Thursday, August 11, 2011

Kerana tandatangan Mamat Sepah , Fida jatuh cinta


11 Ogos "Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.


 Wow romantiknya kenyataan Fida!!!!



Fida ni memang kecik molek, anggun aja.  Tup-tup dapat tahu dia couple dengan mamat sepah.  Secocok kot?  Ingatkan Fida bercinta dengan Azwan Melodi masa tengok Bang-bang Boom siap boleh meminang olok-olok lagi.  Mungkin Azwan Melodi Bang Bang Boom kan Fida sebab Fida pun suka melawak gak kot.

Ada satu lagi sebab yang membuatkan Fida jatuh hati dengan Mamat sepah ni.  Sebabnya ialah:

Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."
"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.


Kata Fida untuk mengikat tali pertunangan atau perkahwinan agak awal lagi.  Lagipun masing-masing sibuk nak cari tapak dalam industri hiburan.  Apa pun doakan yang terbaik untuk mereka berdua.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...