Thursday, June 23, 2011

Awas !! Bersih dan halalkah kedai makan kegemaran anda ??


Cerita yang bakal aku dedahkan sebentar lagi bukan mahu mengaib atau menjatuhkan mana-mana pihak.  Cerita ini hanyalah sebagai coretan kehidupanku.  Setiap detik yang aku lalui akan kucoretkan di sini hanya dengan niat ingin mengimbau segala kenangan pada suatu masa nanti dan berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja.  Hidup ini ibarat roda kadang-kadang kita di atas, kadang juga kita di bawah.  Kadang-kadang kita sayang dan kadang-kadang kita menjadi benci.  Kadang-kadang kita ingat dan kadang-kadang kita menjadi lupa.

Walaubagaimanapun, ada satu pengalaman yang sangat sukar aku lupakan.  Cerita mengenai makanan kegemaran.  Boleh dikatakan ini sebagai “ pengalaman ngeri”. 

                                            GAMBAR DIATAS: CONTOH MAKANAN JE ,bukan dari kedai makan tuuuttt
                                            GAMBAR TAK ADA KENA MENGENA DENGAN CERITA DISINI

                                  GAMBAR KEK DIATAS IALAH CONTOH MAKANAN SAHAJA
                                  TIADA KENA MENGENA DENGAN CERITA DI SINI
                                  (kek majlis pertunangan aku, cantik kan??)

                                           
Aku sangat suka satu makanan ni dan boleh dikatakan setiap kali aku ke Bandar Kota Tinggi, aku takkan lupa singgah ke kedai makan tersebut.  Kedai makan ni bukan ada satu je tapi ada beberapa cawangan di Bandar Kota Tinggi.  Dalam banyak-banyak cawangan aku paling suka dengan satu cawangan kedai makan tersebut.  Tapi semua cawangan kedai makan ini diberi “Gred B” oleh Majlis Daerah.

Gred B pon Gred B lah , yang penting makanannya sedap dan servisnya cepat.  Nak dijadikan cerita suatu hari aku pergilah ke kedai makan kegemaran aku sekeluarga.  Waktu tu tengahari,  pelanggan jangan cakap lah ramai gila !  Aku duduk je pekerja terus ambil ‘order’.  Aku order makanan kegemaran aku la apa lagi , perut lapar da tak sabar nak makan.  Ops...! tetiba lak rasa nak terkencing.

Masuk  dalam tandas  kedai makan tu aku kena lalu dapur dia.  Alamak!! Kotornya dapur dia , tapi tak apa lah kedai dah tersohor kan.  Makanan sedap Gred B pon Gred B lah.   Masuk je dalam tandas, aduhaiiiiiiiii !!! aku terpandang “pisang goreng” dalam mangkuk tandas..... eeeeeeeeeee kembang tekak aku.  Dek kerana tak tahan nak terkucil aku buat tak Nampak je “pisang goreng” tadi. 

Keluar je dari tandas, aku terpandang ada satu lagi tandas.  Tapi tak ada mangkuk tandas, macam bilik mandi lah senang cerita.   Nak tahu apa yang aku nampak??  Aku nampak 2 baldi penuh nasi.  Nasi yang gebu.  Nasi yang macam baru diceduk dari periuk dan dimasukkan dalam baldi kemudian dimasukkan dalam bilik air tadi.  Kalau nak dikatakan nasi tu adalah sisa makanan, aku rasa mustahil.  Sebabnya nasi tersebut sebanyak 2 baldi. 

Mana mungkin sisa makanan, nasi pulak tu sebanyak 2 baldi.  Nasi tu sedikit pun tak nampak macam sisa makanan.  Kalau sisa makanan mesti ada tulang-tulang ayam, sayur dan pelbagai warna kuah.  Tapi yang aku nampak 2 baldi nasi yang putih gebu ada dalam bilik air.  Apa motif nasi dalam bilik air?  Sekalipun nasi tu adalah sisa makanan, apa kejadahnya nak masukkan dalam baldi? Apa motifnya nak letak sisa makanan dalam bilik air?  Kan lagi bagus sisa makanan tu masukkan dalam plastik hitam atau tong sampah.

Aku sebagai pelanggan tetap kedai makan tersebut, memang tak boleh terima kenyataan dengan apa yang aku nampak tadi.  Aku terus pening, mual, kembang tekak dan terus meluru duduk di meja makan.  Tak lama selepas tu makanan yang telah dipesan pun tiba.  Nampak sahaja makanan aku terus mual.  Aku tengok ahli keluargaku makan dengan penuh selera.  Aku hanya main game je kat handphone.  Sikit pun aku tak selera nak makan.  Bukan aku diet atau buat-buat tak selera makan.  Tapi siapa yang akan selera makan bila terpandang dapur yang kotor, tandas yang ada “pisang goreng” seterusnya nampak nasi gebu sebanyak 2 baldi dalam bilik air.

Sejak dari insiden yang sangat “mengerikan”, lalu sahaja depan kedai makan tersebut  tekak aku loya.  Sekarang ni kalau aku sampai Bnadar kota Tinggi aku tak kan makan di mana-mana kedai.  Biarlah aku lapar macamana pun aku cuba tahan perut.   Cerita ini baru satu cerita sahaja yang dapat aku kongsikan.  Tapi ada satu cerita lagi, anak kawan kakak aku nampak Pontianak atas bumbung kedai makan yang bukak hanya waktu malam sahaja.  Tapi aku tak nak kongsi cerita di sini sebab, cerita ni bukan pengalaman aku sendiri.  Mungkin cerita daripada orang lain sudah ditokok tambah.  Hanya cerita yang berlaku depan mata dan disaksikan oleh sepasang biji mata dan dinilai dengan akal yang waras sahaja yang aku mahu kongsikan.  Mula-mula cerita lagi aku dah maklumkan, cerita yang aku tulis untuk dikenang-kenang oleh diri aku sendiri dan berkongsi dengan orang lain.

Oleh itu, berwaspadalah kawan-kawan.    Bersih sangat ke kedai makan kegemaran anda??  Halal ke cara penyediaan makanan tersebut??  Kesihatan di tangan kita sendiri bukan tangan tukang masak kedai makan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...