Friday, May 4, 2012

Gambar : Nikah Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari

Gambar Scha dan Awal atas pelamin menikah ala Chanel

Sunggu comel . berseri-seri


Tahniah ! Selamat Pengantin Baru.  Memang suka tengok orang nikah kahwin ni.
Scha dan Awal selamat dinikahkan dengan maskahwin sebanyak RM2,050 dan wang hantaran dirahsiakan.  Pasangan ini memilih New York dan Eropah sebagai destinasi bulan madu.

Walaupun tunggu bagai nak rak depan TV Channel Astro Ria 104 dan Astro Awani 501, tapi malangnya tak dapat.  Komfim masalah Teknikal.  Ish ish ish hilang kredibiliti Astro dalam siaran langsung ni.  Baru je menang Putra Award.  Apa pun terima kasih lah bagi tengok siaran percuma sebanyak 130 siaran selama 10 hari berakhir 6 Mei ni.

Layan gambar Scha dan Awal menikah.












Sumber gambar:  Oh Bulan , Rotikaya

Misteri Wanita Berjubah Hitam





Gambar hiasan. Sumber: Google

Pada hari Jumaat, ramai memilih memakai pakaian berwarna hitam untuk ke tempat kerja.  Begitu juga dengan diriku.  Sedang aku memakai selendang berwarna hitam, fikiran aku tiba-tiba mengimbau satu peristiwa yang akan aku kenang sampai bila-bila.  Misteri wanita berjubah dan bertudung hitam.



Universiti sains Malaysia, Penang

Pelajar USM
Masa tu aku belajar di USM, Penang.  Pada tahun ke 3 di Universiti aku akui sangat tertekan dengan subjek yang diambil.  Dengan 18 jam kredit dan setiapnya paper yang tough. Kebanyanyakannya paper yang aku ambil jam kreditnya ialah 4.  Kalau masa semester 1 dulu jam kredit kebanyakannya ialah 2 jam kredit dan kebanyakannya paper pengantar (asas). 

Tahun ke 3 di Universiti adalah masa yang paling tertekan bergelar pelajar Universiti.  Pagi, petang, siang, malam kena hadir kuliah.  Dah lah tak ada kenderaan ,nak fotostat sana sini. nasib baik ada bas komuter yang disediakan pihak Universiti.  Fakulti Pendidikan (di USM Fakulti disebut  School/Pusat Pengajian) terletak sangat jauh dengan Desasiswa (kebanyakan Universiti Desasiswa disebut Kolej).   Kalau terlewat nak ke Kuliah atau kelas Tutorial memang masak ah nak berebut naik bas komuter dengan pelajar lain.  Kalau dah lambat sangat aku ambil keputusan berjalan kaki bersama rakan lain untuk ke kelas.  Masa begelar pelajar percaya atau tidak berat badan aku hanya 49kg.  Berat terkini tambah lagi 11kg.




Perpustakaan Hamzah Sendut 2

Tertekan
Penat sangat hari tu.  Masa tu dapat tugasan/ assignment dari fakulti/pusat pengajian Ilmu Kemanusiaan amat menguji perasaan aku.  Aku ambil minor di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan iaitu Sastera.  Pensyarahnya jangan cakaplah garang sangat.  Bayangkan dia boleh menegur pelajar di dalam bilik kuliah yang kira-kira 200 pelajar didalamnya kerana pelajar itu menggoyang kaki.  Dia menjerit  menyebut nama dan menyuruh pelajar tersebut berhenti menggoyang kaki yang aku pasti tindakan goyang kaki oleh pelajar tersebut merupakan satu tindakan luar kawal.  Pernah satu peristiwa pensyarah tersebut memarahi pelajarnya kerana telefonnya berdering.  Guru tersebut merupakan seorang  guru yang menyambung pelajaran sepenuh masa.  Umur guru berkenaan  lebih kurang awal 40an.  Bayangkan betapa malunya muka cikgu tu dimarahi pensyarah yang umurnya lebih kurang sama.  Pensyarah tu menyuruh guru tersebut meminta maaf dengan pelajar yang ada dalam kuliah yang hampir 200 orang atau lebih.


