Sunday, October 9, 2011

Segmen: Bloglist cutie mutie

Memadangkan saya masih lagi mentah dan newbie yang masih merah-merah pink lagi macam bayi belum tanggal pusat lagi.  Jadi saya pun cari lah peluang-peluang keemasan dan keberlianan untuk dapatkan lebih ramai pelawat dan pengikut setia.

Ada lah satu blog ni saya jengah-jengah ..Wah ! Blog ini cantik sekali sesedap namanya blogsigadis92 .  Ish cakap banyak pun tak guna lah !  Setelah dilawat, digodeh-godeh, dibaca, dikomen.  Saya senaraikan sejuta point yang menarik tentang blog sis92 ni.  Tapi dia nak 5 aja.   Kena patuh arahan 5 aja lah seperti dibawah :

1.  Sebab blog sis92 , istimewa kerana ada stokin pink yang comel
2. Stokinnya dah comel tapi tak berbau langsung.  Heheheh jangan marah Sis92
3. Penulisan dari blog Sis92 tersusun, sopan santun dan terbayang-bayang kecomelan reaksi wajahnya berkata-kata
4. Ada tempat nak potpet - potpet (Shout mix chat widget)
5. Idea yang bernas dan terkini (no wonder kan UITM bukan budak Sekolah Kebangsaan)


Ok dah bagi 5 point yang semestinya pujian ikhlas dari hati yang suci lagi murni.  Sebenarnya nak bagi lapan juta lemon point , tapi kena ikut terma dan syarat dari Segmen: Bloglist cutie mutie lah.  Tak nak cakap banyak now ...pergi jauh-jauh ke blog Sis92 ni.    Ketuk pintu rumah dia ramai-ramai.  Hehehee




( Video ) Siti Nurhaliza cakap English

Malaysia merupakan negara bekas jajahan British. Bahasa kedua rakyat Malaysia merupakan bahasa Inggeris selepas Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi. Orang Malaysia memang boleh bertutur dalam Inggeris tapi mungkin Mat Saleh dengar Mat Saleh boleh gelak. Sekurang-kurangnya kita mencuba untuk menjadi lebih baik. Dari tak baik lama-lama jadi baik. Kalau dah tahu tak baik kita kena mencuba menjadi baik dengan pelan-pelan kayuh.

Selama di Eropah pada pendapat saya, ramai je orang Eropah yang langsung tidak dapat berbahasa Inggeris. Rakyat Malaysia lebih baik bahasa Inggerisnya berbanding Eropah , pada pendapat saya.  Walaupun Malaysia jauh dari British. Yang paling penting kita mencuba , kalau tak pandai jangan buat-buat pandai.  Selalu orang kata Melayu cakap broken English, tapi tak pernah pun kita dengar orang cakap Mat Saleh cakap broken Melayu.  Sebenarnya Mat Saleh suka dan cuba untuk berbahasa Melayu.

Saya respek dengan Dato' Siti Nurhaliza kerana dia berani berbahasa Inggeris di dalam televisyen rancangan Inggeris di NTV7, bercakap English didepan 2 Mat Saleh dan host yang petah berbahasa Inggeris.   Bukan bangga dengan bahasa Inggerisnya tapi bangga dengan keberaniannya berhadapan dengan 3 orang yang petah Inggeris.  Mungkin dia pasti dia akan dikutuk dan nampak macam memperbodohkan diri sendiri.  Tapi sebenarnya dia seorang yang berani !

Kita layan video ini : 



Saturday, October 8, 2011

Saya Suka Yang Besar

Tajuk di atas , nampak macam seram sejuk aje !



Memanglah saya suka yang besar.  Yang besar banyak kelebihannya.  Contoh Adidas yang besar ni.  Besar sangat kan ?  Adidas di Klagernfurt.  Sebab Adidas ni besar, macam-macam pilihan saya dapat dan beli ikut cita rasa dengan harga yang berpatutan.    
Adidas, Klagernfurt

October Fest Munich Germany

1 Oktober 2011 hari sabtu saya, suami dan rakan pergi ke salah satu negara Eropah.  Alang-alang ada di negara Austria apa salahnya pergi round the world.

Pergi ke Munich kebetulan ada satu festival yang menarik dan sangat meriah bagi orang Eropah yang mungkin kebanyakan orang Malaysia atau seluruh Asia tak tahu tentang kewujudan Festival ini.  Dinamakan "October Fest" (OF).  OF ini setiap tahun disambut pada setiap 1 Oktober setiap tahun dari zaman raja-raja mereka lagi.  Satu hal lagi di Munich German merupakan tempat pengeluar beer yang termahsyur.  Sebab itulah di Munich German diadakan festival ini sebab mereka mahu memperkenalkan beer mereka , merasai keenakannya dan menyambutnya sebagai salah satu tradisi turun temurun.

Malam tadi mimpi Hanis Zalikha


Hanis Zalikha




Siapa yang tak kenal dengan Blogger cantik manis, rupawan si Hanis Zalikha.  Malam tadi termimpi dia.  Auwww. Nasib baik aku ni perempuan dan lebih tua dari dia kan?  

