Friday, January 3, 2014

Gila sebentar dengan ros jepun atau pokok sepuluh pagi

Bismillah...  Assalamualaikum w.b.t 

 Hai readers and follower blog saya, siapa pun anda saya ucapkan terima kasih kerana sudi jadi pembaca blog saya yang tak seberapa. Hari ni nak cerita tentang kegilaan melihat dan baru berjinak menanam ros jepun atau pokok pukul 10.
ros jepun atau pokok sepuluh pagi di rumah saya
Semenjak baru pindah di rumah sendiri baru lah rasa nak berjinak jinak dengan halaman rumah, tanam pokok sendiri.  Paham tak maksud saya baru nak berjinak jinak hehehe , maksudnya lebih kurang 'buah cempedak diluar pagar , ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Pokok ros jepun atau nama lainnya pokok pukul 10, bunga pukul 10 dan kembang petang, japenese rose (ikut masing-masing nak panggil apa).  dari kecik mak saya ajar ini pokok 'pukul 10'.  Tak kisah lah apa pun nama nya , nama saintifik 'portulaca grandiflora'.  Apa yang anda perlu tahu :

-Pokok bunga ni akan berkembang jam 10 pagi, petang akan kuncup dan akan kembang semula pada 10 pagi keesokan harinya.  
-Warna yang ada pink, merah tua, kuning, putih, ungu dan jingga.  
-Cara nak biak kan pokok bunga ni dengan cara keratan batang atau potong pada akar tumbuh. 
- Bunga akan menjadi lebih  kembang jika terdedah dengan matahari dengan banyak.
-untuk  sentiasa nampak rapi dan cun batang yang dah mati perlu dibuang dan sering gembur tanah untuk pastikan kesuburan pokok

Ok, hari ni sabtu hari bercuti.  So, terlebih rajin dan masa kemas kemas nampak pasu kosong kat belakang rumah.  Tanah yang dibeli di nurseri 3 beg RM5 pun masih ada bakinya.

Pasu yang lama terbengkalai

Tanah yang dibeli di nurseri 3 beg RM5.  Murahkan ?

Tapi bunga tak ada.  Dengan perasaan kurang malu hehe ... pergi rumah jiran yang rajin tanam pokok bunga dan baik hati dengan tak malunya mintak pokok pukul 10.  Alhamdulillah kata orang langkah kanan dan rezeki berpihak pada saya.  Kak Masyirah nama nya dia bagi saya se bundle pokok 10 pagi. Terima kasih kak semoga Allah membalasnya dengan menjadikan taman akak subur dan kesihatan tubuh badan untuk hias taman. Amin 

Dah dapat keratan batang pokok pukul 10 atau ros jepun balik rumah terus tanam dalam pasu.  Mula mula masukkan tanah dalam pasu lepastu cucukkan saja keratan batang pokok pukul 10 di tanah tadi dan siram.  Senangkan ?


Keratan batang pokok pukul 10 yang diberi oleh jiran
Pasu letak tanah dan cucuk saja keratan pokok pukul 10 senang kan ?
Pokok pukul 10 atau ros jepun yang ditanam sebulan lepas juga pemberian jiran baik hati (kak masyirah)
Hasil tanaman sebulan lepas.  Agak agak  menjadi tak ?


Hasil tanaman sebulan yang lepas




tengok ni banyak nya pokok pukul 10 yang ditanam.  Menggiurkan betul tak ?
Ni bukan pokok di rumah saya, ni rumah jiran saya Pak Long dan Maklong.


Ok , setakat ini saja coretan saya kalau ada kesilapan tips yang diberi maafkan saya ye saya budak baru berjinak jinak tanam pokok bunga.  Assalamulaikum ... adiosss c ya !!!









Thursday, January 2, 2014

Apa jadi kalau lewat perbaharui lesen memandu

Assalamualaikum w.b.t
Salam tahun baru 2014.  Kali ni nak update pasal lesen memandu pulak.  Huiii tragis ceritanya.  Mesti korang pembaca pernah dengar kan kerajaan telah memperkenalkan dasar baru iaitu lesen memandu akan diperbaharui dan tamat tenpoh pada tarikh hari lahir , kalau tak silap pengumumannya pada tahun 2013.. tapi saya pasti mesti ramai yang akan terlupa untuk renew lesen memandu diaebabkan dasar baru ni tak kurang juga yang kata lagi senang nak ingat.

Ok  saya lahir 2 November dan automatik lesen memandu akan tamat tempoh pada 2 November.  Nak dijadikan cerita pada tarikh 2 November 2013 saya sangat sangat terlupa nak perbaharui lesen memandu dan tanpa rasa bersalah saya memandu kereta dari tarikh 2 November 2013 hingga 1 Januari 2014 dengan lesen memandu tamat tempoh.  Macam mana boleh lupa renew?  Biasalah selagi tak jumpa roadblock polis / JPJ yg mintak lesen memandu memang sampai sudah lah berkulat lesen memandu dalam dompet tu.



