Thursday, May 10, 2012

Makan-makan : Cara makan Tutti Frutti yang betul

Huhu tajuk tak boleh blah.

Tapi memang betul lah kalau tak tahu nak makan kat Tutti Frutti tu memang terpinga-pinga jawabnya.  Tutti Frutti bukan sebarang eskrem.. Bukan yang eskrem lalu naik motor sambil ada sound "Paddle pop yeah, Paddle pop wow... Super duper Yummy!!"  ... Ahh bukan eskrem tu.   Dan Tutti Frutti ni bukan aiskrim yang , "Cik, Asikrim Malaysia 1".  Asikrim yang 20 sen 1 tu, sekarang mungkin dah 30 sen.



Aiskrim Malaysia.  Sumber Datuk Google

Malam-malam terasa nak makan aiskrim pulak.  Tutti Frutti sebenarnya ialah yogurt ye! bukan aiskrim sebarangan.  Dikatakan baik untuk perut dan penghadaman.

Tutti Frutti , Taman Pelangi Indah

Direct driving teruss parking.  Huh nasib baik ada parking kosong , cilok saja.  ok snap picture.. so cun ! Malam gemawan ni Tutti Frutti nampak awesome pasal lampu bekelap kelip.


Tutti Frutti, taman Pelangi Indah , Johor Bahru

 Tengok dari luar, ok lah walaupun ramai masih ada space untuk dua orang aje.  Malam-malam pun nak makan aiskrim apa daaaa. Ok what ? Malaysia kan kaya dengan makanan.  Try tengok kat mamak 24 jam orang makan roti canai, nasi lemak, teh tarik... pagi petang siang malam ok !

Cara-cara nak menself servis .  Layan diri da.  First of all , pilih cup/ cawan yang sesuai dengan tekak dan perut  korang .  Nak cup A ke B ke C ke ... Terpulang !  Small , Medium, Large size:

Ok, cawan saya size medium kot.  Besar lah jugak


Second, pilihlah nak flavour apa.  Blueberry , Strawberry, Vanilla, Choclate, Yam ? Apa saja yang korang suka !

Harimau bintang sedang mengchoose flavour nya ikut perasaan anak tekak dan perutnya

Third, boleh lah nak pilih tabur-tabur apa.  Bagi nampak deko-deko menyelerakan.  Buah pun ada. Coklat pun ada.  Pastu nak letak sos coklat pun boleh....  Tapi taknak lah sos coklat takut rasa Yogurtnya cacamerba, lintang pukang kang tak solero nak mangan (jawa language)

Macam-macam ada.  lampu kalimantang dan tukul besi je tak de.

Buah-buahan macam-macam ada.  Buah sawit je belum dikomersialkan.  Strawberry haruslah ... my feveret okeh !  3 flavour, Vanilla , Coklat, Strawberry

M&M cukopppp.. tak payah nak deko bagai ye



 Next , sesi timbang menimbang.  Bukan timbang berat badan sebelum dan selepas makan ... tapi timbang lah berat aiskrim dan segala bagai deko korang tu...  1 gram = 0.375 sen

Ok saya punya price Tutti Frutti =  53gram x 0.375sen = RM19.88

mmmmmmm  lazat dan cantiknya my Tutti Frutti

Warna makanan memainkan peranan penting dalam mengecur dan mengalirkan air liur seseorang .  Lets nyum nyum !


Lastly,  lets nyum-nyum.   Makan kan untuk hidup.  Bismillahirrahmanirrahim :-)

Nyum ! Nyum .... Seriously sedap.  Flavour strawberry tu memang nikmat.  Masam tapi best !  Flavour coklat tu cam something wrong somewhere lah ...prefer yang flavour strawberry ;-)

P/S : nak makan lagi 800 kali lagi ....Makan ngan husband syok sikit , kita makan dia bayor... EEEiiii bahagia hidup :-)

Wednesday, May 9, 2012

Gambar : Neelofa dan Mekap

Gambar Neelofa dan bedak

Siapa yang tidak kenal Neelofa?  Pendatang baru dalam Industri Hiburan Tanahair.  Seorang Pelakon, Model dan Pengacara.  Pengacara Nona paling memberi kesan kepada penonton.  Telah dilantik menjadi Duta Mekap jenama Avon.

Neelofa juga dikatakan sebagai seorang yang 'beauty with brain'.  Tak ramai artis yang dapat gelaran macam ni.   Result Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nya pun dikatakan straight A's.

Emak saya pun suka Neelofa sebab bila dia mengacara nampak jujur dan kata-katanya nampak matang dan bijak yang paling penting tak plastik dan hipokrit.  Untunglah beauty with brain.

Layan Gambar Neelofa dengan mekap dari Avon :


Gambar Neelofa blushed and lipstick









P/S : Saya tak pakai mekap Avon :-)

Gambar : Fasha Sandha & Jejai Honeymoon di Pulau Redang



Fasha berbulan madu hanya di Pulau Redang, Terengganu.  Cuti-cuti malaysia gitu.

Sumber Fan page Fasha Sandha

Didalam Facebook fan page Fasha Sandha menyebut 'Honeymoon di Malaysia pilihan terbaik.  Nak nyanyi lah cuti-cuti Malaysiaaaaa.






Kredit sumber gambar Facebook fanpage Fasha Sandha

Lisa Surihani tak sempat masak untuk Yusry


Sweet Couple.  Lisa and Yusry

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23, Lisa Surihani mengakui dirinya sangat bahagia selepas bergelar isteri kepada penerbit, pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim pada 23 Februari lalu.
Aktres "Ombak Rindu" ini turut mengakui mereka masih dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. 


