Friday, December 23, 2011

( Gambar ) Burung Angry Birds yang sebenar

Kat Malaysia sekarang dilanda fenomena baik budak baru pandai cakap, sekolah tadika, remaja, dewasa, nenek, opah atuk semua tahu menatang ni.  Dalam Bahasa ibunda dipanggil Burung Marah.  Dari Utara, Selatan , Timur , Barat semua berkongsi cerita yang sama iaitu binatang Angry Birds.  Ada tak yang tak tahu Angry Birds? Tak dapek den nak nolong.



Inilah rupa sebenar burung-burung yang dijelmakan dalam watak Angry Birds :




Dari selipar, beg, t-shirt, botol air, pelampung, cekak rambut semua nak Angry Birds.  Siap nak mula sesi persekolahan 2012 budak-budak sekolah dah tempah kat mak bapak masing-masing nak set Angry Birds dari beg, pensil, botol air sampai lah baju nak buat Pendidikan Jasmani.

Sekarang cikgu sekolah pun dah tempah baju team bola sepak, bola jaring kalau dulu logo Adidas/ Nike sekarang logo Angry Birds daaaaaaa.  Tu yang kalau bebudak sekolah main bola sepak serang lawan macam nak bagi bom, nak letupkan diri, nak berpusing ke belakang, nak patahkan tiang .  Ni semua gara-gara Angry Birds.


  Comel kan ? kan ? kan ?  ........Mak ! nak beli iPad 2 nak buat main game Angry Birds .....!!!!  

Suami Kurang Asam





KUALA LUMPUR : Seorang suami sanggup menyimbah petrol untuk membakar isterinya semata-mata wanita itu menghalang niatnya menyerahkan anak mereka berusia bawah 10 tahun kepada saudara dan rakannya.

Malah mangsa yang berusia 24 tahun turut dibelasah dengan kayu selama beberapa jam di Flat Sri Pahang.  Menurutnya, suami yang tidak berpuas hati membawanya ke Batu 9, Cheras dan dalam perjalanan, dia membeli petrol yang kemudian disimbah kearahnya selepas tiba berdekatan rumah neneknya di kawasan Batu 9.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana berada dalam kereta dan ketika suaminya cuba menyalakan api, suspek membatalkan niatnya kerana risau kereta terbakar.

Gambar hiasan sahaja.  Gamkanya kalau kereta suami durjana ni macam ni tak pe lah jugak sayang nak bakar .  Tapi kalau sanggup bakar isteri dari tak sanggup tengok terbakar memang terbakar hati aku tengok adegan tak masuk akal tu.


Fuhhh !!!  artikel di atas sungguh menikam-nikam perasaan saya. Rasa terbakar satu badan.  Sakit hati baca cerita macam ni.  Sang suami durjana tu ingat si isteri ni anak patung ke hape ?  Sesuka hati nak belasah siap nak bakar isteri,  Tapi niat nak bakar isteri terpaksa dibatalkan sebab takut kereta terbakar.  Nampak sangat lebih sayangkan kereta dan harta benda dari nyawa seorang isteri.  Sang suami durjana ni tak menghargai langsung pengorbanan si isteri.  Sudahlah bersalin kan anak kemudian senang-senang hati nak bagi anak kat orang.  Diharapkan artikel di atas dapat menginsafkan para suami dan jangan sesekali bertindak bodoh macam orang gila.  Mintak-mintak si suami durjana tu masuk penjara kena gantung sampai mati pun lagi bagus !

Program TV yang paling menjijikkan



Iyarkkk !!  memang menjijikkan dan memualkan.  Terdapat sebuah program tv yang memaparkan adegan kanibal iaitu memakan daging manusia !!



Sanggup untuk masuk bilik pembedahan untuk potong daging punggung sebab nak bagi kawan makan.

Ada tak yang sanggup buat macam ni ??