Dapat tugasan aku sangat stress.  Kalau stress tu ada 10 , stress aku memang 10/10 lah.  Aku tak tahu nak cari mana sumber untuk buat assignment.  Pergi di perpustakaan hamzah Sendut di USM untuk cari buku yang disenaraikan pensyarah, malangnya 1 buku yang diseb=naraikan pun tak ada.  Maklumlah pelajar yang ambil subjek tu ramai, buku yang disediakan entah berapa biji.  Memang tak cukup.  Tanya dengan senior lama memang tak membantu sebab kebanyakannya dapat keputusan yang tak memberansangkan.  Puas aku dan tak lupa rakan ku cari bahan rujukan dan contoh-contoh esei untuk assignment yang diberi.  Malangnya tak jumpa dan kalau ada pun tak membantu sebab terlalu sedikit contohnya.

Masa hantar assignment sudah hampir.  Segala assignment paper lain aku dah berjaya buat dengan baik sebab dapat banyak rujukan dan dibantu rakan-rakan sekelas lain.  Assignment sastera itu sahaja aku tak dapat buat dengan baik sebab tak banyak contoh dan rujukan yang diberi.  Takkan hanya nak harapkan nota kuliah yang diberi pensyarah.  Memang nak kena bamboo lah kalau buat assignment macam tu





Gambar Hiasan . Sumber Encik Google

Wanita berjubah hitam
Waktu itu senja.  Hanya sinar meremang yang menyimbah muka bumi.  Masa tu aku dan kawan baik ku di USM, Rini berjalan di belakang Perpustakaan Hamzah Sendut 2 dan melalui jambatan yang menghubungkan bangunan Eureka.  Kawasan tersebut agak tersembunyi.
Masa tu aku sangat stress begitu juga dengan kawan baikku.  Wajahku agak sugul, tertekan dengan memikirkan pelbagai asiignment subjek major dan minor yang perlu disiapkan.  Ditambah dengan jadual yang sangat padat dari pagi hingga ke malam.

Aku dan kawanku tidak habis-habis merungut tentang assignment sastera yang aku perlu buat sambil muka yang berkerut-kerut menandakan sangat tertekan.

Sedang aku merungut.  Tiba-tiba.......

”kenapa ni dik?”
Aku memandang ... tekejut berok ! rupa-rupanya seorang wanita berjubah dan bertudung hitam menegur aku dan kawanku.
“saya ni tengah pening kepala nak buat assignment.  Cari bahan rujukan .. buku pun kat perpustakaan semua dah dipinjam.  Contoh esei pun tak jumpa.  
"Ya Allah pening sangat serabut kepala,” rungut diriku
“Subjek apa dik?”
“oh ! subjek sastera kat pusat pengajian Ilmu kemanusiaa. Pensyarah Dr. SIti H****
“Oh yang subjek sastera yang tuuu (tak boleh bagitahu disini) , akak rasa tesis rujukan boleh tengok di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan , kat tingkat bawah.  Ada banyak tesis kat situ yang boleh dibuat rujukan.Sampai petang je bukak.  Kalau time macam ni memang dah tutup lah”
“ yeke kak ? mana akak tahu ? oh waktu macam ni dah tutup ek ?”  (aku panggil dia akak walaupun wajahnya macam makcik-makcik)
“ Akak ni pelajar juga kat sini, dah nak balik ni, akak kenal Dr. Siti Ha*** tu”
“ok .. terima kasih kak , ringan sikit kepala saya ni”



Result yang ada anak panah.  A bulat tu ... bukan A minus eh.  Itu lah subjek yang menekan perasaanku

Assignment
Esoknya aku pergi ke Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.  Aku terus cek krisalis , ambil nombor buku dan cari.  Alhamdulillah ! aku bersyukur sangat , tajuk yang pensyarah aku bagi memang sebijik ada di tesis tersebut memang bulat-bulat.  Bibliografi yang ada pun sudah cukup untuk aku pergi ke perpustakaan Hamzah sendut untuk cari buku tersebut.  Aku pun menyalin lah segala tesis yang ada kaitan sebab malangnya tesis tersebut tak boleh dibawa keluar.  So, aku tak boleh fotostat.

