1 Oktober 2011 hari sabtu saya, suami dan rakan pergi ke salah satu negara Eropah. Alang-alang ada di negara Austria apa salahnya pergi round the world.
Pergi ke Munich kebetulan ada satu festival yang menarik dan sangat meriah bagi orang Eropah yang mungkin kebanyakan orang Malaysia atau seluruh Asia tak tahu tentang kewujudan Festival ini. Dinamakan "October Fest" (OF). OF ini setiap tahun disambut pada setiap 1 Oktober setiap tahun dari zaman raja-raja mereka lagi. Satu hal lagi di Munich German merupakan tempat pengeluar beer yang termahsyur. Sebab itulah di Munich German diadakan festival ini sebab mereka mahu memperkenalkan beer mereka , merasai keenakannya dan menyambutnya sebagai salah satu tradisi turun temurun.