Fasha Sandha siapa yang tidak kenal ? cantik, anggun, menawan. Bakal bergelar ibu setelah berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram bekas suami Nora Danish.
Honestly, perempuan mengandung memang nampak comel kalau kena gayalah. Kalau tak pandai jaga nampak double trouble selekeh. Tapi saya suka tengok gambar-gambar Fasha Sandha mengandung ! Setakat ini sudah masuk fasa tremister ke 2 yeeeee.... Sangat cute ok.
Gambar ini diambil dari facebook fan Fasha Sandha. Facebook We love Fasha Sandha. Selain tu boleh baca status Fasha Sandha yang sangat humble .. alah macam kita kita je dia buat status dan upload gambar kat Facebook. Comel comel :-)
Teknologi ni bagus bagi mereka yang menggunakan ke saluran yang betul. Macam air longkang lah kalau masuk ke saliran yang betul mengalir lah ia dan tidak mendatangkan masalah. Kalau air longkang tu tak masuk ke saliran yang betul memang komfim mendatangkan masalah kepada banyak pihak.
Sebelum mencoret lebih panjang nak tanya ... Ada tak pembaca di luar sana tergamak merakam adegan seks sendiri dan kemudian memuat naik ke laman web/ blog/ facebook/ youtube yang boleh ditotonton oleh orang serata dunia ?
Kalau tergamak ... nah amik ni !
Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee
Aktiviti seks suka sama suka 2 orang pelajar Malaysia Alvin Tan Jye Yee rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang (bijak kan ? )
pemegang di NUS dan teman wanitanya Vivian Lee dilihat terlibat dalam
beberapa perbuatan seks dalam laman blog “Sumptuous Erotica” milik
mereka.
Dalam blog seks mereka, Lee dan Tan berkongsi gambar-gambar seks dan
video yang menggambarkan pasangan tersebut dalam pelbagai aksi telanjang
dan melakukan seks.
Imej-imej berbeza daripada potret artistik pasangan tersebut, untuk menutup kemaluan mereka.
Posting tersebut telah pun dipadam oleh pasangan itu, meninggalkan
hanya halaman diarkibkan dengan posting sebelumnya sejak dari bulan 20
September sehingga 15 Oktober, akan tetapi gambar-gambar dan video dari
blog itu telah pun diedarkan oleh laman "Gutter Uncensored".
Banyak Kosmetik berada di pasaran. Malah kosmetik yang mengandungi bahan terlarang tanpa segan silu mengiklankan produk mereka di televisyen hingga berjaya mempengaruhi penonton untuk membelinya. Yang dipuji ialah strategi pengiklanan dan pemasaran yang berjaya sebab orang ramai tanpa was-was membelinya (termasuklah saya).
Di bawah ialah senarai Kosmetik Yang telah ditarik balik kerana mengandungi kandungan bahan kimia. Senarai Ini diceduk di laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (Malaysia) sehingga Febuari 2012.
Sekarang tak susah pun nak jadi perhatian umum. Sebelum media sosial berleluasa kita dapati ramai manusia dekat muka bumi ni nak mintak perhatian. Contohnya macam Mat Salleh lah macam-macam benda luar pemikiran yang diorang buat untuk mintak perhatian dunia.
Entah kenapa sekarang macam fenomena pulak gadis remaja atau perempuan dewasa sibuk nak ambil gambar buat muka duck face. Mungkin comel kot.
Apa itu duck face ? Duck face ala-ala mimik muka di bawah ni :
Ini video original. dapat MC 5 hari sebab sakit mata. Tetiba jadi popular budak perempuan ini.
Dan..... banyak video parody yang lawak tribute untuk gadis ini. ANtara yang lawak ialah versi kartun
Parody dari mamat bertopi. Perhatikan matanya kejap besar kejap kecil. Ni kalau mengandung boleh terkenan tengok bijik matanya
Macam-macam lagi video parody MC 5 hari yang dibahan oleh orang ramai dek geram dan meluat dengan budak perempuan yang beritahu dia dapat MC 5 hari akibat sakit mata.
Kalau nak banyak lagi video parody MC 5 hari ni cari aja kat Youtube taip MC 5 hari. Sangat banyak.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni nak buat entri sikit fasal puasa ni. Semoga ia dapat menambah ilmu kepada diri sendiri dan orang lain juga :
MAKNA PUASA :
1.Dari segi bahasa:
Puasa beerti menahan diri daripada sesuatu
2. Dari segi syarak
Puasa beerti menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Dimulakan dengan niat puasa, dengan niat berpuasa, kerana mangharapkan keredaan Allah S.W.T.
Dari segi makna syarak sudah jelas menyatakan erti puasa iaitu 'menahan diri dari perkara yang membatalkanpuasa.....". Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa ?
