Friday, January 18, 2013

JOZAN Juara Maharajalawak Mega 2013

5 peserta bertanding iaitu SHIRO, SAYWHO, JOZAN, JAMBU, BOBOI, 4 orang juri iaitu Lisa surihani, Najib Ali, Awie, Wulan Guritno. Pengacara majlis tetap iaitu AC MIZAL.




SAYWHO




JOZAN



JAMBU




SHIRO




WULAN GURITNO




AWIE




NAJIB ALI




LISA SURIHANI



AC MIZAL



No.1 JOZAN membawa pulang wang tunai RM500 ribu



No.2 JAMBU membawa pulanh wang tunai RM250 ribu



No.3 SHIRO



No.4 BOBOI



No.5 SAYWHO

posted from Bloggeroid

Sunday, November 25, 2012

(Gambar) Tahniah! Nabil dapat baby girl



Tahniah kepada pelawak Nabil dan isteri. Nabil kini sudah bergelar ayah setelah isteri melahirkan bayi perempuan yang sangat comel.

Sumber gambat : Facebook Afdlin Shauki

posted from Bloggeroid

Saturday, November 24, 2012

Istanbul Aku Datang ! OH saya sangat suka

Akibat keterujaan yang melampau menonton Filem Istanbul aku datang, membuatkan aku nak buat sikit ulasan yang menarik pasal filem ni. Memula tengok tajuk Istanbul Aku Datang macam tak best je. Aku tengok cerita ni sebab tereksiden berjalan tak tentu arah pergi lah cinema MBO di Heritage Mall Kota Tinggi yang baru dibuka.



Koleksi peribadi saya.    Bei 10 kebab Gratis 1 kebab.


Lepas tengok cerita ni terus rasa nak pergi Istanbul atau Turkey lah. Walaupun belum pergi sana tapi sekurang kurangya dah penah makan Doner kebab masa kat Austria. Santapan wajib huhuhu







 

Filem lakonan mantap Beto sebagai Harris, Tomok sebagai Azad dan lakonan super duper cute Lisa Surihani sebagai Dian. Sumpah! saya seakan jatuh cinta dengan watak Harris yang cool aje, kengkonon jual mahal, egois rupanya minat kat Dian lakonan Lisa hahahaha. Oh memang saya jatuh cinta sekali lagi :-). (dengan watak Harris).


SINOPSIS
Dian kekasih hati Azad yang sanggup mengharung perjalanan sejauh 8000km ke Istanbul dengan harapan kekasih hatinya nak proposed nya jadi isteri lah.

Memula Dian di Istanbul duduk serumah dengan Azad dan 2 lagi rakannya. Ijoi lakonan Aizat juga kawan Azad lakona Tomok. Malangnya Azad meminta Dian mencari rumah sewa sendiri. Dian cutie mutie keseorangan mencari rumah sewa dan akhirnya ditipu oleh seorang mamat turki ni bagi sewa rumah dengan membayar wang pendahuluan deposit 3 bulan sewa rumah.

sangat comel okay ! Lisa dan Turkey

Rupanya Dian ditipu dan rumah tu dah disewa oleh Mamat Malaysia jugak iaitu Harris. Nak cerita ringkas je lah, akhirnya kantol dengan Azad yang Dian serumah dengan seorang lelaki iaitu Harris. Harris dan Dian ke rumah Azad untuk menerangkan apa sebenarnya berlaku. Dalam pergelutan Azad dan Harris sebab Azad menuduh Dian jalang dan minah rewang. Tup tup datang minah turkey pon tumpang sekaki bergaduh dengan Dian yang digelar perempuan gila. Akhirnya minah turkey cakap Azad boyfriend dia. Pergggggg kalau aku jadi Dian memang sentap mak nak.

Dian buat keputusan nak balik Malaysia esoknya lepas l tu. Tapi Azad pujuk Dian nak kahwin dan balik Malaysia, sambung study Medic di Malaysia saja. Dian setuju.


Esoknya Dian blah dari rumah sewa macam tu je dengan Azad. Huh masa ni aku kecewa tau geram je Dian boleh maafkan Azad. Macam cerita cinta lain r hero lambat sikit. Harris terus berlari ke teksi yang nak bawak Dian dan Azad pergi. Harris tak bagi Dian pergi. Azad mintak Dian peluang ke 2. Harris pulak mintak Dian beri 1 peluang.

Yes! Dian beri 1 peluang kat Harris untuk memberikan cinta. ....dan mereka pun kahwin ke tunang ntah hehehehe.

Cerita kosong menarik dari saya:
1. Istanbul bandar ke 5 terbesar di dunia
2.kepadatan penduduk 50 juta orang
3.Sangat suka scene Beto guna trick takutkan Lisa kucing sebab nak halau Lisa
4. Kelakar tau masa Lisa makan Maggi Asam Laksa Beto
5. Kelakar jugak Lisa beriya iya nak pertahankan diri dan sangat konfiden je cakap Harris Gay hahahah
6. Insiden gaduh Lisa dan minah turkey, hahahha kepala Lisa kena aiskrim melekat macam tanduk dah
7. Pakaian Lisa yang sangat sweet, super duper cute
8. Romantik je masa Beto bawak Lisa jalan naik scooter. Sumpah! rasa nak suruh suami saya buat aksi camtu gak
sangattt comel !!