Tahun baru,  azam baru lah kan.  Pada 1. 1. 2014 saya buat sikit 5S kat dompet so terkejut beruk lah selama hampir 2 bulan saya memandu dengan lesen mati.  Terus tanpa berlengah lagi pergi pejabat pos untuk renew lesen.  Tahu apa jadi?  Menurut abang pejabat pos tu. .. kalau kita lewat perbaharui lesen memandu,  automatik kita kena perbaharui lesen untuk 2 tahun terus. no choice untuk kita renew lesen untuk tempoh setahun.  Oh!  terkejut jugak lah ada pulak automatik renew 2 tahun terus. .tiada pilihan.  So, hari tu terpaksa lah renew untuk 2 tahun sebanyak RM62.  Takpe lah. . tapi terpikir jugak kalau yang nak guna duit , tahun baru anak nak ke sekolah lagi memang tak renew lesen lah jadi nya.  Bagi saya its okay. ..



Lesen yang direnew pada 1.1.2014 akan tamat tempoh pada 2.11.2015.  Harap harap pada tarikh 2.11.2015 saya tak terlupa lagi nak renew lesen memandu.   Ok, so kawan kawan sila cek lesen memandu kot kot anda senasib macam saya.  Heheheh  ok, boleh layan gambar di bawah... adiossss c ya readers
ok semua sekali RM62 renew lesen memandu tempoh 2 tahun

huh dah renew dah.  Expired 2-11- 2015



Wednesday, January 1, 2014

Bonus 2013 Kakitangan awam

Assalamualaikum w.b.t

Salam tahun baru 2014.  Pembukaan tahun baru ni saya nak update berkenaan duit, wang, money siapa yang tak suka kan? . Tapi ini duit kepada kakitangan kerajaan atau orang kampung cakap kerja gomen.
Sepertimana Perdana Menteri Malaysia umumkan kakitangan kerajaan akan di bayar bonus setengah bulan gaji.

Ok, siapa yang kerja kerajaan tu dah boleh cek di laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di www.anm.gov.my atau pun kalau dah tak sabar sangat boleh lah cek encik rimau mengaum atau bank bank yang sewaktu dengannya,  tapi komfem belum ada sebab kalau tak silap akan di bayar pada 2 Januari 2014.

Saya dah cek dan betullah saya dibayar bonus setengah bulan gaji.  Alhamdulillah pembukaan tahun 2014 yang amat menyamankan. . Heh boleh gitu.  Jom lah tengok gambar di bawah. .. gaji saya?  rahsia kerajaan okey :-)   :-)

Friday, October 25, 2013

Isu Halal Mcdonalds

hai. ... lama tak update di blog saya. Harap readers dan followers ternanti nanti lah buah idea saya  ceewaaaahhh.

Ok, saya nak bangkitkan 1 isu ni.  Rasanya isu ni agak lapuk tapi tak apa saya nak jelaskan juga disebabkan ramai yang masih konfius.
Isu halal haram Mcdonalds ni da lama since masa saya kecik kecik lagi dah timbul isu halal haram ni.

Ok,  tak payah cerita oanjang lebar. Pada september 2013 pihak jakim telah menjelaskan bahawa sijil dan status halal Mcdonalds tidak pernah digantung atau di tarik balik. Terlibat sama secret recipe, The chicken rice shop.  Gambar di bawah di screen capture dari laman web halal www.halal.gov.my

Walaupun disahkan halal oleh badan berwajib satu isu nya Mcdonalds dikatakan ada kaitan dengan zionis israel.  Ok, yang itu saya tak mahu kupas sebab saya belum cukup ilmu untuk membuka hujah berkaitan.

Tepuk dada tanya selera.

Tuesday, July 16, 2013

(TERKINI ) PRODUK KOSMETIK YANG DIBATAL NOTIFIKASI DAN MENGANDUNGI BAHAN BERBAHAYA JULAI 2013

Hai semua. ....  salam Ramadhan.  Malam malam macam ni ada idea pulak nak update status.  Disebabkan layan Facebook dan tengok banyak gileerrr bukan banyak tapi banyak gileerr produk kosmetik, kesihatan yang dijual oleh peniaga segera.  Testimoni yang dipaparkan sangat berjaya lah. ...  entah entah pakai teknik camera360 atau perfect 365 kottt  , kalau tak tak tau apa dia try search kat google play store.

