Thursday, January 19, 2012

Abby Abadi Disihir ?

Sumber : Facebook Real Abby Abadi


Sejak akhir-akhir banyak sangat pendedahan artis-artis mengenai kisah mereka disihir, disantau atau senang kata dikenakan ilmu setan.  Yang pasti ilmu hitam yang dihantar oleh manusia yang busuk hati dan tak boleh tengok orang lain senang.  Baru tadi, belek-belek Harian Metro cerita fasal Awie dan Amy Search terkena buatan orang.  Manusia oh Manusia ! So , jom layan cerita Abby Abadi terkena sihir pulak.

19 Jan – Selepas dua kali membuat pemeriksaan kesihatan di hospital akibat mengalami sakit-sakit di badan, akhirnya pelakon dan penyanyi Abby Abadi mendakwa dirinya telah disihir oleh pihak yang cuba menutup periuk nasinya.

Dipetik daripada laman mStar, Abby memberitahu dia mula mengalami gangguan kesihatan yang teruk sejak November tahun lalu lagi ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya ciptaan Edry Abdul Halim berjudul "Aku Tak Mahu".

Kesakitan di perut yang membuatkannya tidak mampu berjalan, sukar tidur dan sering sakit pinggang telah memaksa Abby membuat pemeriksaan di hospital sebanyak dua kali, namun doktor mengesahkan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

"Selepas gagal mendapat sebarang jawapan di hospital, saya membuat keputusan untuk berubat secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, saya diberitahu telah terkena buatan orang oleh mereka yang iri hati dengan saya.

"Saya tidak menyangka ada orang berniat jahat sedangkan saya sama sekali tidak pernah cuba menyakiti hati orang lain," ujar ibu tunggal beranak tiga ini.

Abby walaubagaimanapun bersyukur kerana penyakit misteri yang dialaminya itu beransur sembuh dan dia masih lagi meneruskan perubatan tradisional itu.

Tidak mahu menuding jari menuduh sesiapa kerana dirinya juga tidak tahu siapa yang memusuhinya sehingga tergamak melakukan perkara jahat sedemikian, Abby hanya mampu berdoa agar pihak yang menganiayanya akan mendapat balasan daripada Allah SWT.

Sumber : Yahoo !

Awas ! Pujian juga membawa Perpisahan




Suami saya suka memuji saya.  Bagaimana suami anda ?  Tapi suami saya tidak pernah dan minta dijauhkan dia memuji saya dengan pujian-pujian di bawah

Suami : Ayang dari arah belakang abang tengok, ayang sama macam mak abang
Suami : Muka ayang kan macam muka adik abang kalau tengok dari tepi
Suami : Mata ayang dengan kening ayang sama macam adik perempuan abang

Situasi di atas dinamakan sebagai zihar.

Maksud zihar : suami yang menziharkan (menyamakan) sebarang juzuk tubuh/anggota badan isterinya dengan muhram suami dengan mana-mana anggota lahirnya (si isteri).

Hukum : berdosa besar & haram.

Jatuh hukum zihar (jatuh talak) apabila : 
1) suami yang sah
2) baligh
3) berakal

Lelaki yang sudah menziharkan isterinya, berdosa besar untuk ber'mesra' dengan isteri nya itu.

Orang-orang yang telah menziharkan isteri mereka, kemudian hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan itu, maka mereka perlu membayar kafarah iaitu ;
a) membebaskan seorang hamba.
b) berpuasa 2 bulan non-stop
c) memberi makan kepada 60 orang fakir miskin - 1 orang 1 cupak


P/S : Saya percaya semua isteri diluar sana amat suka jika suami memuji-muji.  Tetapi bukan semua pujian membawa kebahagiaan.  Berhati-hati dengan pujian yang membawa musibah iaitu penceraian.