Program tersebut memaparkan 2 hos yang saling memakan daging masing-masing.  Bertukar-tukar daging kawan lah gamaknya .  Lebih kurang "kau makan aku . aku makan kau".  Hos tersebut Valerio Zeno dan Dennis Storm.

Makan daging kawan siap buat candle light, sambil renung-renung tenung-tenung mata kawan tengok reaksi makan daging.  Daging punggung lagi tu .


Candle light acara makan daging kawan sendiri.  Siap tenung-tenung renung-renung tu .  Agak - agak lepas  acara ni mesti dua manusia pelik ni tak makan 3 bulan.  Iyarkkkk !!!


Antara ayat yang sadis dan agak memualkan tekak :

                        " Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, 
                          kemudian kami merenung satu        sama lain dan makan.  
                          Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari.  
                          Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam 
                          kerana ingin tahu rasanya."

Ingin tahu rasa daging punggung atau daging manusia ?  Sila pergi tanya kawan sebelah anda untuk mintak sikit daging punggungnya pastu masukkan dalam kuali .  Serius  geli

Sunday, December 18, 2011

Lisa Surihani -- Yusry bakal kahwin Febuari 2012 !

Suka nya kalau Lisa dan Yusry jadi kahwin.  Begitu juga dengan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari yang memilih 2012 untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.  Kedua-dua pasangan ini bagai pinang dibelah dua.   Dua-dua muda dan cantik.  Suka sangat !

Lisa Surihani - Yusri


Scha - Awal


Hari ini belek surat khabar Berita Minggu di ruangan gosip BPOP oleh Zubir terbaca tentang perkahwinan 2 pasangan artis ni.

Antara isi yang menarik di ruangan gosip :

                        "Memang kami ada perancangan dan mendapat hak penyiaran eklusif 
                         menayangkan secara langsung majlis persandingan Lisa-Yusry dan Scha-Awal.  
                         Menurut perancangan, Insya-Allah segala-galanya akan menjadi kenyataan sekitar 
                        Februari depan. Namun terpulanglah kepada pasangan masing-masing untuk
                        merealisasikan perkahwinan mereka seperti direncana," kata sumber Astro.

Yang pasti sangat teruja dan tak sabar tengok ke dua pasangan artis ini jadi raja sehari.  Tak sabar tengok pilihan pakaian pengantin , hantaran, design hantaran, design pelamin, design kad jemputan.  Pasti pilihan mereka semua menjadi ikutan.  Contohnya macam design kad kahwin Zed Zaidi yang telah menjadi ikutan pasangan yang nak kahwin .  

Kad Kahwin Zed Zaidi


Tapi yang lawak kalau makcik pakcik dapat kad kahwin macam gambar di atas mesti belek kad dengan penuh hairan.  Belek punya belek ingatkan risalah orang nak jual produk baru.  Ramas ramas kad sampai hancur pastu buang sebab tak nampak macam kad orang nak kahwin yang biasanya ada gambar cincin, tepak sirih, sirih.   Maklumlah makcik pakcik dulu tak de pesbuk .  Apa pesebuk ? ( Sambil garu kepala )


Wednesday, November 16, 2011

..........Kerana Mulutnya


Dengan mulut kita dapat : kawan, penyakit, cacian, pujian, kejayaan, dosa, musibah, binasa, sanjungan......YANG MANA SATU MULUT ANDA ?




Pernahkah anda mendengar peribahasa seperti :

1.       1.“ kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan binasa”.  
 2
           2. “Lidah lebih tajam dari mata pedang” ( Walaupun cerita pasal ‘mulut’ , saya nak masuk kan juga pasal ‘lidah’ .  Sebab tanpa lidah siapalah mulut).  

3.       3.“Cakap jangan ikut sedap anak tekak aje ! “ ( Anak tekak pun memainkan peranan penting bagi ‘mulut’.
Semua orang dilahirkan dengan dianugerahkan mulut.  Mulut juga penentu bagaimana anda dilabel oleh orang yang memandai-mandai sesuka hati mak bapak dia nak cop anda sebagai apa dan siapa.