"Yusry banyak belajar mengenai diri saya dan kami saling memahami kerjaya masing-masing walaupun kurang meluangkan masa bersama dek kerana jadual saya yang padat dengan lakonan. Yusry pula kini sedang sibuk dengan pasca penerbitan filem terbarunya, "Vikingdom"," ujar Lisa ketika ditemui di majlis pelancaran treler filem terbitan KRU Studios, "29 Februari" baru-baru ini. 


Malah pemilik nama sebenar Lisa Surihani Mohamed ini mengakui masih belum sempat memasak masakan kegemaran suaminya selepas berkahwin. 

"Saya tiada masa untuk memasak kerana kesuntukan masa. Kali terakhir saya memasak untuknya ketika kami berbulan madu di di Jerman," jelasnya lagi. 


Aktres berusia 26 tahun ini memberitahu Yusry tidak cerewet kerana dia bukan jenis yang memilih dan makan apa sahaja kecuali masakan Itali dan Korea.
"Yusry jenis yang makan apa saja dan amat menggemari masakan yang berasaskan sambal seberti sambal sotong dan juga masak lemak. Saya kini dalam proses untuk mempelajari memasak masakan kegemarannya," kata Lisa yang kelihatan cukup bahagia melayari bahtera perkahwinan. 
Mungkin inilah rupa sambal sotong kegemaran Yusry

Ditanya tentang perancangan menimang cahaya mata, Lisa memberitahu mereka hanya berserah kepada Tuhan dan bersedia pada bila-bila masa sahaja.
"Doakan kami cepat timang anak ya," pinta Lisa sebelum mengakhiri perbualan. 

Dalam perkembangan lain, Lisa kini sedang sibuk dengan penggambaran filem arahan Jason Chong bercorak 'psycho thriller', "Dendam Orang Mati" terbitan KRU Studios.

P/S : Sama lah Lisa, kita pun masak untuk suami kita masa bulan madu je.  Sama lah kat Jerman gak.. Hahahuhuhuhehehehe layan aje.  Nak feel feel jugak

Sumber cerita kredit to Yahoo !

Tuesday, May 8, 2012

Sepanjang Jalan Pulang : Dari Eropah ke Malaysia


Permandangan dari luar apartment


Dah ready nak berangkat.  Huiii banyaknye beg


Harus lah ... dapur pun nak berposing

Ruang tamu di apartment

Pulang ke Malaysia.  Selamat tinggal Eropah.  Selamat tinggal Austria.  Selamat tinggal semua yang tinggal hanya lah kenangan dan akan abadi dalam lipatan sejarah dan perjalanan hidup ku.  Hidup ini adalah perjalanan jangan sesekali memagarinya.  Kata orang jauh perjalanan luas permandangan.

Kata orang best duduk di Eropah.  Bagi aku best memang best bagi minggu-minggu terawal.  Sekejap-sekejap bolehlah.  Tapi dah lama-lama rindu akan tanah tumpah darahku.  Rindu pada kehijauan Malaysia, cuaca bagi kawasan hutan hujan tropika, suhu yang panas ini cukup sesuai bagi aku.  Duduk di Eropah bagi aku cuaca adalah satu cabaran besar.  Maklumlah sejak lahir dah biasa dimandikan dengan cahaya matahari yang terik.   Im Proud to be Malaysian.  



Dari Austria ke German
Perjalanan pulang ke Malaysia bermula di Austria dengan menaiki keretapi selama 5 jam menuju Munich, German.  Setibanya di Munich, German saya dan suami terus mendapatkan tiket untuk ke Airport di Munich.  Memandangkan penerbangan ke Malaysia pada keesokan harinya, kami bermalam di Movenpick Hotel di German. Cuaca di German pada masa itu sudah sungguh sejuk dan berbeza di Austria.  Sejuk yang amat tak tahan rasanya....menggigil.


Ada salji diatasnya, memang patut pun sejuk

Gereja yang dah bekurun lama kot

dalam keretapi.  Rajinnya mereka menelaah

Keretapi  OBB


Salzburh hbf


Drau / Sungai

Church

Austria bukan New Zealand.  Jauh kot


Austria is no Kangaroo




Movenpick Hotel  dan  Menginap sebelum balik
Keesokannya , kami ke Airport German (Airport munchen germany) dengan dihantar oleh pemandu Hotel. Pagi itu sejuknya tak tertahan.  Bercakap pun mulut terketar-ketar.  Banyak pasangan orang Eropah, tabiat mereka untuk memanaskan badan dengan minum alkohol dan merokok.  Kalau saya orang Islam pakai je lah baju tebal-tebal nak panaskan badan,



Katil ....  eeee sejuk


Movenpick hotel




four star hotel

Ok sejuk sangat


Pokok beri.  Tak tahu lah beri apa

my luvly husband


Munich, German Airport / Lapangan Terbang Munich
Tangkap-tangkap gambar dulu.  Feel-feel artis.  


im Asian not European

Banyak nya flight

Di luar Airport

Ok Mat Saleh yang tarik beg tu sangat besar





Penunggu Airport. Maybe flight nya delay

Di Luar Mc cafe

Al-Qatariah .  Qatar Airways servis terbaik !!




Selamat pulang ke Malaysia.  Home Sweet Home



Cenderahati dan makanan.  Qatar Airways the best !




Gambar ini di snap oleh saya




Malaysia dari udara.  Rasanya ni area Penang kot




P/S : Saya amat merindui kamu Eropah. Kalau ditakdirkan pergi lagi ke Eropah saya akan pergi.  Best nya, sangat seronok...  Dulu pergi ber2 teringin gak nak pergi ber 3 , 4 , 5 .  Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...