Ok,  saya layan laman web rasmi jabatan farmaseutikal malaysia dan terkini sehingga JULAI 2013 ada 4 senarai produk baru yang diupdate mengandungi bahan kimia terlarang/ racun berjadual yang boleh mengakibatkan keaan advers teruk.

Antaranya, natural 99 dan SF beauty night cream dan SF Beauty day cream.   Dibawah disertakan senarai yang telah diupdate sehingga JULAI 2013.  Kalau nak tahu senarai dari 2010 -2012 boleh cek di entry saya sebelum ni yang mana entry ni sangat popular dan banyak pelawat di blog saya.

Friday, July 5, 2013

Apa ada pada nama?

Assalamualaikum. ..hi followers. ..nampaknya lama saya tak update di blog ni. Hari ni rajin nak update sebab saya ada idea lepas tengok baby adik ipar saya. Semua nya berkait dengan nama.....

Izinkan saya bercerita. Mintak maaf kalau cerita ini mengguris dan menghiris hati dan perasaan readers. .ceeewaaahhh.

Nama saya Nur Ifadah. Maksud Nur ialah cahaya. Macamana pula dengan maksud Ifadah. Dulu saya sekolah agama saya dan di dalam kitab Ibadat ada disebut rukun haji iaitu 'Tawaf IFADAH '. Kini, baru lah saya nak sibuk sibuk cari makna di sebalik nama saya.

Ok sekarang kita lihat dulu maksud TAWAF iaitu mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali. 3 putaran pertama, lari lari kecil (jika mungkin ) dan selanjutnya berjalan biasa. Tawaf dimulai berakhir di Hajar Aswad (tempat batu hitam) dengan menjadikan baitullah di sebelah kiri.


sumber: google

Sekarang lihat pula maksud TAWAF IFADAH iaitu salah satu rukun haji yang harus dilaksanakan sendiri jika tidak hajinya terbatal. Tawaf ini disebut juga tawaf ziarah dan tawaf rukun.

sumber: google

OK, melalui pengertian tawaf dan tawaf ifadah. ... saya dapat tafsir dan buat kesimpulan maksud nama saya dan tawaf IFADAH. Selain ia berbentuk keislaman dan of course lah ada maksud. ..lagi 1 yang most important kaitannya ialah tawaf seperti kita mengelilingi. Bagi nampak jelas, dulu waktu sekolah, kawan kawan yang suka berjalan dan pusing 1 sekolah, kita selalu mengajukan soalan, " kau dah habis tawaf satu sekolah?". Saya bukan nak buat main main perkataan tawaf tetapi saya kaitkan perkataan tawaf tu dengan diri saya.

Kaitan nama saya IFADAH dan TAWAF IFADAH saya simpulkan saya seorang yang kuat berjalan dan setakat ini Alhamdulillah saya tak pernah rasa jemu dan penat. Suami saya ada menegur saya kuat berjalan dan dia pun mengaitkan tawaf ifadah dan, nama saya sendiri IFADAH.  Ya lah , untuk melaksanakan tawaf pun kita memerlukan kudrat dan kekuatan kaki untuk mengelilingi kaabah 7 kali. Saya pasti nama ifadah itu menjadikan saya larat berjalan dan kudrat yang Alhamdulillah bagi saya.  Bukan riak, tapi ada kaitannya.

Contoh, kita memanggil sesorang dengan nama 'lembap' atau 'dungu' ... walaupun nama sebenar berbeza tetapi gelaran yang telah diberikan akan menjadikan seseorang itu berpewatakan seperti namanya.

Kebetulan pula saya orang JOHOR dan suami orang PENANG. Walaupun utara dan selatan kami telah membuatkan seolah olah johor dan penang adalah jiran dan duduk bersebelahan. Apa yang saya boleh katakan nama saya dan perwatakan saya ada kaitan iaitu suka mengelilingi dunia. .. ceh dunia tu. .tak kisah lah dalam atau luar negara.


ke wang kelian dan satun Thailand



melawat desa cattle di kundasang, sabah



msa ni nak pergi kenduri kahwin kawan saya di Johor. dan of course saya orang johor.


Pulau pinang dan suami saya memang orang utara.



masa ni pergi kenduri kahwin di perak.



makan cendol di selangor.



masa ni tahun 1 oct 2011 di German.



masa ni pulak di China. walaupun macam eiffel tower tapi ni hanya replika di china. disember 2011



Austria.



venice, italy.



masa ni di Melaka.

Cukuplah tu koleksi gambar saya. Dulu nya saya tak suka dengan nama saya sendiri. Tapi semakin dewasa saya berbangga dan terima kasih pada mak dan papa kerana menamakan saya dengan nama NUR IFADAH. Yang pastinya pembawakan nama saya ialah saya seorang yang kuat berjalan, meronda, bersiar siar, makan angin dan saya bersyukur kerana Allah memberi saya kudrat dan syukur tidak penant dan kalau penat pun diatasi dengan baik.

