Showing posts with label lesen memandu perbaharui ikut tarikh lahir. Show all posts
Showing posts with label lesen memandu perbaharui ikut tarikh lahir. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Apa jadi kalau lewat perbaharui lesen memandu

Assalamualaikum w.b.t
Salam tahun baru 2014.  Kali ni nak update pasal lesen memandu pulak.  Huiii tragis ceritanya.  Mesti korang pembaca pernah dengar kan kerajaan telah memperkenalkan dasar baru iaitu lesen memandu akan diperbaharui dan tamat tenpoh pada tarikh hari lahir , kalau tak silap pengumumannya pada tahun 2013.. tapi saya pasti mesti ramai yang akan terlupa untuk renew lesen memandu diaebabkan dasar baru ni tak kurang juga yang kata lagi senang nak ingat.

Ok  saya lahir 2 November dan automatik lesen memandu akan tamat tempoh pada 2 November.  Nak dijadikan cerita pada tarikh 2 November 2013 saya sangat sangat terlupa nak perbaharui lesen memandu dan tanpa rasa bersalah saya memandu kereta dari tarikh 2 November 2013 hingga 1 Januari 2014 dengan lesen memandu tamat tempoh.  Macam mana boleh lupa renew?  Biasalah selagi tak jumpa roadblock polis / JPJ yg mintak lesen memandu memang sampai sudah lah berkulat lesen memandu dalam dompet tu.



Tahun baru,  azam baru lah kan.  Pada 1. 1. 2014 saya buat sikit 5S kat dompet so terkejut beruk lah selama hampir 2 bulan saya memandu dengan lesen mati.  Terus tanpa berlengah lagi pergi pejabat pos untuk renew lesen.  Tahu apa jadi?  Menurut abang pejabat pos tu. .. kalau kita lewat perbaharui lesen memandu,  automatik kita kena perbaharui lesen untuk 2 tahun terus. no choice untuk kita renew lesen untuk tempoh setahun.  Oh!  terkejut jugak lah ada pulak automatik renew 2 tahun terus. .tiada pilihan.  So, hari tu terpaksa lah renew untuk 2 tahun sebanyak RM62.  Takpe lah. . tapi terpikir jugak kalau yang nak guna duit , tahun baru anak nak ke sekolah lagi memang tak renew lesen lah jadi nya.  Bagi saya its okay. ..



Lesen yang direnew pada 1.1.2014 akan tamat tempoh pada 2.11.2015.  Harap harap pada tarikh 2.11.2015 saya tak terlupa lagi nak renew lesen memandu.   Ok, so kawan kawan sila cek lesen memandu kot kot anda senasib macam saya.  Heheheh  ok, boleh layan gambar di bawah... adiossss c ya readers
ok semua sekali RM62 renew lesen memandu tempoh 2 tahun

huh dah renew dah.  Expired 2-11- 2015



Tuesday, November 15, 2011

Lesen Memandu Tamat / Perbaharui Ikut Tarikh Lahir

Lesen Memandu Malaysia
                                                                           




PUTRAJAYA: Mulai Isnin depan, orang ramai yang memperbaharui lesen memandu akan mendapat tarikh tamat tempoh lesen memandu sama dengan tarikh lahir pemegang lesen berkenaan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan). 

Beliau berkata, inisiatif dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu masing-masing, selain dapat mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun.


“Kita (kementerian) berharap selepas ini, tiada lagi kes orang ramai lupa mahu memperbaharui lesen memandu mereka kerana sebaik saja tiba tarikh lahir, bermakna secara automatik lesen mereka juga sudah tamat tempohnya,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan 1Malaysia kementerian serta sambutan perayaan Deepavali dan Aidiladha di kementeriannya, semalam.

Berikutan itu, katanya, kerajaan akan menampung kos perbezaan tempoh pembaharuan lesen dan tarikh lahir dengan tempoh maksimum selama enam bulan, manakala bakinya perlu dibayar pemegang lesen memandu.

“Sebagai contoh, jika tarikh tamat tempoh lesen pada 20 Februari 2011, manakala tarikh lahir pemegang lesen adalah 19 Oktober tahun sama, pemegang lesen hanya membayar bagi tempoh tiga bulan kerana tempoh antara 20 Februari hingga 20 Julai (enam bulan) akan ditanggung kerajaan,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan pesalah lalu lintas, Cho Ha berkata, ia dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai pertengahan tahun depan.
Beliau berkata, sistem berkenaan akan dipasang di 800 kawasan gelap yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan di seluruh negara.

“Kementerian berharap perjanjian dengan syarikat pengeluar dan persetujuan beberapa agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Peguam Negara akan dapat dicapai menjelang hujung tahun ini.

“Lagipun, sistem AES yang turut digunakan di beberapa negara maju sudah terbukti mampu mengurangkan kadar kemalangan antaranya Perancis iaitu daripada 10,000 kes kemalangan setahun kepada 4,000 kes kemalangan dalam tempoh sama.

“Jadi, kita harap kejayaan sama dapat dicatatkan di negara ini,” katanya.

Difahamkan, kamera perakam trafik beresolusi tinggi yang mampu merakam wajah pemandu dengan jelas itu akan menggunakan teknologi daripada dua syarikat pengeluar kamera keselamatan trafik iaitu Robot Visual System GmbH dari Jerman dan Redflex (Australia) yang diguna pakai di 90 negara.

Sumber : Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...