Wednesday, January 18, 2012

Azwan Ali mohon maaf dan akan tutup Akaun Twitter

Atas :  Azwan Ali (Sumber : Buletin Utama)



Hari ini 18 Januari 2012 Awan Ali telah muncul dalam Buletin Utama TV3 dan berbaik-baik semula dengan  adiknya, Ummi Hafilda.  Azwan juga meminta maaf kepada Tun Mahathir diatas keceluparannya dan menujukan perkatan "orang tua nyanyuk" dan "kepala otak kau" kepada Tun Mahathir. Azwan juga meminta maaf kepada semua yang pernah tersinggung dengan kelancangannya dalam bertwitter.  Dia juga menyedari bahawa Twitter nya telah banyak menimbulkan kontroversi dan rasa kurang senang orang-ramai terhadap kelancangannya berkata-kata.

Di dalam sedutan Buletin Utama, Azwan Ali kelihatan menyesal dan berlinangan air mata di sebalik spek besar lagi vogue miliknya.  Nampak macam dia sungguh kesal dengan tindakannya yang mengugut membunuh dan membakar adiknya dilaman Twitter, Ummi Hafilda dan tentunya menyusahkan dirinya sendiri.  Azwan juga mengatakan dia sedia untuk menutup akaun Twitter nya (Hadoi ! menangis Follower Azwan Ali)

Mengikut pengakuan adiknya, Ummi Hafilda mereka 3 beradik iaitu Azwan Ali, Ummi Hafilda dan Azmin Ali sudah lama tidak berhubung.  Ummi Hafilda dan Azwan Ali sudah hampir 7 tahun tidak bertegur sapa.  Ummi Hafilda juga menginginkan hubungan mereka adik beradik dengan Timbalan Presiden PKR (Azmin Ali) pulih.


P/S : Walaupun berbeza pandangan politik, harus diingat air dicincang tak akan putus.

Tuesday, January 17, 2012

Boleh Hidap HIV dan AIDS jika Bekam Tak Bersih

Contoh : Berbekam ( Sumber Google)




KOTA BHARU 17 Jan. – Orang ramai yang berhasrat untuk berbekam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya termasuk HIV dan AIDS. 


Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, ini disebabkan tahap kebersihan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui, malah ada menggunakan jarum sama berulang kali.
Beliau berkata, berbekam sememangnya diakui mempunyai pelbagai kebaikan tetapi cara yang tidak bersih akan menyebabkan pelbagai penyakit tersebar. 


“Kini, perkhidmatan berbekam banyak ditawarkan tetapi kita harus bijak memilih yang benar-benar mengutamakan kebersihan. Ini kerana peralatan seperti jarum, pisau atau cawan yang tidak dibersihkan setelah digunakan ke atas individu yang mengalami pelbagai penyakit akan menyebarkan kuman kepada orang lain.
“Saya berharap pengamal perubatan alternatif ini supaya bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. 


Ab. Aziz mengetuai lima pakar dari universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Kajian itu bermula awal bulan ini dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
Kata Ab. Aziz lagi, kajian itu melibatkan 90 individu yang akan berbekam setiap empat bulan sekali dalam tempoh tersebut. 


“Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama, 30 individu yang sihat; kedua (30 individu penghidap diabetes) dan ketiga (30 penghidap darah tinggi). Kita juga memilih 30 individu yang sihat tetapi tidak melakukan bekam untuk dibandingkan dengan ketiga-tiga kumpulan terbabit bagi mendapatkan keputusannya,” katanya.
Ujarnya, keputusan pertama akan diketahui pada April ini tetapi pihaknya akan terus memantau sehingga kajian yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi itu berakhir dalam tempoh dua tahun. 


“Berbekam mempunyai banyak teknik, sebagai contoh, masyarakat Cina menggunakan kaedah akupuntur. Kali ini kita menjalankan kajian berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah sejak lebih 1,000 tahun lalu bagi mendapatkan keputusan secara saintifik,” katanya.


