Saturday, April 5, 2014

JEPUN! AKU DATANG : PERBAHARUI PASSPORT

Hai assalamualaikum. ..lama tak berblog,  hari ni saya ada 30%je rajim nak update tentang kisah renew/perbaharui passport Malaysia. Memandangkan nak ke luar negara,  cek passport alamak! !!! dah expired date... so nak tak nak kena lah renew passport.

9 mac 2014 hari ahad saya bercuti kerja di negeri pulau pinang. Apa yang untungnya Negeri jiran, kedah kerja macam biasa hari Ahad. So tanpa berlengah lagi pukul 7.15 pagi terus ke kulim, kedah.  Sampai sampai orang dah macam ulat taik banyaknya siap beratur di luar.  Alamak!  baru teringat nak buat passport sekarang kena guna gambar berlatar belakang putih , so...terus ke kedai gambar tak sampai 10 minit gambar siap! 

Terus ke jabatan imegresen alamak nombor sudah habis baru pukul 8 pagi kot!  Terus memecut ke sungai petani, kedah jarak dari kulim dalam 40 kilometer lebih kot.  Sampai je sungai petani cari wisma keladi ...alamak dah lupa bangunan wisma keladi kat mana , ye lah ekali je kot sampai tu pun suami yang drive si isteri kat sebelah main smartphone.   Pusing punya pusing, salah masuk jalan , u -turn...silap jalan jangan cakap lah berapa kali tetap ku gagahkan jua.  Last last jumpa wisma keladi tanpa disedari tapi masalah lain iaitu tak ada parking.. kat sini parking memang sangat susah, polis trafik standby je nak bagi surat cinta kalau parking ikut suka.  tak ada cara lain, terus  Berhenti depan kedai uncle tukang jahit dan dia tunjuk mana mau cari parking.  Ke depan sikit ada parking dekat ngan Bank Rakyat kot. 

Parking dan terus jalan kaki ke wisma keladi, naik lif tingkat 3 atau 4 tak ingat sangat.  Jam 10.48 pagi dapat nombor tapi mak aihhhh lama nya kena tunggu, ramainya orang.  Tak kesah lah dah keluar rumah pagi pagi, jadi urusan mesti kasi settle.  Renew untuk 2 tahun je RM100 kalau 5 tahun RM300,  bagi yang malas nak berurusan di jabatan imegresen bolehlah renew 5 tahun terus.  Siapa yang pernah berurusan passport mesti tau kan betapa jerih perihnya hari buat passport,  pastikan anda ruangkan 1 hari untuk renew passport.

Nombor di panggil.  Bayar RM100 dan tunggu untuk kutip passport pada jam 2.15 petang.  Tu diaaaa  dapat nombor 10.48 pagi, buat bayaran 1.15 petang,  kutip passport 2.15 petang sejam selepas bayaran.  Kadang terfikur ada tak mekanisme lain yang boleh cepatkan proses buat atau renew passport ni.  Kadang kesian tengok makcik, pakcik, nenek, atok yang nak renew passport uruskan pasal umrah.  Memang ada kaunter khas tapi bagi pelanggan yang ada masalah kesihatan, baby, ibu bapa yang nak buat passport untuk baby kesian tengok tau...dah macam suasana klinik, bayi atau anak kecil nangis sebab terlalu lama tunggu mak ayah mereka. Haaaa bebel dah pulak,... hehehe

So, bayaran RM100,  10.48 pagi dapat nombor, 2.15 dapat passport.  Som selesailah urusan saya untuk renew passport.  In sha Allah kerja renew paasport ni kalau umur panjang komfirm ini lah kitarannya.  Oh,  passport malaysia sekarang dah siap ada cip tau. 

Ok di bawah, gambar passport lama (background biru), passport baru (background putih dan gambar pon hitam putih).  Sesiapa yang nak renew passport pastikan ye tipsnya :
1. keluar rumah awal pagi,  7.30 pagi mesti dah ada depan imegresen
2. bawak kad pengenalan
3. Sedakan wang yang mencukupi
4. Bawak lah bekalan air/makanan ringan je sebab ke luar rumah komfirm belum breakfast
5. Bawak smartphone yang full bateri (standby power bank) / bahan bacaan supaya tak boring

Tuesday, March 4, 2014

Suami sanggup sambut birthday isteri di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Assalamualaikum w.b.t  hai readers, hai followers....
Entri kali ni nampak jiwang kan ? nampak macam saya sorang je ada suami kan ?  Bukan,sebenarnya saya ada sorang  suami je...paham tak ? tak paham tak apa...hihi


Kisah hari lahir saya yang terindah dalam tempoh 2 tahun perkahwinan, sebabnya ia disambut bukan dirumah tapi di atas puncak kayangan beratus ratus kilometer dari rumah, naik bukit turun bukit, naik lagi ..jalan bengkang bengkok berliku sungguh jalan nak sambut birthday sang isteri oleh sang suami.  Tak apa lah bak kata orang bercinta, lautan api sanggup direnangi inikan pula jalan tar.