Terus ke Perpustakaan Hamzah Sendut untuk cari buku.... dan... Alhamdulillah ! buku yang dicari ada.  Aku pun fotostat.

Assignment dihantar dan Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah di dalam kelas tutorial pensyarah memulangkan semua esei assignment pelajar yang telah dibuat dan aku mendapat A.  A bulat ok bukan A-.  Malangnya aku tak simpan dah esei tu kalau tak boleh jadi bahan artifak untuk anak cucu aku tengok.



Misteri tak terungkai
Memang X-files betullah.  Sampai sekarang aku tertanya :

Siapakah makcik berjubah dan bertudung hitam itu?  
Bagaimana dia tiba-tiba muncul di belakang Perpustaan Hamzah Sendut di saat aku merungut-rungut?  Siapakah dia yang melalui jalan yang sama aku gunakan pada waktu senja?

Apa-apa pun kalau makcik tu baca blog aku ...aku memang nak belanja makcik tu makan lah.  Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan makcik tersebut yang memberi jalan melegakan kepalaku yang rungsing.


Akhirnya dah konco 3 tahun lepas. Tahun 2009

P/S : Kepada pelajar USM yangs erabut pasal assignment ke hape ke .  Sila lah ke Perpustakaan Hamzah Sendut 2 sambil lalu kat jambatan kecik yang menghubungkan Eureka.  Kot-kot makcik yang tolong aku boleh tolong anda-anda semua.

Adira akui rapat dengan AG coco


Adira mengakui rapat dengan AG coco mengikut sumber boleh dipercayai ...Astro Awani tu.  

AG coco merupakan salah seorang anggota kumpulan  HUJAN .  Suka saksikan HUJAN beraksi dalam rancangan Versus di TV 9 yang berentap dengan Black & Parallax , Go Gerila, Sofaz, Sixth Sense.

Kumpulan Hujan  ( AG yang diri paling kiri dan pakai penutup hidung dan mulut)


Fuhhh ! memang sepadan lah sebab mereka sama-sama pasangan muda.  AG coco pun nampaknya seorang yang rock dan Adira pun nampak gaya macam boyish , keras-keras  sikit tapi masih anggun dan cantik ! Suka tengok Adira dalam Program realiti MANIA!

Masa tengok rancangan Akustik Adira di Astro , ada nampak penampilan AG coco yang merupakan pengarah muzik untuk rancangan Akustik Adira di Astro.  

Pernikahan Scha dan Awal secara langsung di Astro

Gambar Pre Wedding

Tengok gambar pre wedding pun sudah, tengok mereka  pergi membuat persiapan kahwin pun sudah dalam rancangan Seia Sekata Scha dan Awal.  Kini tiba masa untuk menyaksikan siaran langsung majlis pernikahan mereka di Putrajaya

Siaran Langsung Pernikahan mereka boleh saksikan di Astro Awani Channel 501, Astro Ria Channel 104 pada jam 9.00 hingga 9.30 malam pada 4 Mei (Jumaat).    Inspirasi pelamin mereka dari Channel dikatakan pasangan ini begitu branded.