Cukup sampai sini. jumpa lagi see yaaaaa! !!
posted from Bloggeroid

Friday, April 12, 2013

Pengalaman ngeri berhadapan jurujual belagak

Hai everybody my followers. ... (ada ke? ?)

Pernahkah anda ke kedai/ butik/restoran? Pernahkah anda dilayan seperti anjing /kucing kurap di tempat tersebut? Pernahkah anda dilayan seperti pengemis yang meminta sedakah?
Kalau anda tidak pernah tak apa, tapi saya pernah. Sangat sadis dan menikam kalbu pengalaman saya. Saya adalah pengguna setia perfume The body shop (sebelum kejadian dilayan bagai kucing kurap). Izinkan saya bercerita dengan panjang lebar.

Pada suatu hari iaitu penghulu segala hari, hari jumaat, saya dan adik berjalan jalan di sunway carnival. Saja saja window shopping. Tetiba je teringat perfume dah nyawa nyawa ikan. Dengan teruja nak membeli perfume bodyshop saya pun masuk ke kedai body shop di sunway carnival, seberang jaya, pulau pinang.



Saya pakai perfume cherry blossom tapi teringin nak tukar angin pulak, tukar haruman lain. Saya memang peminat setia "oceanus" dari The bodyshop tapi malangnya production oceanus sudah di hentikan. Dan perbualan saya dengan salesgirl disitu, " Miss, saya nak tanya, perfum oceanus................ " dan... belum sempat saya bertanya salesgirl tu jawab " discontinue" . Eh, aku ni mimpi ke, rasanya belum habis soalan aku dan dia menjawap dengan kurang hajo nya, "discontinue" . Saya pun buat-buat tak dengar dan inginkan kepastian dan tanya lagi, " emmmmm oceanus dah.........." belum habis tanya dia jawab " discontinue" . Dan... hampir 6 kali dia cakap perkataan "discontinue" berulang-ulang, sambil bijik matanya dibesar-besarkan dan dijegil-jegilkan. Macam lah aku ni hantu, mata dia duk tebeliak beliak tengok aku. Eh! apahal minah ni meroyan ke apa (aku cakap dalam hati)

Tak pe lah aku sabar lagi. Dan aku tanya, " miss tester........" belum sempat habis aku tanya, dia menudingkan jari ke arah meja didepan pintu masuk bodyshop sambil mengarahkan aku dengan bahasa Inggerisnya lah konon. Saya pun ke situ, tanpa mendapat layanan aku pun test lah tester kat tangan, dan dia sound dalam bahasa inggeris lagi, dalam bahasa melayu nya, " Nak spray perfume guna kertas yg disediakan". Sepatutnya aku customer dia yg melayan saya, bukan saya sembur tester endiri.


Hati dah membengkak. Heyyy ingat aku tak ada duit ke nak beli setakat perfume The body shop (cakap dalam hati lagi). Akhirnya tanpa beli apa-apa, aku masih berbudi bahasa, "Ok, miss Thank you" ... Balasan yang aku dapat? Hanya jelingan dan muka masam...... ..... Ish aku rasa mental lah salesgirl tu atau mungkin bapak dia punya kedai kot.


Dan akhirnya... akibat kegeraman, saya pun email lah aduan di e-mail The body shop dengan tajuk e-mail " LAYANAN KURANG SOPAN STAFF BODY SHOP". Inilah emailnya :



Dan.... akhirnya pihak The body shop membalas email ketidakpuasanhatiku. Pihak The body shop di dalam emailnya memberitahu yang dia dah latih staff dia bagaimana layan pelanggan. Eh! ye ke? ? Aku rasa perempuan yang sorang ni mungkin mengalami masalah kekejangan otot akibat period kotttt. Think positive je. Berikut email balasan dari The body shop :



MORAL BEHIND THE STORY, kalau korang dilayan seperti pengemis di butik/ kedai/restoran, buat sahaja aduan. Sekarang kan zaman canggih, cari je alamat/ email/facebook/ nombor telefon untuk buat aduan kepada pihak atasan mereka. Bukan nak tutup periuk nasi mereka, cuma beringatlah buat baik di balas baik. Dan. ... Pastikan anda tengok namanya kalau dia pakai tanda nama. Lagi satu kalau di layan kurang sopan dalam telefin, tanya lah nama yang bercakap dalam telefon sebab senang nak buat aduan.

P/S : Tak beli dah perfume The body shop. Setiap kali lalu di depan kedai nya aku jadi fobia dan tak hingin jejak kan kaki di situ lalu pun tak nak dah. Tengok pun muak tekak.

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...