Hari ini saya hendak kongsi individu-individu yang dikenali dek kerana mulut.  Tak kesahlah yang membawa kejayaan , kekayaan atau kemalangan.   Saja nak seronok-seronok. Jom layan !!


1. Dato' Chef Wan . 

.......Kerana mulutnya yang tak reti diam dalam program masakan telah menjadikan beliau popular diseluruh dunia.  Beliau juga menjadi Duta Makanan Malaysia dan ikon MASholidays.  Sewaktu saya menaiki Kapal terbang Qatar Airways dari Munich ke Doha, Qatar terdapat sebuah buku dan didalamnya disisipkan ruangan wawancara bersama Chef Wan disediakan dalam penerbangan.  Tajuk buku tersebut saya lupa ! dan rugi tak ambil gambar buku tersebut ! Tahniah ! Kejayaan yang dikecapi kerana mulut.



2. Dato' Siti Nurhaliza

.. ....Kerana mulutnya dia berada di tahap sekarang.  Menjadi terkenal dan kaya bukan kerana ideanya yang bernas lalu dikeluarkan idea tersebut melalui mulutnya, tetapi ....kerana mulutnya dia mengeluarkan suara yang merdu.  Beliau seorang penyanyi yang hebat dan telah mendapat pelbagai Anugerah baik dari dalam dan luar negara.  Menyanyi sejak berumur 16 tahun hingga sekarang ......kerana mulutnya penyanyi ini mendapat gelaran Dato' bukan kerana perkahwinannya.

Info :: Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.

3. Angelina Jolie

........Kerana mulutnya pelakon ini menjadi gilaan dan dambaan kaum Adam serta menjadikannya terkenal dan filem lakonannya pasti meletop contoh Salt, Tomb Rider, Mr & Mrs Smith..  Kenapa mulutnya ? Mulut dengan bibir tak sama ke ? Sama je lah ye ....Cuba perhatikan mulutnya dan bibirnya sangat seksi kan ?  Dia tidak perlu memakai pakaian seksi, tidak perlu meliuk lentukkan badannya , tidak perlu berkata-kata kerana dengan hanya menatap mulutnya dia sudah kelihatan cukup seksi ! .....Kerana mulutnya Brat Pitt pun sangkut ! ko hade ?



4.  Ustazah Siti Nor Bahyah

.....Kerana mulutnya digunakan sebagai medium dakwah melalui penyampaian idea-ideanya yang bernas.  Beliau mengacarakan rancangan "SEMANIS KURMA".  Kerana kepopularan Ustazah ini dan program ini telah menjadikan Kumpulan Sepah dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak Musim 1 kerana Kumpulan Sepah meniru dan sedikit mengubah gaya, pakaian, rancangan dan "tag line" rancangan "semanis kurma" kepada lawak "manisnya kurma ini".   Melalui Facebook Ustazah Sitinorbahyah , beliau pernah menyatakan tidak sedikit pun terguris dengan lawak Kumpulan Sepah dalam Rancangan Maharaja Lawak Musim 1.



5. Oprah Winfrey

........Kerana mulutnya beliau dikenali seantero dunia.  Beliau merupakan seorang "media propietor, hos rancangan bual bicara, pelakon, produser, philantropist".   Rancangan popularnya "The Oprah Winfrey Show".  Mungkin fizikalnya tidak seperti supermodel tetapi kerana mulutnya yang melontarkan buah fikiran yang bernas telah melayakkan beliau mengecapi pelbagai kejayaan dan kemahsyuran.