Di bawah ini kronologi perjalanan ke Bukit Tinggi.

1. Birthday saya 2 November.  Cerita ni November 2013 (tahun lepas, agak agak dah basi ke belum?).
Cerita nya bermula pada 2 November dalam tengahari kami bertolak dari rumah dan ambil tiket tol di Plaza Juru, Pulau Pinang.  Perjalanan diteruskan ke lebuhraya PLUS.  Kemudian exit di Tanjung Malim, Perak dan tol berharga RM34.30.


2.Keluar tol, belok kanan dalam 28km (ikut Tg. Malam - Kuala Kubu Baru).   Bukit Tinggi dalam 84km lagi.Teruskan perjalanan (Kuala Kubu Baru ke  Batang Kali)

3.Belok kiri dlm (ada signboard ulu yam, Genting Highland)1.9km. Terus lagi

4. Jumpa roundbout , masa ni jalan bengkang bengkok dan telinga bedesing sebab memanjat bukit. Jalan lama untuk ke Genting Highland.


6.Selepas terus, akan jumpa Balai Polis Batang Kali

7.Terus sedikit, akan jumpa pulak Balai Polis Goh Tong Jaya.  Seterusnya akan jumpa Genting Highland.  Kemudian kita akan turun dari Genting Highland untuk ke Lebuhraya Karak.

7. Jumpa lagi roundbout 1st exit ke Lebuhraya karak

8.Masuk ke Lebuhraya karak, dan susur ke kiri ke Genting Sempah, jangan risau masa ni anda akan jumpa Signboard Bukit Tinggi. Teruskan perjalanan dalam 14km lebih kurang selama 15 minit.

9.Anda akan jumpa signdoard Beverly Hills dan ambil susur kiri.. kemudian teruskan perjalanan sahaja dan jumpa dengan pos pengawal . Teruskan perjalanan untuk mendaki bukit dalam sejauh 6.4km agak bengkang bengkok jalannya.  Teruskan perjalanan dan sekali lagi jumpa pos pengawal dan perlu membayar wang dalam RM12 untuk ke Colmar Tropicale.


kalau anda follow saja laluan yg diberi , in Sha Allah tak sesat, yg penting ikut saja Lebuhraya Karak dan signboard Bukit Tinggi follow saja.

Ok, kami sampai dalam pukul 6 lebih camtu , kami ambil tiket di pos pengawal , dan terus ke colmar Tropicale untuk cari bilik hotel kosong.  Malangnya bilik yang harga 200 ringgit dah habis yang tinggal hanya RM400. So, kami tanya pada staff colmar dan dia suggestkan di Berjaya Hills Resort dengan bilik semalaman harga RM169.20.  So, kami terus ke sana dan check in.


Malam tu dari Bejaya Hills Resort ke Colmar Tropicale untuk sambut birthday ecececece.  Dalam 3 kilometer je. kami bersiar siar ,apa yang menarik tengok keindahan colmar tropicale dan ada lah dihujung sekali ada funfair sikit main ceduk ceduk itik. Sambut birthday Special sangat tau makan pizza je lah. Sambil bersembang sembang kosong dan ditiup angin sepoi sepoi bahasa dan hawa dingin. Romantik gitu cuma tak pasang lilin jer.  Lepas makan, kami tengok persembahan akrobatik dari negara China.  Masa tengok persembahan tu hujan pun turun dengan lebatnya.  Nampak tak macam cerita romantik hindustan cuma tak golek golek dalam hujan je.  So, kami berteduh dan reda sikit baru balik bilik.  Malam tu tidur pun tak pasang kipas, sejuk sangat.







Esok pagi nya, pagi pagi yang sejuk lagi kami breakfast di cafe Berjaya Hills Resort sebab dapat breakfast free.  Lepas makan kami mandi swimming pool. Ok, lepastu kami check out untuk ke Colmar Tropicale Resort.


Kemudian, baru ke Colmar Tropicale Resort.  Jangan ingat tempat ni sejuk tau, sama je macam kat bawah cuma angin nya sesekali bertiup rasa sejuk sikit.






