.

Kini, Norman hakim sudah ada 2 cahayamata lelaki dan 2 perempuan dan pertama kali bagi Memey Suhaiza.  Keluarga yang cukup besar ini nampak bahagia lebih-lebih lagi hubungan bersama bekas isteri Norman Hakim sudah elok.  Tahniah sekali lagi.  Dari gambar di atas nampak muka Memey Suhaiza ceria, bertenaga walau baru melahirkan dan itu tandanya dia ikhlas menjadi seorang ibu.


Sumber gambar : Instagram Memeysuhaiza

(Gambar) Liyana Jasmay sudah bernikah




Tepat jam 10.27 pagi tadi Liyana binti Datuk Jasmay atau lebih dikenali sebagai Liyana Jasmay sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Pasangan tersebut diijabkabulkan oleh bapa Liyana sendiri, Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan Dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad.

Liyana menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh dan antara barangan yang diterima pihak perempuan adalah tepak sirih, tas tangan dan set barang kemas.
Aktres berusia 24 tahun ini turut menerima seutas gelang emas bernilai RM5,500 sebagai mas kahwin dan wang hantaran sebanyak RM28,388.


"Alhamdulillah, setelah apa yang kami rancangkan, akhirnya semua terlaksana juga pada hari yang bersejarah ini. Kami sah menjadi suami isteri."
Liyana anggun mengenakan busana rekaan Jovian Mandagie serba putih dan Fathuddin kelihatan segak berbaju Melayu daripada rona sedondon.
Majlis pernikahan mempelai ini telah dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin dan pihak media.

Majlis resepsi perkahwinan mereka pula akan diadakan pada sebelah malam hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Sumber: Yahoo!
Tahniah kami ucapkan kepada Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan!

Monday, January 28, 2013

(kaki wayang) Hansel and Gretel: Witch Hunters


" Hansel and Gretel: Witch Hunters mengisahkan kisah 2 beradik Hansel (Jeremy Renner) dan Gratel (Gemma Arterton) yang bertugas sebagai pemburu ahli sihir.  Kisahnya bermula dari masa kanak-kanak mereka.  Pada waktu tengah malam mereka dikejutkan oleh bapa nya dan menyembunyikan ke hutan.  Sewaktu di hutan mereka terjumpa rumah nenek kebayan "gingerbread house".  Di luar rumah dihiasi dengan gula-gula , aiskrim yang menarik.  Mana-mana kanak-kanak pun akan memakan gula-gula dari rumah itu.  Malangnya rumah itu kepunyaan ahli sihir yang mahu makan mereka berdua.  Akhirnya dengan kebijaksanaan mereka berdua akhirnya mati lah ahli sihir itu dibunuh oleh mereka."



"Setelah beberapa tahun dan menjadi dewasa Hansel dan Gretel menjadi pakar pemburu ahli sihir.  Banyak ahli sihir yang dibunuh dan dibakar.  Kes penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi dan sebanyak 12 orang kanak-kanak diculik untuk upacara "Blood moon" menjadikan ahli sihir kebal.




Akhirnya Hansel dan Gretel dapat menemui sarang penculikan 12 kanak-kanak.  Pada malam upacara "Blood Moon" yang mengumpulkan seluruh ahli sihir seluruh dunia.  Hansel dan Gratel menyerang ahli sihir dan ketuanya "Janssen" sekaligus mematahkan upacara dan ritual "blood moon".  Dengan matinya ketua ahli sihir Janssen nama Hansel dan Gratel menjadi semakin hebat.  Kini, mereka bergelar Pemburu Ahli sihir profesional dan memburu ahli sihir dengan lebih banyak dibantu oleh Troll (Dominic) juga.

Trailer Hansel And Gretel : Witch Hunters 


Selamat menonton.  :-)

Sunday, January 27, 2013

Trend baru remaja cacah tatu di bahagian sulit

Trend baru ini mendapat sambutan hangat remaja atau pelajar berketurunan melayu dan Islam di sebuah bandaraya di malaysia iaitu di Kota Kinabalu (sumber Metro Ahad). Perbuatan ini dianggap trend terkini dan ada yang menganggapnya sebagai simbol seks. Bagi mengelakkan kegiatan cacah tatu diketahui ibu bapa mereka mencacah tatu dibahagian sulit yang sukar dilihat jika tidak didedahkan. Perbuatan ini hanya dianggap suka suka dan terikut ikut dengan trend dan barulah 'cool' , 'trendy' kononnya.



