Ok, kami sampai dalam pukul 6 lebih camtu , kami ambil tiket di pos pengawal , dan terus ke colmar Tropicale untuk cari bilik hotel kosong. Malangnya bilik yang harga 200 ringgit dah habis yang tinggal hanya RM400. So, kami tanya pada staff colmar dan dia suggestkan di Berjaya Hills Resort dengan bilik semalaman harga RM169.20. So, kami terus ke sana dan check in.
Malam tu dari Bejaya Hills Resort ke Colmar Tropicale untuk sambut birthday ecececece. Dalam 3 kilometer je. kami bersiar siar ,apa yang menarik tengok keindahan colmar tropicale dan ada lah dihujung sekali ada funfair sikit main ceduk ceduk itik. Sambut birthday Special sangat tau makan pizza je lah. Sambil bersembang sembang kosong dan ditiup angin sepoi sepoi bahasa dan hawa dingin. Romantik gitu cuma tak pasang lilin jer. Lepas makan, kami tengok persembahan akrobatik dari negara China. Masa tengok persembahan tu hujan pun turun dengan lebatnya. Nampak tak macam cerita romantik hindustan cuma tak golek golek dalam hujan je. So, kami berteduh dan reda sikit baru balik bilik. Malam tu tidur pun tak pasang kipas, sejuk sangat.
Kemudian, baru ke Colmar Tropicale Resort. Jangan ingat tempat ni sejuk tau, sama je macam kat bawah cuma angin nya sesekali bertiup rasa sejuk sikit.
Lepas berjalan di Colmar kami ke Japanese Garden dengan menaiki shuttle yang disediakan. Cuaca di sini lebih sejuk dari di Colmar Tropicale. Di Japanese Garden ada rumah jepun bolehlah pakai kimono. Ada jugak Botanical Garden, Restoran Jepun. Nasihat saya, kalau bawak orang tua yang sakit lutut jangan naik shuttle, sebab lepas turun shuttle kita akan mendaki anak tangga yang tinggi dan jalan tar yang cerun... letih wooo. Air mineral wajib bawa sebab di Japanese Garden kita akan haus sebab banyak berjalan dan mendaki tangga yang tinggi. Lagipun air mineral botol kecik kalau di bawah harga 50 sen, kat atas ni harga sampai 4 ringgit.
Kemudian, kami ke Horse Trails untuk menunggang kuda. Tiket untuk seorang RM25. Trek nya dalam 2km , kita naik kuda dan tali nya dipegang oleh pekerja mereka (bangla kot).
Lepas tu kami turun dan ke Rabbit Park , sekali masuk RM3. Di sini ada arnab dan rusa yang boleh dipegang dengan manja. Ada juga keldai yang boleh ditunggang untuk budak kecik je lah.
Itu lah aktiviti kami sepanjang menyambut birthday di Bukit Tinggi. Sambut birthday lah sangat sebenarnya saja je nak berjalan waktu cuti. Selepas itu, saya dan suami turun dari Bukit Tinggi dalam jam 3 petang dan terus ke Kuala Lumpur. Ok, akan datang kami akan update trip kami. Bye bye see ya.
1. Semestinya Colmar Tropicale Resort yang bangunannya diinspirasikan dari sebuah perkampungan di Perancis.
2.Rabbit Park sekali masuk RM3. Banyak arnab dan rusa yang boleh dipegang manja. Ada juga keldai yang boleh naik untuk budak budak je lah.
3.Japenese garden di atas puncak , disediakan shuttle untuk naik ke atas.. Aktiviti di Japanese Garden bolehlah pakai kimono feeling feeling orang jepun. . Ada juga Botanical Garden yang banyak tumbuhan hutan.
4. Menunggang kuda di Horse trails, kena bayar dalam RM25 seorang.





















