Mereka bakal dinikahkan oleh bapa kandung Scha Al-Yahya.  Tadi sempat dengar juga Menu pada majlis pernikahan oleh Ketua Chef di Laguna.  Menunya diubahsuai namanya menjadi agak romantik, tapi yang originalnya ialah:

1. Nasi goreng kampung
2. Roti jala
3. Soto ayam
4.  Air minuman sirap
5. Dessert Pulut hitam (yang diromatiskan namanya menjadi' Pulut hitam pemanis bibir'



Persiapan Scha (pakai henna)

Jom kita layankan pernikahan mereka pada malam ini.  Mestilah nak tengok, suka sangat tengok orang melangsungkan pernikahan/ persandingan sebab hari itu sangat istimewa bagi mereka.  Raja sehari kan.

Pasangan ini bakal berbulan madi di New York selama 10 Hari.

Thursday, May 3, 2012

Teknologi : Robot Cuci Rambut di Cipta


Robot Cuci Rambut .  SUmber : Utusan Malaysia




LONDON 3 Mei - Sejenis robot yang mampu mencuci, mengurut dan mengeringkan rambut dicipta oleh syarikat teknologi gergasi, Panasonic.
Robot yang dikhususkan untuk golongan warga emas dan orang kurang upaya itu sedang diuji di Jepun sebelum ia mula dipasarkan untuk kegunaan komersial.


Syarikat itu mendakwa, mesin berkenaan bukan sahaja menawarkan urutan kepala, malah menjanjikan satu pengalaman berbeza kepada pengguna yang biasa mengunjungi salun untuk mencuci rambut.

Berdasarkan video promosi Panasonic, mesin diberi nama Robot Penjagaan Kepala itu mempunyai alat pengesan dalam setiap 24 jarinya untuk mengukur kepala pelanggan, membolehkannya menyesuaikan cara mencuci rambut bagi setiap individu.


Layan video ini :



Urutan robot itu dikatakan 'agak menyenangkan' dan menawarkan tahap keselesaan yang tidak dapat diperolehi pelanggan salun dengan tangan manusia.
Robot itu mula berfungsi dengan menyembur air panas dan mengenakan syampu ke kulit kepala pelanggan dengan menggunakan 24 jarinya dengan 'lembut'.
Perapi kemudiannya disembur sehingga peringkat terakhir cucian iaitu urutan oleh robot dan pada masa sama, ia mengeringkan rambut pelanggan.


Buat masa ini, Robot Penjagaan Kepala itu hanya digunakan untuk pelanggan yang berambut panjang, namun ia masih mendatangkan rasa tidak selesa kepada mereka.
Teknologi itu pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan di rumah penjagaan dan hospital bagi memberi warga emas dan orang kurang upaya 'kualiti hidup yang lebih baik'. - AGENSI


Sumber : Utusan Online

P/S  : Best nya kalau mesin ni dicipta , kalau ada mesin ni kelak dan harga tak jejak ribu-ribu saya nak lah beli .  So tak payah ke Saloon lagi.  Mesin urut full body massage pun saya nak beli gak kalau mampu.  Sekarang saya hanya ada mesin U-shape je untuk kempiskan perut yang buncit.  Setakat ni itu saja yang mampu.

(Artis) Syahrini berang dengan Justin Bieber




"Justin Bieber harus minta maaf kepada masyarakat Indonesia," kecam penyanyi Indonesia Syahrini, kepada bintang remaja antarabangsa itu di akaun Twitternya, @PrincesSyahrini, pada Sabtu lalu.
Berdasarkan petikan dari akhbar HarianMetro, penyanyi lagu "Kau Yang Memilih Aku" tersebut dikatakan berang dengan tindakan Bieber yang dikatakan telah memperlekehkan negara itu apabila dia memperlekehkan kualiti studio rakaman di Indonesia mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat republik itu.

Melalui kenyataan Bieber di akhbar Mirror, Bieber telah menyifatkan republik itu sebagai sebuah negara yang bercelaru.
"Saya berada di sebuah negara yang bercelaru. Saya merakamkan sebuah lagu di sebuah studio yang kecil. Mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan," kata Bieber dalam temu ramah itu.