9. Sangat comel setiap kali Lisa update cerita peribadi kat blog " xoxo D, publish! " hehehe comel

p/s : walaupun saya tak pernah ke Istanbul atau Turkey. Tapi saya memang suka Doner Kebab makanan orang Turkey yang jadi santapan wajib saya di Austria suatu ketika tapi tak dulu lah heheheh












posted from Bloggeroid

Monday, November 19, 2012

Tahniah ! Diana Danielle sudah hamil Farid Kamil bakal bergelar ayah

Awal November lalu Farid Kamil (FK)  dan Diana Danielle (DD) melangsungkan pernikahan.  Tarikh pernikahan pada 3 November.  Dan berita menggembirakan DD telah mengupload picture di Instagram dan disahkan hamil iaitu menunjukkan 'pregnancy test' ada 2 line.

Tahniah ! Tahniah ! Seronok :-)




Wednesday, October 24, 2012

Apek Khairul fahmi bakal bernikah Disember ini




Desas desus yang mengatakan mereka bercinta kini disahkan bahawa Apek dan buah hatinya Leuniey bakal bernikah Disember Ini.
Menurut Harian Metro perkara Ini disahkan oleh Che Mat iaitu bapa Apek.

Mereka juga belum menetapkan tarikh yang tepat tetapi diantara 28 Disember hingga Januari. Majlis pertunangan dan pernikahan diadakan serentak pada hari Yang sama. No tunang tunang dulu. Memandangkan Apek dan Leuniey sudah ada pengalaman bertunang tapi tak jadi. Ini lah yang dikatakan bercinta, bertunang dengan orang lain tapi kahwin dengan orang lain.

Setelah beberapa gadis cantik yang dikaitkan dengan Apek antaranya bekas tunangnya Elia atau blogger 'JEJARI RUNCING' dan Dahlia Tech. Semoga jodoh Apek bekekalan bersama Leuniey yang juga model minyak wangi 'SIMPLYSITI'.

Sumber : Harian Metro, KOSMO!

posted from Bloggeroid

Saturday, October 20, 2012

(Gambar) Fasha Sandha dan perutnya

Fasha Sandha siapa yang tidak kenal ? cantik, anggun, menawan.  Bakal bergelar ibu setelah berkahwin dengan Toh Muda Rizal Ashram bekas suami Nora Danish.

Honestly, perempuan mengandung memang nampak comel kalau kena gayalah.  Kalau tak pandai jaga nampak double trouble selekeh.  Tapi saya suka tengok gambar-gambar Fasha Sandha mengandung ! Setakat ini sudah masuk fasa tremister ke 2 yeeeee.... Sangat cute ok.  

Gambar ini diambil dari facebook fan Fasha Sandha.  Facebook We love Fasha Sandha.  Selain tu boleh baca status Fasha Sandha yang sangat humble .. alah macam kita kita je dia buat status dan upload gambar kat Facebook.  Comel comel :-)

Baju di design oleh Sazzy Falak 













Pelajar bijak rekod sex dan upload di blog

Teknologi ni bagus bagi mereka yang menggunakan ke saluran yang betul.  Macam air longkang lah kalau masuk ke saliran yang betul mengalir lah ia dan tidak mendatangkan masalah.  Kalau air longkang tu tak masuk ke saliran yang betul memang komfim mendatangkan masalah kepada banyak pihak.

Sebelum mencoret lebih panjang nak tanya ... Ada tak pembaca di luar sana tergamak merakam adegan seks sendiri dan kemudian memuat naik ke laman web/ blog/ facebook/ youtube yang boleh ditotonton oleh orang serata dunia ?

Kalau tergamak ... nah amik ni !


Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee

Aktiviti seks suka sama suka 2 orang pelajar Malaysia  Alvin Tan Jye Yee rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang (bijak kan ? ) pemegang di NUS dan teman wanitanya Vivian Lee dilihat terlibat dalam beberapa perbuatan seks dalam laman blog “Sumptuous Erotica” milik mereka.


Dalam blog seks mereka, Lee dan Tan berkongsi gambar-gambar seks dan video yang menggambarkan pasangan tersebut dalam pelbagai aksi telanjang dan melakukan seks.
Imej-imej berbeza daripada potret artistik pasangan tersebut, untuk menutup kemaluan mereka.

Posting tersebut telah pun dipadam oleh pasangan itu, meninggalkan hanya halaman diarkibkan dengan posting sebelumnya sejak dari bulan 20 September sehingga 15 Oktober, akan tetapi gambar-gambar dan video dari blog itu telah pun diedarkan oleh laman "Gutter Uncensored".

Sumber : The Malaysian Insider . Google . Yahoo !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...