Thursday, May 17, 2012

Samsung VS Nokia


Samsung

 Sekarang semua orang gila kan Smartphone.  Ini kerana pelbagai aplikasi yang menarik, banyak dan percuma.  ia juga memudahkan komunikasi dengan orang sekeliling.  

Saya juga menggunakan sistem operasi Android kerana banyak aplikasinya yang percuma dan memudahkan perhubungan.  Sebagai contoh perisian Whatsapp dan Viber yang amat membantu (maklumlah Perkahwinan jarak Jauh).  Aplikasi ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bil bulanan telefon saya.

Oleh kerana saya juga pemilik Samsung Tablet jadi saya telah menyumbang peningkatan jualan Samsung yang mengatasi Nokia.


SILA LAYAN ARTIKEL DI BAWAH
 _________________________________________________________________________________
SAN FRANCISCO:  

Gergasi Korea Selatan, Samsung menjadi pembekal utama telefon mudah alih dalam tempoh itu, mengatasi Nokia dari Finland yang mendahului sejak 1998.

Samsung menjual 86.6 juta telefon mudah alih iaitu peningkatan 25.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Samsung juga merampas semula kedudukan nombor satu dalam pasaran telefon pintar daripada pembuat iPhone, Apple, dengan menjual 38 juta telefon pintar dalam suku pertama tahun ini daripada keseluruhan 144.4 juta.

Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android keluaran Google mencakupi 56 peratus pasaran dunia atau 81.07 juta telefon pintar disusuli iOS sebanyak 22.9 peratus atau 33.12 juta unit. - AFP

Sumber Berita Harian

Wednesday, May 16, 2012

Bidaan Plat WWW Tertinggi Dalam Sejarah Malaysia


PUTRAJAYA 17 April – Pembidaan nombor kenderaan “WWW” yang bermaksud “World Wide Web” bakal mencatatkan harga paling tertinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di negara ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. 

Beliau yakin tempahan bagi nombor istimewa itu akan mendapat sambutan hangat apabila bidaan dibuka kepada orang ramai pada 30 April ini.
Katanya, setakat ini harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah “MCA 1” yang dijual dengan harga RM300,100.

"Mereka yang berminat boleh buat bidaan. Daripada maklum balas yang diterima
“WWW” akan mencapai harga jualan yang paling tinggi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Perhimpunan Bulalan Kementerian itu di sini hari ini.

Katanya, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei.
Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. - BERNAMA

Jennifer Lopez JLO paling berpengaruh



Menurut majalah Forbes J LO mantan isteri Marc Anthony merupakan selebriti paling berpengaruh didunia. Beliau mengalahkan Oprah Winfrey yang sebelum ini menggungguli selebriti paling berpengaruh.

Dikatakan jumlah pendapatan JLO pada tahun lalu mencecah lebih 50 juta dollar. Sumber pendapatan yang tinggi disumbangkan melalui rancangan American Idol sebagai juri yang menggantikan Paula Abdul.

P/S : Amat menyukai imej JLo terkini dan lagu yang dinyanyikan terutamanya On The Floor.
posted from Bloggeroid

Teman Lelaki Penyanyi Indonesia Syahrini kerabat dari Malaysia?







Kredit Yahoo
posted from Bloggeroid

Seram! Wajah saya pada usia 60 tahun



Melihat wajah saya di atas agak seram ye. Digambarkan pada tahun 2045 ( tak tahu hidup lagi ke tidak)
Yang hidup pastinya mati. Sebelum mati mesti lah tua dulu kan. Tapi kalau mati muda tak sampai lah tua begini.

Diperincikan sikit daripada wajah saya terkini dengan akan datang iaitu usia 60 tahun. Bezanya dari pipi yang kembung dan tembam bila usia 60 tahun pipi akan menggelebeh dan ditambah dengan scallop, renda atau kedutan garisan dipipi.

Bibir yang mungil pada waktu ini akan menjadi nipis, berkedut dan bergaris2. Masa ni pakai gincu kolagen pun dah tak umph lagi.

Bawah mata saya yang licin akan menjadi renda, scallop (macam langsir pulak) dan garisan yang menghala kebawah seolah ditarik-tarik yang disebabkan oleh kekurangan kolagen.

Tapi yang bahagian kening saya tak setuju dari bahagian di atas. Sekarang memang kening terangkat ala Ziana Zain. Tapi dari gambar diatas umur 60 tahun tak kan masih terangkat lagi kot.

Seriously saya sangat takut melihat wajah saya yang digambarkan pada tahun 2045.

So saya akan simpan gambar ini untuk tatapan masa hadapan. Betul atau tidak.

Kredit to application agingbooth. Jom try sangat syok!
posted from Bloggeroid

Monday, May 14, 2012

Fasha sandha power dah hamil


Gambar diatas bukti pregnancy test yang dibuat. Digital sungguh!

Wow memang power. Tak sampai sebulan nikah dah pregnant. Rezeki Allah s.w.t tak siapa boleh tolak. Bagi pasangan suami isteri ini lah saat yang dinantikan. :-)

Mengikut kata pengurusnya dia dikatakan lewat datang bulan dan membuat pemeriksaan doktor dan disahkan hamil. Dia juga dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja berat.

I love it! Tambah lagi umat nabi Muhammad S.A.W. Suka sangat tengok muka baby dan tak sabar nak tengok muka lil fasha dan jejai junior.

TAHNIAH!
posted from Bloggeroid

Sunday, May 13, 2012

Zizan Razak (Raja Lawak) Insaf

zizan raja lawak


PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) baru terfikir dia tidak seharusnya terlalu kuat bekerja sehingga menyebabkan dirinya jatuh sakit.
Zizan berkata, kejadian dia dimasukkan ke hospital akibat keradangan pada otot baru-baru ini telah menyedarkan dirinya tentang kepentingan menjaga kesihatan.
“Kerja dan wang bukan segala-galanya kerana tanpa kesihatan yang baik kita langsung tidak mampu melakukan apa-apa.
“Saya terlalu seronok bekerja sehingga tidak memikirkan tentang kesihatan diri namun ia adalah pengajaran terbaik buat diri saya selepas ini,” katanya kepada mStar Online.
Zizan pada 29 April lalu telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai dekat sini akibat keradangan otot semasa bersiap untuk bertolak ke Ipoh bagi menyertai Karnival Jom Heboh.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tahap kesihatannya kini, Zizan berkata dia berasa lebih sihat selepas dapat berehat selama dua minggu dan doktor ada menasihatkannya supaya mengehadkan masa bekerja.
Malah akibat masalah itu pengurusnya Marina Juki telah menapis beberapa tawaran bagi memastikan Zizan mempunyai masa untuk berehat sebelum menerima tawaran baru.
“Alhamdulilah sekarang berasa lebih sihat dan segar tetapi perlu lebih prihatin terhadap kesihatan dan masa berehat yang lebih berkualiti,” ujarnya.
Tambah Zizan, dia juga amat terharu dengan sokongan dan perhatian yang telah diberikan oleh rakan-rakanya sepanjang dimasukkan ke hospital.
Sementara itu, Zizan berkata dia bakal kembali ke lokasi penggambaran filem Tokan yang sedang menjalani penggambaran di Melaka selain akan mengacarakan program Melodi seperti biasa selepas ini.

Sumber Mstar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...