Pengurusnya Scott "Scooter" Braun mengesahkan negara yang dimaksudkan Bieber adalah Indonesia.
Penyanyi muda itu, yang baru melancarkan album terbarunya "Believe 2012" di London, England, mengakui dia ada merakamkan sebuah lagu dalam album tersebut di Indonesia.
Selain itu, pengurus Syahrini, iaitu Reindhy menyatakan penyanyi itu terganggu dengan kenyataan Bieber, yang juga dianggap tidak bersesuaian dan tiada etika.

"Bukankah Justin mempunyai peminat yang ramai di sini. Adakah dia tidak menghargai perasaan masyarakat Indonesia?" ujar Reindhy kepada laman web detikHOT, pada Ahad lalu.
Sumber : Yahoo! Malaysia

Wednesday, May 2, 2012

Yahoo! Gaji Naik 13 peratus

Gaji lama slip gaji bulan Mac: Gaji pokok RM2148.10 ( abaikan KWSP sebab belum cukup tempoh)
                                         Elaun sara hidup/ COLA RM100 (elaun ini berbeza-beza bagi kawasan)


Seperti mana  yang kita sedia maklum, bahawa kerajaan telah mengumumkan SBPA bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysi (SSM).  Malangnya, SBPA tidak dapat dilaksanakan oleh kerana seba-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Dikatakan SBPA menjadi jurang bahawa yang berpendapatan tinggi, bertambah-tambah pendapatannya, manakala yang berpendapatan rendah hanya sedikit sahaja perbahannya.  Itu adalah salah satu faktor yang menjadikan SBPA tidak dapat dilaksanakan.

Oleh itu, Sistem Saraan Malaysia yang telah ditambah baik telah diguna pakai.  Oleh itu, kerajaan mengumumkan para penjawat awam mendapat kenaikan gaji sebanyak 13 peratus (13%) berkuatkuasa 1 Januari (seperti mana SBPA yang diumumkan bakal dilaksanakan, tetapi tidak jadi).  
Elaun COLA / Sara hidup juga terdapat peningkatan iaitu RM100 ditambah RM50.  Jadi elaun cola terbaru RM150 (elaun cola bagi kawasan lain , saya tak ambil tahu)

Jadi kerajaan yang baik hati telah melaksanakan segala janji nya.  Yahoo ! saya dapat gaji baru .....

Slip gaji terbaru bagi bulan APRIL ( boleh bandingkan dengan gambar diatas, slip gaji lama iaitu bulan MAC)


Jom belajar mengira.  Jom kira sama-sama.  Kenaikan gaji sebanyak 13 peratus iaitu kenaikan gaji saya sebanyak :

13     x 2148.10    = 279.25
       100

Gaji terkini =  Gaji lama + kenaikan 13%  = RM 2427.35
Gaji Terkini = 2148.10 + 279.25 = RM 2427.35

Tunggakan sebanyak RM279.25 dari bulan Januari - Mac
279.25 x 3 = 837.75  ( Tunggakan 3 bulan )

Elaun sara hidup/ COLA lama = RM100  ( kenaikan baru sebanyak RM50)
Elaun sara hidup/ COLA terkini = RM150 


 Alhamdulillah, permulaan yang baik bagi Tahun 2012 iaitu masuk Tahun ke 3 bekerja.  Aku sangat bersyukur kerana SBPA tidak dapat dijalankan , sekurang-kurangnya Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah ditambah baik.   Harap-harap dengan kenaikan 13% dan COLA  naik memberikan kebaikan kepada semua pihak.

P/S  : Orang Bank pun dah telefon berdering-dering suruh buat Loan dan tambahkan hutang.   Hehe adatlah kerja kerajaan kan, tak berhutang bukan kerja kerajaan namanya, saja nak menyumbang dalam  Ekonomi negara Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...