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA:
1. makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari diri berpuasa.
2.memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang tebuka
3.keluar haid atau nifas
4.gila
5.murtad
6.mengeluarkan mani dengan sengaja
7.bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari bulan Ramdhan )
Ilustrasi suami isteri. Sumber pakcik Google
KIFARAT / KAFFARAH ( denda )
Tajuk entri di atas ditekankan pada perkara yang membatalkan puasa yang ke 7 iaitu bersetubuh/berjimak (melakukan hubungan kelamin bagi suami isteri pada siang hari dibulan Ramadhan).
Apakah hukumnya ??
Hukumnya ialah haram, berdosa besar dan dilaknat tetapi tidak jatuh zina kerana sudah sah menjadi suami isteri. Jadi dikenakan kifarat (denda) atau dalam bahasa arab disebut kaffarah. Kifarat/kaffarah hanya dikenakan kepada SUAMI sahaja. Manakala isteri hanya perlu mengqada' hanya 1 hari puasa.
Erti kifarat / kaffarah :
-orang yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan, maka ke dua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan dan SUAMISAHAJA wajib membayar kifarat seperti:
1.memerdekakan seorang hamba mukmin lelaki atau perempuan (sekiranya tidak mampu)
2.berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3.memberi makan kepada 60 orang fakir miskin
TETAPI TAHUKAH ANDA , ADA SEBAB SUAMI ISTERI YANG JIMAK DI SIANG HARI BULAN RAMADHAN TIDAK DIKENAKAN KIFARAH/KAFFARAH ( DENDA )?
Hal ini disebabkan oleh suami dan isteri tersebut tidak puasa dibulan Ramadhan atau telah membatalkan puasa terlebih dahulu sebelum jimak/ bersetubuh. Jika suami isteri tersebut membatalkan puasa dengan cara berjimak/bersetubuh maka, ia wajib dikenakan kiffarah (denda). Tetapi jika suami isteri tersebut membatalkan puasa dengan cara lain iaitu makan atau minum terlebih dahulu (bukan membatalkan puasa dengan berjimak) , kemudian setelah makan atau minum barulah mereka berjimak maka suami isteri TIDAK KENAKIFARAH/KAFFARAH hanya perlu qada' puasa 1 hari.
Hal ini kerana perkara yang membatalkan puasanya ialah bukan berjimak tetapi makan/ minum. Tetapi hukum perbuatannya tetap sama berdosa besar, dilaknat Allah S.W.T tetapi tidak jatuh hukum zina.
Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila tonton video dibawah oleh Ustaz Azhar Idrus :
P/S : Walaupun batalkan puasa makan atau minum sebelum jimak siang hari pada bulan Ramadhan untuk elak kifarah, pada saya baik tak payah buat sebab hukumnya tetap berdosa besar. Walaupun nak elak kena kifarah 2bulan berturut-turut tetapi hukumnya tetap berdosa besar Perkongsian ilmu ni amat berguna.
Sila share dan sebarkan ye , moga sama-sama dapat ilmu, pahala, manfaat.
Sehingga 2 ogos, saham FGVH jatuh dan siapa yang membelinya simpan dan tahan sehingga harga melambung naik baru akan dijual.
Tetapi........
Perdana Menteri Dato seri Najib juga telah menasihati peneroka yang membeli saham FGVH supaya tidak menjualnya supaya ia menjadi aset turun menurun. Harta pusaka lah gitu gamaknya.
SIK 29 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM43.2 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata, pemberian itu bertujuan menghargai sumbangan warga peneroka kepada pembangunan Felda serta membantu membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata, pemberian itu terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda sebagaimana kaedah yang sama pada 2011.
"Seramai 103,597 orang atau 91.9 peratus peneroka Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM41.1 juta.
"Seramai 9,038 orang pula atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda turut menerima RM200 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta," katanya ketika berucap pada Program Rahmat Ramadan Warga Felda 2012 di Sekolah Kebangsaan Beris Jaya, di sini hari ini.
Menurut Najib, pemberian duit raya kepada peneroka telah dilaksanakan sejak 2003 dan bayaran pada tahun ini bertambah sebanyak RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding 2011 iaitu sebanyak RM42.6 juta.
Katanya, pemberian duit raya itu diharap dapat meringankan beban kewangan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Tambah beliau, bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda di seluruh negara.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan program kerohanian kepada semua masjid di tanah rancangan Felda iaitu bagi program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000, sagu hati kepada jawatankuasa masjid (RM792,000) dan program Ihya Ramadan Kawasan Parlimen Felda (RM540,000).
Selain itu, Najib turut memberi duit raya kepada wilayah Alor Setar berjumlah RM1.58 juta dan durian runtuh kepada penerokawati wilayah tersebut sebanyak RM20.2 juta.