Ada tatu yang dicacah di payudara, bahagian ari-ari dan bahagian badan lain yang dianggap sulit. Takut ibu bapa nampak tapi nak ikut trend terpaksa buat jugak walau sakit.









P/s : Para ibu bapa, guru, pihak sekolah mari membantu para remaja yang mempunyai minat sedemikian untuk bertaubat. Kononnya pencinta seni. sepatutnya seni dilkarkan di atas kanvas bukan di badan bagi orang Islam.

sumber : Metro Ahad

posted from Bloggeroid

Senarai produk kosmetik punca kanser

Lambakan produk kosmetik di pasaran kebelakangan ini sangat membimbangkan. Sebenarnya bagus untuk perniagaan dan ekonomi negara dan membantu usahawan Malaysia bekecimpung dalam bidang kosmetik tidak kisah dalam atau luar negara. Tetapi ada segelintir syarikat, pengilang, pengedar yang tidak jujur dalam perniagaan. Ibarat kata menipu pengguna dan akhirnya pengguna juga yang mendapat risiko samada kanser kulit dan lain lain.

Berikut merupakan petikan arahan dari pihak BPFK Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan :



Senarai dibawah menunjukkan produk kosmetik yang ditarik balik pengedarannya di pasaran atau pembatalan notifikasi. Senarai dikemaskini sehingga November 2012.

Berikut menunjukkan Senarai pembatalan notifikasi produk kosmetik dari tahun 2008 hingga 2012. Sila cek dan double cek ye pastikan anda tidak membelinya









Sumber dari laman web : BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN

posted from Bloggeroid

Saturday, January 26, 2013

Jom cara mudah beli tiket wayang, senangnya!

Tak payah beratur panjang nak beli tengok wayang. Tak payah bediri lama lama di depan kaunter box office panggung wayang nak tengok list filem waktu dan hall di skrin.

Mudah je caranya. Saya guna aplikasi GSC cinema yang didownload di android market.

LANGKAH 1. download aplikasi




LANGKAH 2. pastikan ada aplikasi masuk di ruangan download



LANGKAH 3. Bukak aplikasi GSC cinema



Langkah 4. Pilih nak tengok di wayang mana



Langkah 5. Pilih waktu movie. Nak tengok mana.



Langkah 6. Pilih berapa orang nak tengok movie



Langkah 7. Isi detail peribadi nama, email, no. henpon, no.IC




Langkah 8. Pilih seat. Nak duduk di mana.




Langkah 9. Pilih cara bayaran samada guna Maybank2u, paypal atau RHB. Saya pilih bank pilihan saya iaitu RHB.








Langkah 10. Setelah transaksi berjaya. Paparan skrin di aplikasi GSC cinemas akan keluar seperti imej di bawah. Tiada tiket yang diperlukan/paperless dan hanya perlu scan barcode yang di beri di steward atau pintu checkin cinema.




So. saya dah berjaya beli tiket bagi movie HANSEL AND GRATEL : WITCH HUNTER. Cerita ini dikhabarkan BOX OFFICE dan ranking no.1 di cinema. OK kawan kawan nanti dah tengok movie ni saya akan kasi update 1 sinopsis. chow see ya! :-)

posted from Bloggeroid

(Gambar) Memey Suhaiza dan perutnya

Isteri Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza sekarang tengah pregnant. Belly nya sangat comel. Of kos lah comel sebab walaupun pregnant badannya maintan je macam zaman anak dara. Bertuah badan dianugerahkan dengan ketinggian tinggi lampai, pinggan ramping mungkin dapat dari rejim diet yang agak ketat dan disiplin. Sebelum ini pun pernah terbaca di media cetak tentang amalan pemakanan yang tidak makan nasi selama setahun. Big wow! wow!

Disini bukan nak cerita tentang diet, gaya pemakanan tapi nak cerita tentang kandungannya yang dengarnya bakal melahirkan bayi pada awal Febuari 2013. Melalui instagram Memeysuhaiza banyak komen dari peminat dan dirinya sendiri iaitu mungkin bakal melahirkan anak lelaki pertama bagi Memey dan kedua bagi Norman Hakim. Kelahiran ini merupakan kelahiran sulung Memey dan komen dan caption di Instagram banyak menyatakan yang dia bedebar. Bagi Norman Hakim ini kelahiran anaknya yang ke4. Wow meriah keluarga tambahan pula bekas isteri Norman Hakim iaitu Abby Abadi sudah berbaik dengan NH dan Memey Suhaiza.

Jom layan gambar Memey suhaiza dan belly nya.



Sumber : Instagram Memeysuhaiza



















posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...