Azwan Ali ditahan Polis ugut Bunuh dan bakar adiknya, Ummi Hafilda

Azwan Ali  (Sumber:Google)


Setelah digelar bapok tua oleh sebilangan manusia sebab dia mengutuk Tun Mahathir di laman twitter. Kini dia buat perangai lagi dengan post untuk " bunuh dan bakar adiknya, Ummi Hafilda".  Cakap banyak pun tak guna.  Jom layan sedutan dari akhbar Utusan Malaysia.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri


KUALA LUMPUR 17 Jan.- Polis menahan bekas pengacara televisyen, Azwan Ali bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali, pada Jumaat lalu.
Ummi Hafilda yang membuat laporan polis di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu.

Berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali.  Pihak polis juga turut memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas 2 buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan.

P/S :  Ingatkan nak buat link di Utusan Malaysia dalam ruangan Dalam Negeri.  Tapi Utusan Online ni tak ada pulak link yang diberi.    Apa-apalah ko Azwan asalkan kau bahagia.







Wikipedia ditutup 24 jam

Logo Wikipedia . Sumber : Google


NEW YORK 17 Jan.-Wikipedia akan menutup laman web versi Bahasa Inggerisnya selama 24 jam hari ini sebagai membantah cadangan pelaksanaan undang-undang anti-cetak oleh Kongres Amerika Syarikat (AS), kata pengasas laman web ensaiklopedia itu, semalam.

Pengasas Wikipedia , Jimmy Wales dalam satu kenyataan berkata, Akta Anti Cetak Secara Dalam Talian merupakan ancaman kepada laman web yang selamat, bebas dan terbuka.

"Jika undang-undang itu diluluskan, ia akan menghalang kebebasan  dan keterbukaan di dalam Internet serta mewujudkan kaedah baru yang menyekat laman web antarabangsa di AS.
"Salah satu perkara yang kita pelajari baru-baru ini ketika berlakunya Arab Spring yang menyaksikan orang ramai menggunakan Internet sebagai alat untuk bersatu dan meluahkan perasaan masing-masing," katanya.

Laman web ini akan ditutup bermula tengahmalam ini 17 Januari (1 pagi waktu Malaysia) -18 Januari sehingga esok (Rabu) dan ini merupakan kali pertama Wikipedia versi Bahasa Inggeris ditutup buat sementara waktu.

Wikipedia juga merupakan satu laman web yang popular dan menarik berjuta-juta pengungjung.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia






Lepas Angry Birds kini Muncul Angry Brides

Permainan Angry Brides ( Pengantin Perempuan Marah )  


Permainan Angry Birds ( Burung Marah)

Petikan dari Berita Harian :

New Delhi : Perasaan marah dengan budaya pemberian hantaran mewah oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki (Dowri) sehingga menimbulkan pelbagai masalah mendorong sebuah laman web mencari jodoh di India menghasilkan permainan video dikenali "Angry Brides", bertujuan mendedahkan keburukan amalan ini.

Sejak dilancarkan minggu lalu lebih 270,000 pengguna internet melayari permainan Angry Brides di laman web www.facebook.com/shaadicom.

Permainan ini menggunakan karikatur seorang wanita yang ada lapan tangan menyerupai seorang agama Hindu.  Kelapan-lapan tangan itu memegang kuali, penyapu, penggiling, selipar dan kasut.Mula permainan perlu memukul 3 karikatur pengantin lelaki, juruterbang, ahli bina badan dan doktor.  

Cuba bayangkan kalau Angry Brides lawan dengan Angry Birds , Siapa yang akan menang ?  Tangan lapan lawan dengan lastik ?


Nampak menarik permainan ni .  Rasa-rasanya dapat tak permainan Angry Brides ni menggantikan kepopularan Angry Birds.  Nama dah lebih kurang sama.  Nak sebut pun silap haribulan ada yang tersalah sebut.  Tapi dalam Bahasa Melayu komfirm tak salah .  Burung marah (Angry Birds)  , Pengantin perempuan marah (Angry Brides)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...