Lepas berjalan di Colmar kami ke Japanese Garden dengan menaiki shuttle yang disediakan. Cuaca di sini lebih sejuk dari di Colmar Tropicale. Di Japanese Garden ada rumah jepun bolehlah pakai kimono. Ada jugak Botanical Garden, Restoran Jepun. Nasihat saya, kalau bawak orang tua yang sakit lutut jangan naik shuttle, sebab lepas turun shuttle kita akan mendaki anak tangga yang tinggi dan jalan tar yang cerun... letih wooo.  Air mineral wajib bawa sebab di Japanese Garden kita akan haus sebab banyak berjalan dan mendaki tangga yang tinggi. Lagipun air mineral botol kecik kalau di bawah harga 50 sen, kat atas ni harga sampai 4 ringgit.



Kemudian, kami ke Horse Trails untuk menunggang kuda.  Tiket untuk seorang RM25.  Trek nya dalam 2km , kita naik kuda dan tali nya dipegang oleh pekerja mereka (bangla kot).



Lepas tu kami turun dan ke Rabbit Park , sekali masuk RM3.  Di sini ada arnab dan rusa yang boleh dipegang dengan manja.  Ada juga keldai yang boleh ditunggang untuk budak kecik je lah.



Itu lah aktiviti kami sepanjang menyambut birthday di Bukit Tinggi.  Sambut birthday lah sangat sebenarnya saja je nak berjalan waktu cuti.  Selepas itu, saya dan suami turun dari Bukit Tinggi dalam jam 3 petang dan terus ke Kuala Lumpur.  Ok, akan datang kami akan update trip kami.  Bye bye see ya.

Apa tarikan di Bukit Tinggi?
1. Semestinya Colmar Tropicale Resort yang bangunannya diinspirasikan dari sebuah perkampungan di Perancis.
2.Rabbit Park sekali masuk RM3. Banyak arnab dan rusa yang boleh dipegang manja. Ada juga keldai yang boleh naik untuk budak budak je lah.
3.Japenese garden di atas puncak , disediakan shuttle untuk naik ke atas..  Aktiviti di Japanese Garden bolehlah pakai kimono feeling feeling orang jepun.  .  Ada juga Botanical Garden yang banyak tumbuhan hutan.
4. Menunggang kuda di Horse trails, kena bayar dalam RM25 seorang.

Friday, January 3, 2014

Gila sebentar dengan ros jepun atau pokok sepuluh pagi

Bismillah...  Assalamualaikum w.b.t 

 Hai readers and follower blog saya, siapa pun anda saya ucapkan terima kasih kerana sudi jadi pembaca blog saya yang tak seberapa. Hari ni nak cerita tentang kegilaan melihat dan baru berjinak menanam ros jepun atau pokok pukul 10.
ros jepun atau pokok sepuluh pagi di rumah saya
Semenjak baru pindah di rumah sendiri baru lah rasa nak berjinak jinak dengan halaman rumah, tanam pokok sendiri.  Paham tak maksud saya baru nak berjinak jinak hehehe , maksudnya lebih kurang 'buah cempedak diluar pagar , ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Pokok ros jepun atau nama lainnya pokok pukul 10, bunga pukul 10 dan kembang petang, japenese rose (ikut masing-masing nak panggil apa).  dari kecik mak saya ajar ini pokok 'pukul 10'.  Tak kisah lah apa pun nama nya , nama saintifik 'portulaca grandiflora'.  Apa yang anda perlu tahu :

-Pokok bunga ni akan berkembang jam 10 pagi, petang akan kuncup dan akan kembang semula pada 10 pagi keesokan harinya.  
-Warna yang ada pink, merah tua, kuning, putih, ungu dan jingga.  
-Cara nak biak kan pokok bunga ni dengan cara keratan batang atau potong pada akar tumbuh. 
- Bunga akan menjadi lebih  kembang jika terdedah dengan matahari dengan banyak.
-untuk  sentiasa nampak rapi dan cun batang yang dah mati perlu dibuang dan sering gembur tanah untuk pastikan kesuburan pokok

Ok, hari ni sabtu hari bercuti.  So, terlebih rajin dan masa kemas kemas nampak pasu kosong kat belakang rumah.  Tanah yang dibeli di nurseri 3 beg RM5 pun masih ada bakinya.

Pasu yang lama terbengkalai

Tanah yang dibeli di nurseri 3 beg RM5.  Murahkan ?

Tapi bunga tak ada.  Dengan perasaan kurang malu hehe ... pergi rumah jiran yang rajin tanam pokok bunga dan baik hati dengan tak malunya mintak pokok pukul 10.  Alhamdulillah kata orang langkah kanan dan rezeki berpihak pada saya.  Kak Masyirah nama nya dia bagi saya se bundle pokok 10 pagi. Terima kasih kak semoga Allah membalasnya dengan menjadikan taman akak subur dan kesihatan tubuh badan untuk hias taman. Amin 

Dah dapat keratan batang pokok pukul 10 atau ros jepun balik rumah terus tanam dalam pasu.  Mula mula masukkan tanah dalam pasu lepastu cucukkan saja keratan batang pokok pukul 10 di tanah tadi dan siram.  Senangkan ?