Punca utama mimpi dia sebab jengah blog dia dan tengok entri dia pasal collagen dust tu.  Aku ni memang pantang ada orang promote momot bagai.  Memang terasa nak beli aje.  Tengok pulak muka Hanis Zalikha yang cantik manis tu.  Kalau dia jadi jurucakap produk Collogen tu komfim nenek-nenek pun nak beli.  

Dia cakap kat blog dia Collogen tu dari France. Yang kelakarnya, dalam mimpi aku pergi beli di Farmasi kat Kelantan.  Lepastu collagen tu dah di repacking semula.  Mana lah aku nak percaya fasal collagen tu beli di Kelantan pulak tu.  Itu mimpi aje lah.

Apa-apa pun mimpi tetap mimpi.  Mimpi mainan tidur.





Nyanyi Lagu Price Tag ramai-ramai

Lagu yang best !  Jom nyanyi ramai-ramai seluruh dunia nyanyi lagu ok..  1     2      3

 




 




 




 










Mana periuk nasi ?

Dah namanya orang Melayu, pergi mana-mana nak makan nasi juga.  Bukan Melayu aja, Cina , India pun sama.  Dah kat Austria ni nak makan nasi juga lah.  Mana tahan makan roti je.  Cari kat market jumpa juga nasi.

Beras jenama apa pun aku tak tahu.  Bedal je lah Bedah !


Masak dekat Apartment.  Cari periuk nasi elektrik tak ada.  Pelik lah takkan diorang tak makan nasi?  Jawapan yang bernas, memang lah orang Eropah , nasi tu bukan makanan ruji mereka.  Hahahaha padan muka aku.  Jakun sangat kan ?


Nak puji emak aku.  Tersedak nanti mak aku kat Malaysia.  Emak aku ni memang serba boleh.  Dalam apa keadaan pun dia boleh mengkreatifkan diri untuk masak.  Selalu tengok juga emak masak nasi pakai dapur gas kalau bekalan elektrik terputus.  Aku tengok aje dia masak, tahu makan aja.  Tengok bukan sebarang tengok, tunggu masa aplikasikan aje.   Tapi emak aku mesti bangga kat Austria aku dah jadi sekreatif emak.  Hehehehe  .  Mesti bangga emak dapat anak macam aku ni.  Tak kebulur nampaknya anak orang (laki aku lah tu).  Isteri solehah ni ^_^.
Sudah pergi masak !  Dah lapar.....

Ini beras 1 kg.  Kalau dekat rumah aku boleh makan 3 orang je kot.  Dekat rumah aku 20kilo.  Haaa ambik kau !  Adik beradik 9 orang kot





Mula-mula basuh beras.  Jangan lupa baca Bismillah dan Selawat dan tambah kasih sayang sekali. 

 



Lepastu sukat air pakai ruas jari.    Ruas yang hujung sekali.  Ini emak aku yang ajar.  Cara lain aku tak tau.  Sukat pakai cawan mawan aku tak reti lah.  Pakai jari pun boleh.



Dapur ni canggih sikit dari rumah aku.  Dapur elektrik tak ada tong-tong gas semua.  Aku putar nombor yang paling tinggi sekali 12.  Sebab nak keringkan air nasi. 




Tengok-tengok nasi dah mula membuih.  Menggelegak




10 minit lepas tenggek di dapur.  Buih makin banyak.  Ini bukan buih buaya kat sungai.  Ni buih menggelegak.  Sebab air nak kering ni.  Sorry, buih tak tumpah pun ok.  Handal juga aku ni.




Tengok-tengok air dah kering .  Heheh berjaya-berjaya.  Ilmu emak aku praktikkan ni.  Ilmu masak nasi pakai periuk bukan elektrik.




Aku turunkan suhu kepada 3.  Sebab air dah kering.  Suhu kena rendahkan.  Kalau letak 12 tak mau nya rentung periuk nasi bukan elektrik ni.  Apa aku nak jawab dengan tuan rumah Eropah ni nanti.




Air dah kering.  Suhu dah kurangkan kepada 3.  Tutuplah periuk nasi,




Eh apasal kelabu aja ni ?  Ohhh wap.  Snap gambar lain.  Ambil lain




Lihatlah kegebuan nasi ku ini.  Tengok pun dah sedap.  Kalau makan lagi lah bukan menjilat jari, kaki pun sekali heheheheh (geli je)




Menu tengahari nasi, ayam goreng, kobis goreng dan air Coca Cola.  Ini aja lauk yang mampu aku masak dekat Austria ni.  Barang macam kat Malaysia mana ada.  Kunyit, kicap, minyak kelapa sawit (guna minyak bunga matahari) , asam jawa, halia dan lain-lain mana ada.  Aku cuba masak sekreatif yang boleh.  






  Selesai sudah masak.  Masa untuk mencekik.  Buat suamiku puji-puji je lah ye.  Buat emak terima kasih ilmu-ilmu yang diturunkan.  Emak memang emak yang baik.  Mesti emak bangga tengok aku pandai masak, bela anak orang lagi.  Bismillahirrahmanirrahim..... nyummm nyummm makan !!  :-)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...