6. Azwan Ali 

......Kerana mulutnya, beliau pernah menjadi salah seorang pengacara yang disegani.  Suaranya yang jantan semasa mengacarakan sesebuah program dan buah fikirannya yang bernas pernah menjadikan beliau popular. Kenapa sekarang dah tak mengacara ye ?  Mungkin dia mengacarakan Twitter nya sahaja kot..... Kini , kerana mulutnya beliau mendapat pelbagai kontroversi ( tak tahulah sengaja atau tak sengaja cari kontroversi).  Yang pasti kalau tengok dalam rancangan "Melodi"   kalau Azwan Ali diwawancara oleh wartawan....rasa macam nak MUTE je suara kat TV tu ! heheheh





6 contoh sahaja.  Cukup lah ya.  Dari seorang Chef, penyanyi, pengacara, pelakon, samada Malaysia atau luar negara  semua sama sahaja.  Kerana mulut pelbagai kejayaan , kekayaan, sanjungan yang diperolehi dek kerana mulut. .


P/S  :  Jaga mulut anda sebaik mungkin.  Kerana mulut badan binasa.  Jangan lupa gosok gigi ye ! Kwasan mulut juga tu ...:-)









Anak Tan Sri Muhyiddin Yassin , Najwa Pemenang Artis Baru Terbaik di AIM 2011

Najwa Muhyiddin

Najwa pemenang Anugerah Artis Batu Terbaik , AIM 2011






                                                         Layan !! klip video Got to Go


Penyanyi berbakat besar, Najwa Muhyiddin  menjelaskan tidak kisah jika kemenangannya di Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011) dipertikai hanya kerana dia anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Najwa berkata, dia sudah lali dengan pelbagai cakap-cakap yang sering mengaitkan kejayaan dikecapinya kerana status keluarganya lebih-lebih lagi sejak muncul dengan album pertama Innocent Soul pada Mac lalu.
“Saya sudah ditahap tidak lagi mempedulikan apa yang sesetengah orang ingin kata mengenai saya kerana apa yang penting sokongan keluarga kepada saya tidak berbelah bahagi,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media selepas AIM2011 di sini, Sabtu.


Dalam pada itu, Najwa berkata, dia mendapat ucapan tahniah daripada kedua ibu bapanya pada kemenangannya dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
“Ibu bapa saya gembira dengan kemenangan ini dan sempat mengucapkan tahniah kepada saya,” katanya.
Sementara itu, Najwa berkata, disebalik kata-kata kurang enak mengenai dirinya, dia mahu terus fokus dalam bidang pelajaran dan muzik yang amat dicintainya.


Jelasnya, dia mahu terus mencipta lagu dan lirik dan tidak akan membiarkan anasir negatif menganggu tumpuannya terutamanya dalam pelajaran.
“Saya masih ada baki setahun lagi untuk menghabiskan pelajaran di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS)dan itu tumpuan saya kini selain terus menghasilkan muzik untuk peminat,” katanya.


P/S  :  Najwa ni ada duet dengan Malique Too Phat kot , tak sangka dia ni anak Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Sumber : Mstar Online

Tuesday, November 15, 2011

Cerita Seram Benar ! Lintah Masuk Kemaluan Pelajar Perempuan !

Ini Lintah  ! Sumpah Geli !




KOTA BHARU: Pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan tidak bermain air pada musim tengkujuh bagi mengelakkan kejadian lintah memasuki kemaluan hingga menyebabkan pendarahan.
Tahun lalu, 13 kes pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke beberapa hospital selepas berlaku pendarahan dan terpaksa diberi rawatan susulan.

Pengarah Pejabat Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang, berharap peringatan itu tidak dipandang ringan kerana mengikut laporan tahun lalu, ada pelajar yang diberi rawatan kecemasan akibat kemaluan mereka dimasuki lintah selepas bermain air banjir.

Beliau turut mengingatkan pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya menjaga aspek kebersihan makanan kerana pelbagai kuman penyakit bawaan air dikesan ketika musim banjir akibat kegagalan menjaga kebersihan air dan makanan.

"Saya mahu mengingatkan supaya pelajar perempuan tidak leka bermain banjir terutama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengelak mereka diserang lintah ketika banjir nanti," katanya selepas melawat tiga daripada 14 calon SPM yang menduduki peperiksaan di hospital seluruh negeri ini termasuk Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini, semalam.


Sumber sahih : Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...