Keratan batang pokok pukul 10 yang diberi oleh jiran
Pasu letak tanah dan cucuk saja keratan pokok pukul 10 senang kan ?
Pokok pukul 10 atau ros jepun yang ditanam sebulan lepas juga pemberian jiran baik hati (kak masyirah)
Hasil tanaman sebulan lepas.  Agak agak  menjadi tak ?


Hasil tanaman sebulan yang lepas




tengok ni banyak nya pokok pukul 10 yang ditanam.  Menggiurkan betul tak ?
Ni bukan pokok di rumah saya, ni rumah jiran saya Pak Long dan Maklong.


Ok , setakat ini saja coretan saya kalau ada kesilapan tips yang diberi maafkan saya ye saya budak baru berjinak jinak tanam pokok bunga.  Assalamulaikum ... adiosss c ya !!!









Thursday, January 2, 2014

Apa jadi kalau lewat perbaharui lesen memandu

Assalamualaikum w.b.t
Salam tahun baru 2014.  Kali ni nak update pasal lesen memandu pulak.  Huiii tragis ceritanya.  Mesti korang pembaca pernah dengar kan kerajaan telah memperkenalkan dasar baru iaitu lesen memandu akan diperbaharui dan tamat tenpoh pada tarikh hari lahir , kalau tak silap pengumumannya pada tahun 2013.. tapi saya pasti mesti ramai yang akan terlupa untuk renew lesen memandu diaebabkan dasar baru ni tak kurang juga yang kata lagi senang nak ingat.

Ok  saya lahir 2 November dan automatik lesen memandu akan tamat tempoh pada 2 November.  Nak dijadikan cerita pada tarikh 2 November 2013 saya sangat sangat terlupa nak perbaharui lesen memandu dan tanpa rasa bersalah saya memandu kereta dari tarikh 2 November 2013 hingga 1 Januari 2014 dengan lesen memandu tamat tempoh.  Macam mana boleh lupa renew?  Biasalah selagi tak jumpa roadblock polis / JPJ yg mintak lesen memandu memang sampai sudah lah berkulat lesen memandu dalam dompet tu.



Tahun baru,  azam baru lah kan.  Pada 1. 1. 2014 saya buat sikit 5S kat dompet so terkejut beruk lah selama hampir 2 bulan saya memandu dengan lesen mati.  Terus tanpa berlengah lagi pergi pejabat pos untuk renew lesen.  Tahu apa jadi?  Menurut abang pejabat pos tu. .. kalau kita lewat perbaharui lesen memandu,  automatik kita kena perbaharui lesen untuk 2 tahun terus. no choice untuk kita renew lesen untuk tempoh setahun.  Oh!  terkejut jugak lah ada pulak automatik renew 2 tahun terus. .tiada pilihan.  So, hari tu terpaksa lah renew untuk 2 tahun sebanyak RM62.  Takpe lah. . tapi terpikir jugak kalau yang nak guna duit , tahun baru anak nak ke sekolah lagi memang tak renew lesen lah jadi nya.  Bagi saya its okay. ..



Lesen yang direnew pada 1.1.2014 akan tamat tempoh pada 2.11.2015.  Harap harap pada tarikh 2.11.2015 saya tak terlupa lagi nak renew lesen memandu.   Ok, so kawan kawan sila cek lesen memandu kot kot anda senasib macam saya.  Heheheh  ok, boleh layan gambar di bawah... adiossss c ya readers
ok semua sekali RM62 renew lesen memandu tempoh 2 tahun

huh dah renew dah.  Expired 2-11- 2015



Wednesday, January 1, 2014

Bonus 2013 Kakitangan awam

Assalamualaikum w.b.t

Salam tahun baru 2014.  Pembukaan tahun baru ni saya nak update berkenaan duit, wang, money siapa yang tak suka kan? . Tapi ini duit kepada kakitangan kerajaan atau orang kampung cakap kerja gomen.
Sepertimana Perdana Menteri Malaysia umumkan kakitangan kerajaan akan di bayar bonus setengah bulan gaji.

Ok, siapa yang kerja kerajaan tu dah boleh cek di laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di www.anm.gov.my atau pun kalau dah tak sabar sangat boleh lah cek encik rimau mengaum atau bank bank yang sewaktu dengannya,  tapi komfem belum ada sebab kalau tak silap akan di bayar pada 2 Januari 2014.

Saya dah cek dan betullah saya dibayar bonus setengah bulan gaji.  Alhamdulillah pembukaan tahun 2014 yang amat menyamankan. . Heh boleh gitu.  Jom lah tengok gambar di bawah. .. gaji saya?  rahsia kerajaan okey :-)   :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...